June 15, 2009

Telunjuk

Posted in Islam at 9:09 pm by Ahmad Salafi

Aus telunjuk mencolek garam.    Hidup dalam kemiskinan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Telunjuk lurus, kelingking berkait.    Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus, pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.    Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Tiada berbau telunjuk saya.    Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.    Sejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Seperti lurus-lurus telunjuk.    Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Runcing telunjuk memalit sambal lada.    Hidup miskin dan melarat.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggigit jari (= telunjuk).    Kecewa.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.    Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk.    Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kapur di hujung telunjuk.    Tidak dapat menolong sanak saudara.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.    Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata.    Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh.    Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Berlindung di balik telunjuk.    Rahsia yang tak dapat disembunyikan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Bertungkus-lumus biarlah di dapur, sifatkan seperti telunjuk dengan kapur; arang jangan dibuat pupur, banyaklah ayam kelak datang melumpur.    Perselisihan sama sendiri janganlah dibawa ke tengah, carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

telunjuk, = jari ~    jari di antara ibu jari dgn jari hantu.    Kamus Pelajar

telunjuk telunjuk 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, menikam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~ , ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya.    Kamus Dewan Edisi Tiga

menggigit jari (telunjuk)    ki berasa kecewa (hampa);    Kamus Dewan Edisi Empat

ikut telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah);    Kamus Dewan Edisi Empat

mengikut telunjuk mematuhi, ikut telunjuk;    Kamus Dewan Edisi Empat

jari telunjuk (syahadata    ark) jari di antara ibu jari dgn jari hantu;    Kamus Dewan Edisi Empat

kerat telunjuk sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir, Canarium rufum.    Kamus Dewan Edisi Empat

telunjuk 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, ke­ma­hu­an, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya.    Kamus Dewan Edisi Empat

jari telunjuk jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: