June 15, 2009

Senarai

Posted in Islam at 10:23 pm by Ahmad Salafi

senarai beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang.    Kamus Pelajar

senarai ~ hitam senarai nama orang (pertubuhan dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg membahayakan.    Kamus Pelajar

senarai menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai.    Kamus Pelajar

ekor senarai(list tail)    1. Sel atau unsur terakhir dalam struktur senarai. 2. Butiran atau bahagian selebihnya dalam senarai selepas bahagian kepala. Bandingkan kepala senarai.    Kamus Komputer

gelintaran senarai berantai(chained list search)    Kaedah pencarian yang menggunakan struktur data berbentuk senarai berantai.    Kamus Komputer

kepala senarai(list head)    Sel pertama atau butiran hadapan dalam suatu senarai. Bandingkan ekor senarai.    Kamus Komputer

pemprosesan senarai(list processing)    1. Pemprosesan yang dilakukan terhadap data yang mempunyai struktur senarai. 2. Teknik pengaturcaraan untuk mengendalikan struktur data yang terdiri daripada butiran yang berkaitan dengan butiran lain melalui penunjuk. 3. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta umtuk mengolah simbol dan data bukannya nombor. Struktur data dan atur cara pemprosesan ini berbentuk senarai. Singkatan LIPS.    Kamus Komputer

senarai(list)    1. Rentetan objek yang disusun dalam satu format tertentu. 2. Tindakan memaparkan kandungan fail atau unsur tertentu ke peranti output. 3. Tatasusunan satu matra yang mengandungi nilai tertentu.    Kamus Komputer

senarai bahagian(parts list)    Senarai yang mengandungi maklumat seperti nama, kuantiti, nombor siri, dan taraf pada bahagian yang diperlukan untuk membentuk sistem.    Kamus Komputer

senarai berantai(chained list)    Senarai yang terdiri daripada objek yang berangkai. Setiap objek mengandungi maklumat atau pengenal kepada objek yang selanjutnya dalam suatu susunan rangkaian tertentu. Mengikut kaedah ini, objek tidak semestinya berada berdampingan dalam ingatan.    Kamus Komputer

senarai himpunan(assembly listing)    Senarai tercetak yang dijanakan oleh penghimpun sebagai dokumen kepada suatu penghimpunan. Senarai ini menunjukkan, baris demi baris, bagaimana penghimpun menterjemahkan atur cara dalam bahasa himpunan. Senarai ini sangat penting untuk mencari ralat atau pepijat dalam atur cara.    Kamus Komputer

senarai linear(linear list)    Senarai unsur yang disimpan secara linear dalam ingatan yang berdampingan.    Kamus Komputer

senarai membulat(circular list)    Senarai berkaitan yang penunjuk unsur terakhirnya menunjuk kepada unsur pertama.    Kamus Komputer

senarai menu(menu list)    Senarai yang mengandungi pilihan yang dibuat oleh pengguna daripada menu yang disediakan.    Kamus Komputer

senarai padat(dense list)    Senarai unsur yang disimpan dalam kedudukan ingatan yang berdampingan.    Kamus Komputer

senarai perintah(command list)    1. Senarai yang mengandungi semua perintah yang boleh dikerjakan oleh sistem tertentu. 2. Senarai yang mengandungi perintah yang perlu diproseskan.    Kamus Komputer

senarai syarat(condition list)    Senarai syarat yang perlu dipenuhi oleh atur cara sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil.    Kamus Komputer

senarai tinjauan(polling list)    Senarai yang mengandungi maklumat kawalan dan susunan terminal yang perlu ditinjau oleh pemproses.    Kamus Komputer

senarai tunggu(wait list)    1. Susunan data atau tugas yang belum sempat dikerjakan oleh pemproses. 2. Senarai pengguna atau peranti yang menunggu untuk dibenarkan mengguna sumber atau kemudahan sistem.    Kamus Komputer

struktur senarai(list structure)    Bentuk struktur data yang dibina sebagai senarai dan mempunyai subsenarai.    Kamus Komputer

senarai catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenaraikan; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu;penyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) memasukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja.     Kamus Dewan Edisi Tiga

senarai hitam    senarai nama orang dll yg mempunyai rekod buruk (spt telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dll);menyenaraihitamkan merakamkan (memasukkan) dlm senarai hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yg menipu penumpang.     Kamus Dewan Edisi Tiga

harga senarai (Eko) harga barang sebelum ditolak potongan (dalal dsb);    Kamus Dewan Edisi Empat

senarai catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut.    Kamus Dewan Edisi Empat

senarai hitam    senarai nama orang dll yg mem-punyai rekod buruk (spt telah melanggar peraturan atau undang-undang, mengingkari perjanjian, dll); menyenaraihitamkan merakamkan (me­masukkan) dlm senarai hitam: JPJ akan ~ pemandu teksi yg kerap melakukan kesalahan lalu lintas dan yg menipu penumpang.    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: