June 17, 2009

Penuh

Posted in Islam at 5:47 pm by Ahmad Salafi

Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.    Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah penuh sebagai bersukat.    Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.    Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas.    Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Serupa bulan penuh.    Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumpit penuh tidak berisi.    Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penuh sudah bagai menggantang.    Penuh benar-benar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menating minyak penuh.    Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Ditating bagai minyak penuh).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyukat penuh sudah.    Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah penuh sebagai bersukat).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Moncong penuh oleh air, perut berisi batu.    Tidak dapat mengatakan sesuatu yang terasa dalam hati, kerana telah berhutang budi dan sebagainya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muka licin ekor penuh berkudis.    Berpura-pura seperti orang kaya, sedangkan hidupnya melarat. (Bandingkan dengan: Muka licin, ekor berkedal).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Janji sampai, sukatan penuh.    Sudah sampai ajal.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditating bagai minyak penuh.    Diperlakukan dengan sangat hati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Menating minyak penuh).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lukah, tak penuh air.    Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya. (Biasa juga: Macam lukah, tak kenyang-kenyang oleh air).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh.    Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.    Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
penuh    1 sudah berisi seluruhnya; tidak ada yg terluang lagi: Tangkinya sudah ~. 2 banyak berisi sesuatu: Sakunya ~ dgn buah mata kucing. Orang ramai ~ sesak di stesen kereta api. 3 tidak dikurangkan apa-apa; lengkap: Tiap-tiap bulan dia menerima gaji ~ sebanyak RM910.00 memenuhi 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dl; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. memenuhkan menyebabkan sesuatu jadi penuh; mengisi: ~ timba dgn pasir. sepenuh tidak ada kecualinya; selengkapnya; semuanya: Ketika belajar kita hendaklah memberikan ~ perhatian kpd pengajaran guru.    Kamus Pelajar
tepu, = penuh ~    1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat.    Kamus Pelajar
tepu, = penuh ~    2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb).    Kamus Pelajar
tepu, = penuh ~    3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb).    Kamus Pelajar
tepu, = penuh ~    menepukan menjadikan tepu.    Kamus Pelajar
baldi penuh(full bucket)    Pemuat dalam litar ingatan capaian rawak yang bercas penuh dan dengan itu berada dalam keadaan logik 1.    Kamus Komputer
bingkai penuh(full frame)    Keadaan paparan yang menunjukkan keseluruhan grafik dalam ruang paparan setelah diskalakan dengan sewajarnya.    Kamus Komputer
dupleks penuh(full-duplex)    Kemampuan menghantar dan menerima data melalui rangkaian telekomunikasi secara serentak dan dua hala melalui dua saluran yang berasingan.    Kamus Komputer
gelintaran teks penuh(full-text search)    Kaedah pencarian dalam keseluruhan teks buku atau rencana yang tersimpan dalam ingatan komputer untuk mendapat kembali teks yang berkaitan.    Kamus Komputer
paparan halaman penuh(full-page display)    Paparan keseluruhan halaman pada skrin, yang biasanya dapat dilakukan oleh perisian pemprosesan kata dan penerbitan atas meja.    Kamus Komputer
penambah penuh(full adder)    Litar penambah yang mampu menambahkan dua bit dan satu bit bawaan yang berasal daripada penambahan sebelumnya.    Kamus Komputer
penyuntingan skrin penuh(full-screen editing)    Sifat perisian pemproses kata atau penyunting yang membolehkan pengguna menggerakkan kursor ke keseluruhan skrin untuk menjalankan kerja penyuntingan teks.    Kamus Komputer
skrin penuh(full-screen)    Keadaan apabila keseluruhan ruang skrin peranti paparan digunakan untuk paparan.    Kamus Komputer
anak syarikat milik penuh    syarikat yg seluruh saham yg diterbitkan dimiliki oleh syarikat lain;    Kamus Dewan Edisi Empat
angka penuh    angka bulat;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh bekat    penuh sesak.    Kamus Dewan Edisi Empat
dupleks penuh    (Komp) kemampuan menghantar dan menerima data melalui talian komunikasi secara serentak dan dua hala melalui dua saluran yg berasingan.    Kamus Dewan Edisi Empat
guna tenaga penuh    (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja;    Kamus Dewan Edisi Empat
guna tenaga tak penuh    (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh harapan    besar harapan;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh litir    Kl sangat penuh, penuh hingga melimpah.    Kamus Dewan Edisi Empat
nombor penuh    nombor yg tidak ada angka pecahan;    Kamus Dewan Edisi Empat
pantulan dalam penuh    (Fiz) pantulan lengkap sinar cahaya di sempadan dua medium ketika sinar itu berada dlm medium yg lebih tinggi indeks pantulannya;    Kamus Dewan Edisi Empat
pasang penuh    air pasang yg penuh atau besar (sebelum surut);    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh harapan    dgn berharap sangat;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh kesedaran    dgn cukup sedar;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh perasaan    dgn seluruh perasaan (hati);    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh sarat    penuh sekali;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh semangat    dgn bersemangat sekali;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh pepak    penuh sekali;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh    1. seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang), pepak: tong itu ~ lagi berisi minyak; bas itu sudah ~; ~ sesak (padat, pepak, ruah, tumpat) sangat penuh; 2. banyak berisi (sesuatu), banyak mengandungi (sesuatu): kedai itu ~ dgn kain; 3. ki tidak kurang, cukup: kalau dia sudah sembuh, dia akan mendapat gaji ~; markah ~; sijil ~; 4. banyak (ramai) sekali: ~lah pasar itu dgn perempuan; ~ harapan dgn berharap sangat; ~ kesedaran dgn cukup sedar; ~ perasaan dgn seluruh perasaan (hati); ~ sarat penuh sekali; ~ semangat dgn bersemangat sekali; sepenuh secukup(nya), segenap, selengkap, seluruh, semua(nya): diberi keterangan ~nya; ~ perhatian dgn seluruh perhatian; memenuhi 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalan­kan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; memenuhkan menyebabkan sesuatu men­jadi penuh, menjadikan penuh: dia sedang ~ baldi itu dgn air; terpenuhi sudah dipenuhi, dapat dilaksanakan (diluluskan).    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh sesak (padat, pepak, ruah, tumpat)    sangat penuh;    Kamus Dewan Edisi Empat
persepuluhan penuh    perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang.    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh merasak    penuh sesak; asak, sesak.    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh ruah    a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh sesak    penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi);    Kamus Dewan Edisi Empat
takaran sudah hampir penuh    sudah tua.    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh tepu    a) penuh sesak, padat, tumpat: tempat habuk rokok penuh ~ dgn puntung rokok;    Kamus Dewan Edisi Empat
penuh tumpat    penuh betul (mampat, sesak);    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: