June 15, 2009

Sayang

Posted in Islam at 8:48 pm by Ahmad Salafi

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.    Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang.    Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Seperti labah-labah cinta (= kasih sayang) kepada telurnya.    Kasih sayang yang tak dapat dipisahkan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya.    Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.    Keadaan yang serba salah dalam menghadapi kekasih atau isteri yang curang.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang bunga layu di pohon.    Gadis yang tidak bersuami sampai tua.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan.    Sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri, pergi merantau ke negeri lain.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor.    Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat.    Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.    Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus.    Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).    Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat.    Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang.    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Seperti Kur’an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang.    Kurus sekali kerana sakit.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Bagai sayang kaki pada terompah.    Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang.    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

sayang I    1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya.    Kamus Pelajar

sayang I    2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati.    Kamus Pelajar

sayang I    3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu.    Kamus Pelajar

sayang I    4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung.    Kamus Pelajar

sayang I    bersayangsayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan.    Kamus Pelajar

sayang I    menyayangi    Kamus Pelajar

sayang I    1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya.    Kamus Pelajar

sayang I    2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku?     Kamus Pelajar

sayang I    kesayangan    Kamus Pelajar

sayang I    1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam.    Kamus Pelajar

sayang I    2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.    Kamus Pelajar

sayang I    penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~.    Kamus Pelajar

sayang II    beberapa buah takal yg digunakan utk mengangkat benda-benda berat dll.    Kamus Pelajar

sayang 1.  mengasihi, mencintai:  ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya;   2.  kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami;  3.  kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4.  bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5.  terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan  prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;bersayangan, bersayangsayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1.  berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya;   2.  berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya;  3.  berasa kesal, menyesali;menyayangkan 1.  sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan;   2.  menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1.  terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2.  terasa menyesal akan (sesuatu hal);tersayangsayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1.  perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2.  yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu;  3.  yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya;   4.  perasaan kesal (rugi dll);penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri , dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~ .     Kamus Dewan Edisi Tiga

tersayangsayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya;     Kamus Dewan Edisi Tiga

dondang sayang sj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg tertentu (utk bersuka-suka);berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~ sayang; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).    Kamus Dewan Edisi Tiga

berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~ sayang; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).    Kamus Dewan Edisi Tiga

kasih sayang 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan;berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.    Kamus Dewan Edisi Tiga

berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.    Kamus Dewan Edisi Tiga

dondang sayang sj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg tertentu (utk bersuka-suka); berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).    Kamus Dewan Edisi Empat

berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb).    Kamus Dewan Edisi Empat

kasih sayang 1. cinta kasih; 2. (perasaan) belas kasihan; berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.    Kamus Dewan Edisi Empat

berkasih sayang menaruh kasih sayang (pd): kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu ~.    Kamus Dewan Edisi Empat

sayang 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayang-kan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggal-kan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain; bersayangan, bersayangsayangan ber­kasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi 1. berasa sayang akan, mengasihi, mencintai: isteri yg tua engkau kasihi tetapi yg muda engkau sayangi; dia sungguh-sungguh ~ kedua-dua anaknya; 2. berasa gemar akan, suka akan: sekarang dia terpaksa meninggalkan tempat yg sangat disayanginya; 3. berasa kesal, menyesali; menyayangkan 1. sayang (kasih, cinta) akan: semua anaknya tidak dipedulikan, seorang pun tidak disayangkan; 2. menyesal akan (sesuatu kemalangan, bencana, dll): sangat disayangkan kejadian itu berlaku; tersayang 1. terasa amat sayang sekali, (yg) amat disayangi; 2. terasa menyesal akan (sesuatu hal); tersayangsayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya; kesayangan 1. perasaan kasih sayang (cinta dll), cinta kasih: ~ Mak Wati kpd anaknya bertambah dalam; 2. yg disukai, kesukaan: itu memang sudah ~ mereka berbuat begitu; 3. yg disayangi (dicintai, dikasihi), kekasih: baginda terpaksa membelakangi isteri ~nya kerana semata-mata hendak menjaga hati ayah bondanya; 4. perasaan kesal (rugi dll); penyayangan perbuatan menyayangi: dr situ dibawa kpd ~ rumah, kampung negeri, dan negara; penyayang orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan: dia induk semang kami yg pengasih lagi ~.    Kamus Dewan Edisi Empat

tersayangsayang terasa kesal (rugi): raja itu pun menggosok-gosok tangannya ~ akan menteri kepercayaannya dan hulubalang yg diharapnya;    Kamus Dewan Edisi Empat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: