June 15, 2009

Melayang

Posted in Islam at 9:01 pm by Ahmad Salafi

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.    Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Teras terunjam, gubal melayang.    Penduduk peribumi akan tetap tinggal di negerinya, sedangkan orang-orang asing akan meninggalkannya; orang yang baik budi bahasanya akan dimuliakan walaupun tidak berharta. gubal = kayu yang lunak, antara kulit dengan teras.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.    Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kalau getah meleleh, kalau daun melayang.    Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kalau tak sir berdegak, sir melayang.    Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.    Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh.    Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Daun ‘lah melayang, buah jatuh ke perdu juga.    Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.    Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

melayang 1. terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin):Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2. ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu.     Kamus Pelajar

melayang, berlayang    † 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam    Kamus Dewan Edisi Tiga

layang VI; melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).    Kamus Dewan Edisi Tiga

melayang jiwanya    mati    Kamus Dewan Edisi Empat

melayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung­-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati;    Kamus Dewan Edisi Empat

melayang nyawa (jiwa)    mati;    Kamus Dewan Edisi Empat

melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu).    Kamus Dewan Edisi Empat

rata terbang (melayang)    sl kereta yg dapat terbang.    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: