June 13, 2009

Harimau

Posted in Islam at 10:06 pm by Ahmad Salafi

Anak harimau diajar makan daging.    Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.    Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak harimau jangan dibela pelihara.    Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak harimau takkan menjadi anak kambing.    Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kambing takkan menjadi anak harimau.    Orang yang pengecut tetap pengecut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak harimau takkan menjadi anak kambing).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kucing menjadi harimau.    Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.    Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.    Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan harimau makan anaknya.    Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau kena kucing pekak.    Marah bercampur takut kerana bahaya yang menimpanya. kucing pekak = perangkap besi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau lepas tangkap.    Marah dan bengis.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti harimau menyembunyikan kukunya.    Orang yang menyembunyikan kelebihannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kambing dengan harimau.    Orang yang lemah melawan orang yang kuat; sangat takut.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah masuk ke dalam mulut harimau.    Tiada dapat ditolong lagi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rupa harimau hati tikus.    Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangnya.    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya.    Tahu membuat pekerjaan yang jahat hendaklah tahu menyembunyikannya pula.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakai kulit harimau.    Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengepit kepala harimau).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengajar anak harimau.    Mengajar anak yang lekas pandai.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengepit kepala harimau.    Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggedangkan anak harimau.    Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya.    Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghilangkan jejak bagai harimau.    Berbuat sesuatu untuk menutup kesalahan atau perbuatan yang kurang baik.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menolong orang (= kerbau) ditangkap harimau.    Menolong orang yang membuat kesalahan, akhirnya menyusahkan diri sendiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing.    Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu.    Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk sarang harimau.    Termasuk ke dalam bahaya besar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil-kecil anak harimau.    Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat.    Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya. (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.    Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, ‘lah tentu kambing bertanggungan.    Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya. bertanggungan = menderita.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya.    Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan diajar anak harimau makan daging.    Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim. (Bandingkan dengan: Anak harimau diajar makan daging).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau bertempek tak (kan) makan orang.    Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau ditakuti sebab giginya.    Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau hendak menghilangkan jejaknya.    Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati kerana belangnya.    Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama.    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau memperlihatkan kukunya.    Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mengaum takkan menangkap.    Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau menunjukkan belangnya.    Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan kukunya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau menyorokkan kuku.    Orang yang menyembunyikan kelebihannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara.    Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya.    Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.    Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.    Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau.    Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya.    Nasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau.    Membuat pekerjaan yang sia-sia.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bunyi orang dikoyak harimau.    Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing.    Alah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada alah di tangan orang lemah. (Bandingkan dengan: Biar luka di dada, jangan luka di belakang).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai harimau beranak muda.    Orang perempuan yang terlalu bengis.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
harimau    1. beberapa jenis binatang buas yg rupanya spt kucing tetapi lebih besar. ~ belang Panthera tigris. ~ bintang Panthera pardus. ~ dahan Neofelia nebulosa. 2. ki orang yg berani dan ganas: Perajurit-perajurit itu spt ~ dan penuh bersemangat menentang musuh. 3. ~ berantai ki orang yg paling handal dlm sesuatu pasukan atau kumpulan.     Kamus Pelajar
harimau    sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll;~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kembering; ~ tanpa gigi orang telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas;~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ bertempik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan membunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa;mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memperlakukan dgn kejam.    Kamus Dewan Edisi Tiga
barah kepala harimau    barah di bawah mata kaki;    Kamus Dewan Edisi Empat
bunting harimau    (orang yg suka) marah-marah semasa bunting;    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau campa    harimau koreng yg garang dan berbahaya.    Kamus Dewan Edisi Empat
daun cengkam harimau    sj tumbuhan (pokok kecil), pokok tapak rimau, Trevesia cheirantha.    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau dandi    harimau yg berbelang-belang.    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau gadungan    harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau);    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau    sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ ber­tem­pik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan mem­bunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memper­laku­kan dgn kejam.    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau akuan    harimau jadi-jadian, cenaku, kem­bering;    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau tanpa gigi    orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi;    Kamus Dewan Edisi Empat
bagai harimau kelaparan    ki sangat ganas;    Kamus Dewan Edisi Empat
anjing (harimau) kumbang    anjing (harimau) yg hitam bulunya;    Kamus Dewan Edisi Empat
lompatan harimau    tempat harimau melompati anak air;    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau (macan) loreng    harimau tunggal;    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau peturun    harimau kumbang.    Kamus Dewan Edisi Empat
rezeki harimau    ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis;    Kamus Dewan Edisi Empat
umpan harimau    mangsa harimau;    Kamus Dewan Edisi Empat
(pokok) tapak harimau    sj tumbuhan (pokok renek), pokok daun sere­dang, daun buka nafsu, Trevesia cheirantha.    Kamus Dewan Edisi Empat
harimau terung kasau    sj harimau, Felis tigris.    Kamus Dewan Edisi Empat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: