July 5, 2009

Hapuskan noda hitam

Posted in 1 at 2:24 pm by Ahmad Salafi

KEBANYAKAN wanita tidak tahan melihat noda hitam pada kulit mereka. Noda hitam muncul apabila minyak yang berlebihan menyumbat liang roma yang berdekatan dengan permukaan kulit.

Apabila liang yang tersumbat terdedah kepada kotoran dan bertindak balas dengan oksigen, ia akan menyebabkan terjadinya noda hitam berwarna gelap. Pertempuran untuk memastikan kulit bebas daripada noda hitam adalah sukar tetapi tidak lagi dengan OXY.

OXY Blackhead Clearing Wash mengandungi manik-manik mikro Jojoba yang unik, secara lembut mengeksfoliat permukaan kulit untuk menghapuskan noda hitam dengan berkesan dan mencegah noda hitam baharu dari timbul.

Dengan tindakan pembersihan mendalam untuk membersihkan liang roma yang tersumbat dan menghilangkan kotoran dan minyak supaya kulit anda akan berasa segar dan bersih.

Di samping itu, produk ini mengandungi Vitamin E dan minyak Zaitun untuk menolong memperbaiki tekstur kulit dan mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Hasilnya, kulit anda akan merasa lembut licin selepas dicuci.

Untuk tindakan berkesan dua kali ganda terhadap liang roma tersumbat, OXY Nose Pore Strip bertindak amat baik bersama dengan Blackhead Clearing Wash untuk menghilangkan minyak yang tersumbat, kotoran dan noda hitam dengan segera.

Produk ini mengandungi Minyak Tea Tree semula jadi untuk membantu mencegah cela dan liang roma yang tersumbat. Satu cara yang amat ringkas dan mudah untuk menyahkan noda hitam degil supaya liang roma kelihatan lebih bersih

Mendapatkan kulit yang lebih muda

Posted in 1 at 2:23 pm by Ahmad Salafi

SELEPAS menjalankan kajian selama lima tahun, Tohtonku telah menghasilkan penemuan baru yang menggabungkan kandungan semula jadi, beratus tahun lamanya ke dalam rangkaian Nutox Oxyfusion baru, untuk mengembalikan keremajaan dan mengurangkan garis halus.

Nutox Oxyfusion BNest Collage diekstrak daripada sarang burung yang 100 peratus berkualiti tinggi untuk menghalang fenomena penuaan kulit pada setiap wanita.

BNest Collagen didapati dalam Nuroxygen (diilhamkan oleh Hyperbaric Oxygen Therapy), yang membenarkan kandungan aktif untuk menembusi ke dalam epidermis dengan mudah. Ia beraksi dengan penuh sinergi untuk mempertingkatkan struktur epidermis, membantu menebalkan kulit, di samping melicinkan garis halus dan kedutan.

Rumusan penjagaan Nutox Oxyfusion baru menghasilkan kulit yang lebih jernih dan tegang. Kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Ciri-ciri pada wajah lebih menyerlah.

Nutox Advanced Serum Concentrate

tidak meninggalkan rasa licin pada kulit yang seolah-olah tiruan, disebabkan tekstur semula jadi sarang burung. Ia selamat untuk digunakan untuk kulit yang kelihatan lebih muda secara progresif dan serta-merta.

Fabrik mewah, harga berpatutan

Posted in 1 at 2:23 pm by Ahmad Salafi

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Jasleen Kaur menunjukkan seleksi sifon Perancis bersulam yang pasti menjadi rebutan pelanggan untuk dijadikan busana di pagi raya.



WALAUPUN hari raya puasa hanya akan menjelang tiga bulan lagi, ramai yang telah mula membeli kain untuk dibuat baju kurung dan baju Melayu kerana bimbang ketiadaan tukang jahit yang ingin menerima tempahan.

Bahkan, ramai yang mengeluh ada sesetengah tukang jahit yang telah menutup tempahan dan ada yang memberi tempoh sehingga awal Julai untuk menghantar tempahan.

Situasi inilah yang membuatkan ramai yang berpusu-pusu ke kedai-kedai kain bagi mendapatkan fabrik ela untuk dibuat baju raya. Sementelah pula, promosi jualan murah sedang berlangsung di seluruh negara.

Tidak ketinggalan, Euro Moda dan Gulati’s yang dikenali sebagai gedung fabrik sutera, renda dan sifon bersulam. Apa yang pasti bagi menggemari imej mewah dan tidak akan berkompromi tentang kualiti yang lebih rendah, gedung fabrik ini mungkin ada jawapannya.

Pengarah Eksekutif Euro Moda Sdn. Bhd, Jasleen Kaur memberi jaminan semua koleksi di premisnya itu mampu memenuhi cita rasa pelanggan terutama untuk dijadikan pakaian di hari raya yang akan menjelang tidak sampai tiga bulan lagi

”Sempena menyambut jubli perak penubuhan Gulati’s Silk House dan perayaan, kami mengadakan pelbagai pakej menarik bagi pelanggan yang sememangnya mahukan fabrik yang berimej mewah, berkualiti tetapi dengan harga berpatutan.

”Antaranya, bagi pelanggan yang gemarkan warna sedondon dari baju hingga ke selendang, kami menawarkan pakej sepasang baju berserta selendang dari kain renda sifon Perancis bermanik dengan dua ton warna. Ini merupakan fabrik terbaru yang pastinya membuat sanak saudara teruja dengan penampilan anda di hari raya.

”Untuk kaum lelaki pula, tidak perlu mencari ke mana-mana bagi dibuat baju Melayu. Di sini, pelanggan akan memperoleh fabrik polos dengan harga berpatutan.

”Tidak lengkap baju Melayu tanpa kain samping. Tenunan dari Terengganu dan India menjadi pilihan dalam pelbagai corak dan warna. Begitu juga dengan kemeja batik yang bercorak abstrak yang direka khas oleh Euro Moda untuk tujuan menziarah semasa hari raya kedua,” katanya.

Pengedar utama jenama fabrik Itali seperti Solstiss, Valentino dan Ungaro ini memberitahu, premisnya turut mengadakan happy hour iaitu waktu diskaun lebih daripada harga jualan murah.

”Kami buat dua kali sehari iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 8.30 malam. Diskaun pada happy hour ini hanya untuk fabrik terpilih sahaja.

”Pada waktu ini, pelanggan boleh memperoleh fabrik bercetak dengan harga RM100 untuk dua atau tiga pasang. Pelanggan yang datang pada waktu ini akan dapat berjimat kerana harga jualan murah untuk sepasang kain yang ditawarkan itu ialah RM60 sepasang.

“Bagi yang inginkan kelainan dan bergaya mewah di pagi raya, katanya, pelanggan boleh mendapatkan pakej kain renda pasang berserta lining dan kain baju Melayu percuma. Sesuai untuk dijadikan busana pasangan suami isteri di pagi raya. Pakej ini berharga dari RM210 bergantung pada jenis renda dan sulaman,” ujarnya.

Perubahan IFF

Posted in 1 at 2:22 pm by Ahmad Salafi

Oleh ROSMAWATI MION

HITAM turut menjadi pilihan pereka Indonesia, Ghea Panggabean untuk diketengahkan dalam rekaannya yang nyata sopan dan menutup aurat.



FESTIVAL Busana Muslim (IFF) sekali lagi kembali mewarnai industri fesyen Muslimah rantau ini dengan Jakarta destinasi pertamanya. Berbeza dengan sebelumnya, festival yang memasuki tahun ketiga ini menyuntik perubahan dan pembaharuan yang secara tidak langsung mampu memberi kesan positif terhadap rekaan busana Muslim di masa hadapan.

Bermula dengan peragaan di Jakarta yang berlangsung pada akhir Mei lalu, IFF siri ketujuh ini tidak lagi hanya memandang kepada gaya semata-mata, tetapi turut memberi penekanan serius terhadap konsep penutupan aurat mengikut landasan Islam yang sebenar.

Justeru, IFF kali ini mengetengahkan koleksi busana yang lebih menutup aurat. Maksudnya, rekaan yang ditampilkan tidak banyak mendedahkan aurat diri seseorang wanita tidak kira kulit tubuh mahupun rambut. Mungkin, ia sedikit berbeza berbanding pertunjukan fesyen IFF dalam siri-siri terdahulu.

Menurut Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah, perubahan itu dipamerkan hasil maklum balas yang diterima selepas setiap penganjuran IFF tidak kira di Kuala Lumpur, Dubai mahupun Jakarta.

Katanya, apa yang dibangkitkan rata-rata menyentuh tentang pakaian yang ditonjolkan sepanjang IFF, dikatakan tidak sepenuhnya menutup aurat.

”Sebab itu, kali ini kita mengutarakan tema less is more. Maksudnya, tidak banyak kulit tubuh didedahkan, sebaliknya rekaan yang ditampilkan lebih menutup aurat.

”Dan, perubahan ini adalah salah satu usaha kami dalam mempertingkatkan lagi IFF dari semasa ke semasa agar ia menepati cita rasa semua pihak terutamanya warga Muslim di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sememangnya, sudah tiba masanya bagi pihak penganjur, Nusantara Gems Sdn. Bhd. melakukan perubahan tersebut dalam usaha memastikan kehadiran IFF terus relevan dengan ciri-ciri pemakaian Muslimah yang sebenar.

Malah, ia juga dilihat sebagai satu langkah positif dalam menggerakkan Kuala Lumpur sebagai hab busana muslim di rantau ini.

Dan, pertunjukan fesyen siri ketiga untuk Jakarta adalah satu permulaan yang ditunggu-tunggu. Lebih 300 rekaan busana Muslim daripada 20 pereka hebat dua buah negara, Malaysia dan Indonesia diperagakan sepanjang dua hari berlangsungnya acara tersebut.

Pereka tempatan yang mengambil bahagian adalah Datuk Tom Abang Saufi, Khoon Hooi, Melinda Looi dan jenama busana Muslim seperti Hajaba, Atim Agoy, Jarumas dan Khadani manakala pereka dari Indonesia antaranya Sebastian Gunawan, Ghea Panggabean, Itang Yunaz, Ida Royani dan Defrico Audy.

Apa yang nyata, rata-rata pereka dilihat selesa dengan perubahan tersebut apabila masing-masing tidak lari menyimpang daripada tema atau pembaharuan yang cuba diketengahkan IFF kali ini, iaitu menampilkan rekaan yang lebih menutup aurat.

Garapan dunia busana Muslim kali ini diperlihatkan dalam sentuhan gaya tempatan dan kontemporari. Malah, sesetengah pereka cuba menyuntik gaya moden yang berinspirasikan udara Timur Tengah yang sememangnya mempunyai tarikan keanggunan tersendiri.

Turut menggarapkan cetusan inspirasi Timur Tengah adalah pereka terkenal negara, Tom Abang Saufi yang menyerlahkan himpunan busana Muslim dengan tema Lure Arabia. Mengambil ilham daripada gaya Abaya atau jubah yang sering digayakan wanita Arab, cuma ia dipermodenkan.

Menggunakan fabrik lembut seperti sifon dan sutera, Tom mengajak wanita muslim menggayakan rona lembut yang memikat, bukan hanya terikat dengan warna hitam semata-mata, iaitu rona wajib buat Abaya wanita Arab. Bagaimanapun, warna hitam masih diterapkan dalam sesetengah rekaannya, tetapi ia kelihatan menonjol dengan adanya hiasan menawan menghiasi leher jubah.

Rezza memberitahu, IFF yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ini diasaskan tiga tahun lalu dilihat dapat menjadi pemangkin bagi mengembangkan lagi aliran tradisional dan kontemporari dalam rekaan busana Muslim.

Lebih membanggakan, idea yang dicetuskan pereka dalam IFF semakin diterima ramai tidak kira di Malaysia ataupun luar negara. Diharapkan IFF terus mendapat sokongan teguh daripada semua pihak sehingga akhirnya berjaya meletakkan Kuala Lumpur-Jakarta-Dubai sebagaimana kota fesyen Paris-New York-Milan.

Dari pejabat ke majlis rasmi

Posted in 1 at 2:21 pm by Ahmad Salafi

Oleh MERAN ABU BAKAR

Kurung Pahang bercorak abstrak hitam putih dengan perincian labuci putih berkilau di hujung lengan dan leher.



BEGAYA anggun dengan rekaan-rekaan terkini sememangnya menjadi keutamaan bagi sebahagian besar wanita termasuk mereka yang bertudung.

Bagi mereka tiada lagi istilah ‘bertudung tidak boleh bergaya atau ketinggalan zaman’ kerana kini semakin banyak pereka atau butik yang berlumba-lumba memenuhi keperluan golongan bertudung.

Misalnya, butik ID Perempuan Zaiton Alias Collections (IDPZAC) yang sentiasa berusaha memahami cita rasa wanita dengan menyajikan rekaan-rekaan menarik.

Musim ini, ia masih mengekalkan corak-corak abstrak, floral dan batik bagi rekaan pakaiannya yang masih mendapat sambutan ramai.

Menurut pengurusnya, Zaiton Alias, walaupun sejak dua atau tiga tahun ini mereka telah mempopularkan kurang Pahang di kalangan masyarakat dengan corak dan warna menyerlah namun permintaan terhadap fesyen ini masih belum berkurangan.

”Cuma pada setiap kali keluaran, kami akan cuba menghasilkan corak yang berlainan mengikut arus fesyen semasa. Begitu juga dengan pemilihan warna, kami menyediakan pelbagai pilihan warna yang terang dan lembut.

”Terdapat pelanggan yang menyukai warna-warna terang dan ada juga yang sukakan warna-warna lembut. Jadi setiap orang boleh memakai mengikut warna yang mereka sukai,” jelas Zaiton yang ditemui di butiknya di Damansara baru-baru ini.

Katanya, selain kurung Pahang, pelanggan mempunyai beberapa pilihan lain kerana turut menghasilkan rekaan dres labuh, jubah, kurung pesak dan kebarung.

”Pilihan kain seperti krep dan syifon yang lembut bersesuaian dengan rekaan kami yang membuatkan si pemakai nampak langsing. Jahitan manik dan labuci pada bahagian leher, belahan depan baju dan hujung lengan menjadi trade-mark kami.

”Ini yang membuatkan pelanggan lebih suka membeli baju yang sudah siap daripada kami kerana jika hendak menempah jahitan manik ini pun, harus membayar mahal.

”Justeru, pakaian kami bukan sahaja sesuai untuk ke pejabat malah cantik jika dipakai ke majlis perkahwinan dan sebagainya,” ujar wanita yang berasal dari Kelantan ini.

Kulit kekal remaja

Posted in 1 at 2:20 pm by Ahmad Salafi

Kulit kekal remaja

DEMOSTRASI menggunakan produk Anew ketika majlis Pelancaran baru-baru ini.



WANITA ini tidak memerlukan cinta untuk menaikkan seri pada wajahnya.

Bahkan dia juga tidak gusar jika tidak berteman hanya kerana inginkan wajah yang cantik dan bersinar.

Baginya, penjagaan dan pemilihan produk yang sesuai itu penting.

Itulah prinsip penyanyi Syafinaz Selamat yang begitu teruja apabila pertama kali diberi peluang mencuba ANEW Rejuvenate Day Revitalizing Cream dan Night Cream dari Avon.

Sebelum ini, Syafinaz sibuk dengan pelbagai kerja sebagai anak seni yang membataskan masanya ke spa atau salun untuk melakukan rawatan wajah.

Namun, dengan kehadiran produk baru ini, menjadikan wajah Syafinaz lebih muda dan segar.

“Dalam seminggu selepas menggunakan produk ini, kesan pada wajah saya amat ketara.

Saya tidak perlu lagi memakai solekan, cukup sekadar maskara dan gincu, wajah saya sudah nampak segar,” katanya pada majlis pengenalan siri rangkaian ANEW Avon ini di Andana@Glenmarie, Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, Seksyen U1, Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, krim dengan hasil klinikal yang terbukti memberi hasil bak rawatan anti-penuaan wajah tanpa perlu keluar dari rumah.

SGel-krim bertekstur ringan yang unik ini dihasilkan dengan gabungan tiga teknologi unggul eksklusAif ciptaan Avon yang mengikut semula langkah rawatan anti-penuaan wajah dari spa professional:

Kompleks Exfo-Smoothing: Menyental dan menyerlah semula kulit agar kulit lebih mulus dan tampil lebih segar, muda dan sihat.

Teknologi MiniExtraction: Bertindak bak ribuan pengekstrak mikro untuk menyedut keluar kotoran dari liang roma, dan mengetatkannya.

Teknologi Facial FX: Memperkukuhkan hubungan sel dan membantu menjadikan kulit lebih licin dan anjal.

Avon telah mengadakan ujian klinikal untuk melihat persamaan hasil anti-penuaan kedua krim ini dengan sebuah spa mewah di sebuah hotel terkemuka di Amerika Syarikat.

Hanya sapukan selapis krim siang di wajah anda selepas membersih dan menyegar wajah di pagi hari. Pada malam pula, sapukan krim malam anda sebelum tidur agar anda bangun dengan wajah yang lebih muda bertenaga keesokan harinya.

Krim ini didatangkan dalam saiz 30g. Ianya boleh didapati di Butik Kecantikan Avon seluruh negara atau dari Wakil Avon anda pada RM79.90 (S&S RM91.90) setiap satu. Untuk maklumat lanjut, hubungi AVON Hotline di 03-79657100, atau layari http://www.myavon.com

Pil perancang Indonesia di pasar malam

Posted in 1 at 2:19 pm by Ahmad Salafi

KUALA LUMPUR 14 Jun – Ubat-ubat pencegah kehamilan yang disubsidikan oleh kerajaan Indonesia untuk rakyat miskin negara tersebut dijual secara terbuka di pasar-pasar malam di negara ini.

Ubat tersebut yang dipercayai diseludup dari negara tersebut turut dijual di kedai-kedai ubat tidak berlesen dan kaki-kaki lima sekitar ibu kota.

Pengarah Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, Mohd. Hatta Ahmad berkata, ubat-ubat tersebut dijual dengan harga yang murah iaitu RM3 ke RM4 untuk 28 kapsul.

“Penjualan ubat-ubat tersebut oleh warga asing di premis tidak berlesen terbongkar menerusi operasi mengejut bahagian penguat kuasa kementerian ini

di sekitar Lembah Klang baru-baru ini,” katanya semasa ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Boleh mati mengejut – Dr. Adilah Ahmat

Posted in 1 at 2:17 pm by Ahmad Salafi

KUALA LUMPUR 14 Jun – Kecenderungan golongan lelaki lembut dan mak nyah makan ubat-ubat pencegah kehamilan boleh menyebabkan mereka mati mengejut.

Selain itu, penyalahgunaan ubat- ubatan tersebut mendedahkan mereka dengan risiko pelbagai penyakit kronik termasuk kanser prostat serta diserang penyakit jantung, hati dan mengalami masalah salur darah tersumbat.

Kandungan estrogen dalam pil itu meskipun dalam sukatan yang rendah menjadikan darah cepat melekit dan menyebabkan dinding saluran darah menjadi tebal.

Pembekuan darah itu biasanya mula terbentuk di bahagian kaki seterusnya berpindah ke paru-paru, jantung dan otak yang boleh mengakibatkan kematian atau lumpuh.

Lebih buruk lagi, kesan pengambilan ubat-ubat tersebut boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan mental serta dilanda kemurungan yang serius.

Pakar Perbidanan dan Ginekonologi Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr. Adilah Ahmat berkata, pil-pil pencegah kehamilan lazimnya disarankan oleh doktor kepada wanita berkahwin untuk mencegah kehamilan.

Kata beliau, penggunaannya boleh membantu wanita menjarakkan kehamilan dengan tujuan untuk merancang keluarga.

Jelasnya, pil-pil perancang yang mengandungi hormon estrogen dan progestogen hanya sesuai digunakan oleh wanita dan bukannya untuk lelaki atau golongan ‘mak nyah’.

Katanya, golongan tersebut perlu menghentikan tabiat ‘menyalahgunakan’ ubat tersebut serta-merta atau berdepan dengan masalah kesihatan.

”Pil-pil perancang tidak boleh diamalkan tanpa saranan atau panduan daripada doktor-doktor bertauliah.

”Apa sudah jadi dengan mereka (golongan mak nyah’). Adakah mereka sedar risikonya,” katanya.

Beliau berkata, kesannya lebih ketara jika golongan tersebut adalah perokok tegar dan turut mengambil pil-pil vitamin lain untuk kecantikan.

”Amat mengejutkan jika ada lelaki yang mahu membentuk tubuh menjadi ‘wanita’ mengamalkan pil-pil perancang. Amalan ini akan menyebabkan mereka berisiko mendapat kanser prostat yang boleh meragut nyawa,” jelasnya.

Beliau yang bimbang dengan fenomena tersebut berkata, kesan lain yang menimpa lelaki tersebut ialah kemaluan mereka mengecil seperti saiz kanak-kanak.

Jelas beliau, mereka juga akan menderita masalah ‘mati pucuk’ .

”Jika golongan ‘mak nyah’ ini mahu menjadi lelaki semula dan memulakan hidup berumah tangga peluang untuk mendapat anak agak sukar kerana mereka akan mengalami masalah ‘mati pucuk’.

”Sebab itu, mereka yang mahu mengambil pil perancang perlu berjumpa doktor untuk mendapat panduan dan nasihat yang tepat,” katanya.

Semudah beli ubat sakit kepala

Posted in 1 at 2:16 pm by Ahmad Salafi

APA sudah jadi? Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini mengamalkan makan pil pencegahan kehamilan yang melambak di pasaran kerana didakwa boleh membentuk tubuh mereka seperti ‘wanita’.

Tanpa menghiraukan nyawa dan kesihatan diri, golongan tersebut terpengaruh dengan dakwaan bahawa ubat-ubat tersebut mampu merealisasikan impian mereka menjadi wanita.

Amalan buruk itu bukan sahaja membimbangkan masyarakat tetapi juga pakar-pakar kesihatan kerana ia sebenarnya memudaratkan kesihatan mereka.

Wartawan NORAINI NORDIN bersama jurufoto MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, HARUN OSMAN dan AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN meninjau pasaran ubat-ubat tersebut yang didapati boleh dibeli secara bebas di kebanyakan farmasi-farmasi dan kedai ubat di negara ini semudah membeli ubat sakit kepala.

Lebih mengejutkan lagi, ubat- ubat berkenaan turut dijual secara terbuka di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing bersama ubat-ubat tradisional.

Di bawah Akta Racun 1952, ubat-ubat pencegah kehamilan diklasifikasikan dalam Kumpulan C iaitu ubat yang dikawal rapi dan perlu mematuhi Seksyen 24 Akta Racun 1952 yang mewajibkan ia direkodkan dalam Buku Preskripsi sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Persoalannya, sejauh mana undang-undang itu digeruni? Risiko penggunaanya terhadap kesihatan dan adakah penguatkuasaan mampu mengawal lambakan ubat-ubat tersebut?

KUALA LUMPUR 14 Jun – Semudah membeli ubat sakit kepala. Begitulah bebasnya penjualan dan pembelian ubat-ubat pencegah kehamilan di kebanyakan farmasi dan kedai ubat di negara ini.

Lebih buruk lagi, ubat-ubat tersebut juga dijual secara terbuka di pasar-pasar malam dan kaki-kaki lima oleh warga asing.

Sedangkan, ubat-ubat tersebut tertakluk di Bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 yang diklasifikasikan dalam Kumpulan C iaitu ubat yang dikawal rapi dan perlu mematuhi Seksyen 24 Akta Racun 1952 yang mewajibkan ia direkodkan dalam Buku Preskripsi sebelum dibekalkan kepada pengguna.

Jika peraturan itu tidak dipatuhi, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Pemantauan Utusan Malaysia selama dua minggu di sekitar ibu kota mendapati peraturan tersebut langsung tidak digeruni ahli-ahli farmasi yang bertugas di farmasi-farmasi atau di kedai-kedai ubat berlesen.

July 1, 2009

Acer lancar gajet terkini

Posted in 1 at 9:03 am by Ahmad Salafi

Kemasan mewah pastinya satu daya penarik keluaran Acer ini.



PENGELUAR komputer ketiga terbesar dunia, Smart Handheld Business Group of Acer Inc. melancarkan satu rangkaian telefon pintar terkini selepas dilancarkan di Barcelona, Sepanyol awal tahun ini.

Gajet berkenaan telah berada di pasaran dan boleh di dapati di wakil penjual Acer iaitu Ace Mobile Group Sdn. Bhd.

Gajet berkenaan mewakili arah strategik Acer untuk menceburkan diri dalam pasaran mobiliti dengan penyelesaian Internet Mudah Alih mencapai 20 juta pengguna bagi lebih 100 buah negara.

Direka khusus bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi gajet yang semakin canggih dan ini merupakan isyarat bagi Acer.

Disasar bagi ahli perniagaan dan penggemar teknologi, Acer Smart Handheld direka khusus bagi memberikan keselesaan bagi kegunaan peribadi dan profesional.

Naib Presiden Smart Handheld Business Group APAC Acer Inc., Roger Yuen berkata, Acer menduduki pasaran teratas bagi netbook dan tempat kedua bagi komputer riba menjadikan Acer pemain penting dalam segmen mudah alih.

“Pelancaran ini merupakan langkah awal bagi Smart Handheld Business Group bagi pasaran Asia Tenggara dan berusaha untuk menjadi salah satu syarikat yang bergerak maju dalam pasaran mudah alih,” katanya semasa majlis pelancaran Acer Smart Handhelds di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Ace Mobile Group Sdn Bhd, CK Yong berkata, pihaknya amat teruja dengan hubungan strategik yang telah lama terjalin antara pihaknya dengan Acer bagi memasarkan produk Smart Handhelds Business Group di negara ini.

“Ini hanya satu permulaan dan banyak lagi produk yang menarik dan canggih akan dilancarkan selepas ini,” katanya.

Model ACER DX900 dengan harga RM1,999 menawarkan fungsi dua kad SIM bagi membenarkan pengguna yang mahukan perbezaan antara peribadi dan perniagaan.

Manakala ACER DX650 dengan harga RM1,599 memberikan dua rekaan antara muka bagi keselesaan pengguna yang mahukan kedua-dua skrin sentuh dan papan kekunci yang mudah untuk dikendalikan.

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang mahukan pelbagai kecanggihan tanpa membawa pelbagai gajet, mereka boleh memilih ACER X960 yang berharga RM1,899 yang kecil dan kompak bagi pelbagai kegunaan.

Dua model lain ACER F900 dan ACER M900 dibangunkan bagi mereka yang gemar melayari Internet di mana saja mereka berada.

Model F900 direka dengan papan kekunci mudah guna dan boleh memaparkan lebih maklumat di skrin bagi menawarkan pengalaman melayari Internet lebih mudah.

Previous page · Next page

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.