June 12, 2009

Kenapa Syakkan Kewujudan Allah Sedangkan Allah Pencipta Langit Dan Bumi

Posted in Akidah at 10:53 pm by Ahmad Salafi

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dan selawat serta salam kepada sahabat-sahabat baginda,

adapun selepas itu…

Ada dua sebab ada orang merasa syak dan ragu-ragu tentang kewujudan Allah.

Pertama : hanya was-was syaitan sedangkan iman dalam hati masih kekal seperti biasa.

Apabila ini berlaku maka hendaklah menolak was-was syaitan itu, kemudian meminta perlindungan dengan Allah daripada was-was syaitan itu seperti Al Isti’azah, akhir sekali jangan bercakap tentang perkara ini selepas itu.

Kedua : syak dan ragu-ragu itu telah bertapak dalam hati seseorang dan bukan lagi hanya setakat kata-kata hati, bahkan sampaikan lahir dalam bentuk perkataan atau perbuatan maka ini terang-terangan telah kufur kepada Allah Taala.

Sebab yang akhir ini adalah sesuatu yang melucukan dalam satu segi manakala menyedihkan dalam satu segi yang lain kerana bagaimana manusia boleh membohongi diri sendiri berkenaan kewujudan Allah dengan tidak mempercayai bahawa Allah Taala itu wujud sedangkan alam ini dengan mataharinya dan bulannya, lautnya dan sungainya semua menunjukkan ciptaan yang sangat hebat, kemudian tidak perlu untuk pergi dengan lebih jauh lagi kerana di badan manusia itu sendiri adalah dikira sebagai bukti dan dalil yang paling kuat juga tentang adanya pencipta yang mencipta semuanya itu.

Allah Taala berfirman dalam surah Az Zariyat ayat 21 yang bermaksud : 21. dan juga pada diri kamu sendiri, maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan dalil-dalil dan bukti itu.

Sudah diketahui umum dan akal juga membenarkan bahawa mana mungkin manusia menciptakan diri mereka sendiri, maka sudah tentu ada pencipta yang telah menciptakan mereka sebagaimana firman Allah dalam surah At Tur ayat 35-36 yang bermaksud : mengapa mereka tidak beriman, adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri (35). adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu, sudah tentu tidak, bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya (36).

Kemudian firman Allah lagi dalam surah Ghafir ayat 57, yang bermaksud : 57. demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi dari tiada kepada ada lebih besar dan lebih menakjubkan daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula sesudah matinya, akan tetapi kebanyakan manusia yang mengingkari hari kiamat tidak mengetahui.

Kemudian dalam surah Ibrahim ayat 10 yang bermaksud : 10. rasul-rasul mereka bertanya, patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi, Dia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu, mereka menjawab, kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami, kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami, oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: