June 17, 2009

Bergantung

Posted in Islam at 11:54 pm by Ahmad Salafi

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.    Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terung buah bergantung, lobak buah berlindung.    Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.    Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).    Dalam keadaan yang sangat berbahaya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jiwa bergantung di hujung rambut.    Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika berjumbai tempat bergantung.    Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.    Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung (di) rambut sehelai.    Dalam keadaan yang sangat berbahaya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung di hujung kuku.    Dalam keadaan yang sangat berbahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung [di] rambut sehelai).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung pada akar lapuk.    Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung pada tali rapuh.    Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung sehasta tali.    Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung tidak bertali.    Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
bergantung    bersangkut, bergayut, berpaut, berpegang, berkait, berjurai, berjumbai, beruntai, bersidai, berharap, berserah, beradu nasib, bersandar, tergantung    Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
bergantung    1. berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb:Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2. berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan.     Kamus Pelajar
bergantung    1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah;    Kamus Dewan Edisi Tiga
bergantung    1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah;    Kamus Dewan Edisi Empat
dagu bagai lebah bergantung    dagu yg cantik;    Kamus Dewan Edisi Empat
bergantung-gantung    bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;    Kamus Dewan Edisi Empat
lebah bergantung    a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh;    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: