June 15, 2009

Perintah

Posted in Islam at 8:28 pm by Ahmad Salafi

Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah.    Patuh menurut perintah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

perintah    1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu.    Kamus Pelajar

bahasa perintah(command language)    1. Bahasa yang digunakan untuk memberi perintah langsung kepada sistem pengendalian komputer. 2. Bahasa sumber yang kebanyakannya terdiri daripada pengendali proses. Setiap pengendali mampu melaksanakan fungsi atau perintah tertentu.    Kamus Komputer

kekunci perintah(command key)    1. Kekunci yang dikhaskan untuk perintah khusus dan bukan untuk memasukkan huruf, nombor, atau simbol. 2. Kekunci yang digunakan untuk memegang urutan perintah yang diaturcarakan terlebih dahulu.    Kamus Komputer

komunikasi perintah(command communication)    Proses penghantaran perintah antara pengawal proses dengan proses.    Kamus Komputer

pacuan perintah(command driven)    Atur cara atau peranti yang dikawal oleh perintah yang ditaip secara langsung oleh pengguna.    Kamus Komputer

pemprosesan perintah(command processing)    Proses membaca, mentafsirkan, dan melaksanakan perintah komputer.    Kamus Komputer

pemproses perintah(command processor)    Bahagian atur cara yang mengendalikan proses membaca, mentafsir, dan melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh pengguna.    Kamus Komputer

perantaian perintah(command chaining)    Pelaksanaan perintah yang terdapat dalam satu senarai kawalan yang dilakukan secara berjujukan.    Kamus Komputer

perintah(command)    1. Suruhan yang mesti dipatuhi oleh sistem. 2. Isyarat untuk memulakan, memberhentikan, atau meneruskan perjalanan pengendalian.    Kamus Komputer

perintah tersirat(embedded command)    1. Perintah khas pemproses kata yang diletakkan di dalam teks untuk melakukan tugas khas, seperti langkau baris, apabila dokumen dicetak. 2. Perintah khas yang dimasukkan ke dalam atur cara dan terselindung daripada pengguna biasa sehingga perintah ini dipanggil oleh pengguna khusus. 3. Perintah sistem pengendalian yang dapat difahami terus oleh sistem kerana perintah telah dimasukkan ke dalam inti sistem pengendalian.    Kamus Komputer

senarai perintah(command list)    1. Senarai yang mengandungi semua perintah yang boleh dikerjakan oleh sistem tertentu. 2. Senarai yang mengandungi perintah yang perlu diproseskan.    Kamus Komputer

struktur perintah(command structure)    Bentuk binaan atau struktur yang dimiliki oleh perintah komputer.    Kamus Komputer

tampung perintah(command patch)    Kod perintah yang dimasukkan ke dalam sistem untuk membetulkan kesilapan pada sistem atau untuk mengubahsuai fungsi sedia ada pada sistem.    Kamus Komputer

di bawah perintah    diperintahkan oleh;    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah halus    perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang);    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah berkurung    perintah (oleh kerajaan) yg mengarahkan orang ramai supaya tinggal di rumah dlm jangka waktu yg tertentu;    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah    1. kata yg menyuruh (mengarah) melakukan sesuatu, arahan, suruhan: guru memberi ~ “lompat” dan murid sekalian serentak melompat; manusia dipertanggungjawabkan oleh agama supaya melaksanakan segala ~ Tuhan; atas ~ dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah; di bawah ~ a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan); surat ~ surat yg mengandungi perintah; 2. peraturan drpd kerajaan atau pihak yg berkuasa yg harus dipatuhi: kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan semua tunjuk perasaan di seluruh negara; 3. kata-kata suruhan (dlm perbarisan dll), aba-aba, komando; ~ berkurung perintah yg melarang orang ke­luar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan; ~ halus perintah yg berupa nasihat (cadangan dll); ~ keras perintah yg mesti dipatuhi; seperintah menurut segala perintah (ibu bapa dll): menurut adat istiadat kita, anak ~ bapak dan kemanakan ~ mamak; memerintah 1. mengeluarkan (memberi) perintah, menyuruh (mengarahkan) melaku­kan sesuatu: jika hendak menegah sesuatu perbuatan jarang ia memaksa atau ~, melainkan ia menasihati dahulu; 2. menguasai dan mengurus (negara, orang, dll): menurut sistem demokrasi, kerajaan yg dipilih rakyat ~ negeri; memerintahi 1. memberi (mengeluarkan) perintah kpd: sbg ketua ia ~ orang-orang di bawahnya; 2. membawahkan, memimpin; 3. ark memerintah (menguasai dan mengen­dalikan): selama tiga tahun setengah, Malaya diperintahi Jepun; memerintahkan 1. memberikan perintah kpd, mengarahkan supaya mengerjakan: ke mana juga ia diperintahkan pergi, ia mesti patuh; 2. memerintah (menguasai dan men­tadbir negeri dll): duduklah ia ~ negeri Pahang sementara belum beraja; 3. mengelolakan, mengurus (kawasan dll); terperintah diperintah, dikuasai: bagi saya orang yg ~ ini, disuruh pergi ditegah berhenti; pemerintahan perihal memerintah, cara (sistem) memerintah, pentadbiran: di bawah ~ demokrasi, rakyat diberi kebebasan yg luas; ~ sewenang-wenang (Udg) sistem pe­merintahan yg tidak dibatasi oleh undang-undang; pemerintah 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera.    Kamus Dewan Edisi Empat

atas perintah    dgn perintah, utk melaksanakan segala perintah;    Kamus Dewan Edisi Empat

di bawah perintah    a) diarahkan oleh; b) di bawah pimpinan; c) masuk dalam lingkungan (kawalan);    Kamus Dewan Edisi Empat

surat perintah    surat yg mengandungi perintah;    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah berkurung    perintah yg melarang orang keluar dr rumah pd masa-masa yg ditentukan;    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah halus    perintah yg berupa nasihat (cadangan dll);    Kamus Dewan Edisi Empat

perintah keras    perintah yg mesti dipatuhi;    Kamus Dewan Edisi Empat

surat perintah    Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu;    Kamus Dewan Edisi Empat

titah perintah    sl berbagai-bagai titah (raja);    Kamus Dewan Edisi Empat

menunaikan ajaran (perintah, pesanan)    mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan);    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: