June 22, 2009

Sunat haiah dalam solat

Posted in 1 at 11:00 pm by Ahmad Salafi

Sunat haiah dalam solat :

  1. Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram.
  2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri.
  3. Melihat ke arah tempat sujud, makruh jika mata memandang sekeliling.
  4. Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram.
  5. Membaca isti’azah pada tiap-tiap rakaat.
  6. Diam sekejap sebelum dan selepas membaca Al Fatihah.
  7. Nyaringkan bacaan pada tempat tertentu sama ada menjadi imam atau tidak. Contohnya solat Subuh dan dua rakaat pertama bagi solat Maghrib dan Isyak.
  8. Memperlahankan bacaan pada tempat tertentu. Contohnya rakaar akhir bagi solat Maghrib dan dua rakaat akhir bagi solat Isyak.
  9. Mengucap amin selepas membaca Al Fatihah.
  10. Membaca mana-mana surah atau ayat Al Quran selepas membaca Al Fatihah.
  11. Mengucap takbir Allahu Akbar iaitu ketika rukuk, sujud, dan bangun dari sujud.
  12. Mengangkat tangan seperti takbiratul ihram ketika takbir tersebut.
  13. Membaca rabbigh firli … ketika duduk antara dua sujud.
  14. Membaca doa selepas tahiyyat akhir dan selawat iaitu : allahumma salli ala Muhammad … innaka hamidun majid.
  15. Mengucap sami’allah ketika bangun dari rukuk.
  16. Mengucap subhana rabbial ‘azim wa bihamdih sebanyak 3 kali ketika rukuk.
  17. Menghamparkan tapak tangan kiri atas paha ketika duduk tasyahhud akhir dan menggenggam tangan kanan kecuali jari telunjuk ketika tasyahhud akhir dan hendaklah angkat jari telunjuk ketika menyebut illa Allah.
  18. Duduk antara dua sujud, duduk iftirasy pada tasyahhud awal, dan duduk tawarruk pada tasyahhud akhir.
  19. Memberi salam kedua : menoleh ke kanan ketika dengan membaca : Allahumma inna nas_aluka ridhaka waljannah. Selepas memberi salam pertama menoleh ke kiri pula serta membaca : wana’uzibika min sakhatika wannar.
  20. Mengucapkan subhana rabbial a’la wa bihamdih sebanyak 3 kali ketika sujud.

1 Comment »

  1. […] Sunat haiah dalam solat […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: