June 17, 2009

Adat

Posted in Islam at 5:51 pm by Ahmad Salafi

Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat.    Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.    Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung.    Tidak mementingkan diri sendiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat bertentu, bilang beratur.    Segala pekerjaan harus dilakukan menurut peraturan yang sudah ada. (Bandingkan dengan: Adat diisi, lembaga dituang).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat.    Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat diisi, janji dilabuh.    Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat diisi, lembaga dituang.    Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yang telah diadatkan. (Bandingkan dengan: Adat bertentu, bilang beratur).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat dipakai baru, kain dipakai usang.    Adat yang baik, kalau diikuti, akan mengangkat darjat orang yang mengikutinya itu, kerana kalau adat dipakai selalu maka barulah tampaknya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.    Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat gajah terdorong.    Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat juara kalah menang.    Tiap-tiap usaha ada laba ruginya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat lama pusaka usang.    Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat lurah timbunan sarap.    Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat memakai, syarak mengata.    Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat muda menanggung rindu.    Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.    Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pasang berturun naik.    Apa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.    Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak.    Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat pulau limburan pasang.    Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung.    Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).    Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat tua menahan ragam.    Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang kawi, syarak yang lazim.    Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang menurun, syarak yang mendaki.    Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.    Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah memakai adat.    Dikatakan kepada pemuda yang sudah beristeri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Syarak yang mengata, adat yang memaksa.    Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pada sama tumbuh dengan siangan, adat sama tumbuh dengan sengketa.    Adat berdiri kerana ada sebabnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.    Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah.    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah.    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis adat kerana kerelaan.    Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.    Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang adat tegal muafakat.    Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hukum yang rata, adat yang datar.    Sesuatu yang sama baiknya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.    Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat. berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati anak jangan mati adat.    Adat yang tidak boleh dilanggar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
adat    peraturan, amalan, kebiasaan, resam, hukum, kelaziman    Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
adat    peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulu kala: Majlis perkahwinan itu telah dilakukan mengikut ~ orang-orang Melayu. ~ istiadat berbagai-bagai adat yg diikut. ~ resam adat yg menjadi kebiasaan kpd sesuatu kaum (daerah dll). beradat 1. mempunyai adat; tahu bersopan santun. 2. mengikut adat (ketika melakukan sesuatu).     Kamus Pelajar
adat    1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulu kala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajipan; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadatberbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk bergerak, ~ lesung berdedak prb jika berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus menaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat;mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan;teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.    Kamus Dewan Edisi Tiga
adat    1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau; 2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api panas; kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan); mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~ sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia, kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~ resam adat kebiasaan; ~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan kekua­saan­nya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubah-ubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika ber­kehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan, cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya; hidup dikandung ~ mati dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat; beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu secara adat; mengadatkan menjadikan sesuatu adat, menjadikan sesuatu kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan; teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi kerana kebiasaan.    Kamus Dewan Edisi Empat
kurang adat    tidak sopan, kurang ajar;    Kamus Dewan Edisi Empat
membawa adat    haid (datang bulan);    Kamus Dewan Edisi Empat
mengisi adat    menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban;    Kamus Dewan Edisi Empat
tahu adat    sopan;;    Kamus Dewan Edisi Empat
tak tahu adat    tidak sopan, kurang ajar;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat dunia    sifat dunia, kebiasaan di dunia;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat gelanggang    = ~ menyabung peraturan menyabung (ayam);    Kamus Dewan Edisi Empat
adat istiadat    berbagai-bagai adat (peraturan) yg dituruti;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat menyerambi    adat menjamu bakal menantu laki-laki;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat resam    adat kebiasaan.    Kamus Dewan Edisi Empat
adat yg diadatkan    adat yg ditetapkan;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat yg teradat    adat yg terjadi kerana kebiasaan.    Kamus Dewan Edisi Empat
aluran adat    Mn jalan adat yg sebenarnya (yg betul).    Kamus Dewan Edisi Empat
balai adat    rumah tempat dilakukan upacara adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
membawa adat    haid, datang bulan;    Kamus Dewan Edisi Empat
membuang adat    tidak mengendahkan adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
membuang sepanjang adat    mengeluarkan drpd adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat peremasan    sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar.    Kamus Dewan Edisi Empat
hukum adat    peraturan-per­aturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak;    Kamus Dewan Edisi Empat
mengisi adat    a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat istiadat    berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna;    Kamus Dewan Edisi Empat
kanun adat    hukum adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
kata adat    peribahasa yg berkaitan dgn adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat yg kawi    adat yg dipakai dan dimuliakan sejak zaman dahulu.    Kamus Dewan Edisi Empat
ketua adat    pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kam­pung, suku, dll);    Kamus Dewan Edisi Empat
adat kolot    adat kuno;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat berkorong kampung    adat istiadat dlm kawasan (lingkungan) kampung;    Kamus Dewan Edisi Empat
kurang adat    tidak sopan;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat kuno    adat yg sudah usang;    Kamus Dewan Edisi Empat
langgar adat    biadap, tidak sopan;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat nenek moyang    adat istiadat yg turun-temurun;    Kamus Dewan Edisi Empat
pakaian adat    pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat;    Kamus Dewan Edisi Empat
pepatah adat    perkataan (peribahasa) mengenai adat, kata adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat perpatih    adat orang Minangkabau (diamalkan oleh sete­ngah-setengah penduduk Negeri Sembilan).    Kamus Dewan Edisi Empat
adat pusaka    adat yg turun-temurun;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat resam    adat (aturan) yg biasa;    Kamus Dewan Edisi Empat
merombak adat (aturan, perjanjian, dll)    menghapuskan atau me­niada­kan adat (aturan perjanjian dll);    Kamus Dewan Edisi Empat
rumah adat    balairung;    Kamus Dewan Edisi Empat
salah adat    tidak mengikut adat, melanggar adat;    Kamus Dewan Edisi Empat
undang adat    amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di kawasan atau dlm masyarakat tersebut;    Kamus Dewan Edisi Empat
tahu adat    mengerti sopan santun;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat dagang, tahan menawar    barang dagangan sudah semestinya boleh dikurangkan harganya;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat tertib    kelakuan yg baik dlm pergaulan, kesopanan: perbuatan yg kita lakukan demikian adalah melanggar ~ negara timur ini    Kamus Dewan Edisi Empat
adat (budi pekerti) timur    adat (budi pekerti) bangsa Asia.    Kamus Dewan Edisi Empat
bertukar adat    berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa);    Kamus Dewan Edisi Empat
adat penukul lantak    bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll);    Kamus Dewan Edisi Empat
wang adat    Id wang utk perbicaraan di mahkamah;    Kamus Dewan Edisi Empat
adat lama pusaka usang    Mn adat yg sudah turun-temurun;    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: