June 17, 2009

Seberang

Posted in Islam at 11:53 pm by Ahmad Salafi

Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.    Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang.    Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak.    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang.    Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.    Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.    Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
seberang    1 tebing sungai (pantai laut, tepi jalan dsb) yg di sebelah sana: Rumahnya di ~ anak sungai itu.    Kamus Pelajar
seberang    2 tempat dll yg berhadap-hadapan letaknya atau duduknya: Dia duduk di ~ saya.    Kamus Pelajar
seberang    berseberangan, seberang-menyeberang    Kamus Pelajar
seberang    1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung.    Kamus Pelajar
seberang    2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~.    Kamus Pelajar
seberang    menyeberang pergi ke seberang sana: Baik-baik apabila ~ jalan.    Kamus Pelajar
seberang    menyeberangi    Kamus Pelajar
seberang    1 melalui atau menempuh sungai dll; mengharungi: Kita tidak dpt ~ sungai itu kerana airnya terlalu deras.    Kamus Pelajar
seberang    2 ki menempuh atau mengalami sesuatu kesulitan dll: Selama saya hidup, saya telah ~ seribu satu macam kesukaran.    Kamus Pelajar
seberang    menyeberangkan membawa ke seberang; membawa menyeberang.    Kamus Pelajar
berseberangan, seberang-menyeberang    1 berhadap-hadapan atau bertentangan letaknya: Pekan Kuala Kangsar ~ dgn Kampung Sayung.    Kamus Pelajar
berseberangan, seberang-menyeberang    2 sama-sama terletak di tepi sungai (jalan dll), satu di seberang sana dan satu lagi di seberang sini: Kedua-dua buah bandar itu ~.    Kamus Pelajar
seberang    1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), bertentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), mengharung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki menempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang;terseberang 1. sudah diseberangkan (diseberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang;penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat menyeberang (di sungai, jalan raya, dll).    Kamus Dewan Edisi Tiga
berseberangan, seberang-menyeberang    1.  berhadapan letaknya (duduknya), bertentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut;   2.  (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang;     Kamus Dewan Edisi Tiga
cabai seberang    sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum;    Kamus Dewan Edisi Empat
daerah seberang laut(an)    daerah jajahan;    Kamus Dewan Edisi Empat
elaun seberang laut    elaun kerana bekerja di luar negeri;    Kamus Dewan Edisi Empat
gadung seberang    sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi.    Kamus Dewan Edisi Empat
seberang    1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dll): kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah; ~ laut luar negara, negara asing: Razman akan melanjutkan pelajaran di ~ laut; tanah ~ a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera); 2. tempat yg bertentangan dgn, berhadapan dgn: rumahnya di ~ rumah saya; berseberangan, seberang-menyeberang 1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang; menyeberang 1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; menyeberangi 1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dll, melintasi, mengharungi: dgn apa hendak diseberangi lautan? 2. ki me-nempuh (melalui, merasai) kesusahan dll: tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dgn selamat, bahagialah kita; menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang; terseberang 1. sudah diseberangkan (di­seberangi); 2. terlepas drpd, terhindar, terbias: tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dgn selamat, bahagialah kita; keseberangan 1. sudah diseberangi; 2. ki telah diketahui (maksud, tujuan, dll); dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ prb telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang; penyeberangan 1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dll); 2. tempat me­nyeberang (di sungai, jalan raya, dll).    Kamus Dewan Edisi Empat
tanah seberang    a) tanah asing; b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu); c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera);    Kamus Dewan Edisi Empat
seberang-menyeberang    1. berhadapan letaknya (duduknya), ber-tentangan: sampailah aku ke suatu tempat yg bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dgn Kampung Laut; 2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dll) dan bertentang, (terletak) saling di seberang: maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang;    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: