June 18, 2009

Dahan

Posted in Islam at 12:08 am by Ahmad Salafi

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.    Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak dihambat akar, dihambat dahan.    Sesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melentur dahan dek meluyut buahnya.    Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kura-kura di atas dahan.    Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.    Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan).    Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dahan pembaji batang.    Menggunakan harta benda tuannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baji dahan membelah dahan.    Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berteras ke hujung dahan.    Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
dahan    bahagian pokok yg tumbuh pd batang: Pd pokok pisang, tidak ada ~. berdahan 1. ada dahannya. 2. sudah tumbuh dahannya.     Kamus Pelajar
dahan I    bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbelanjaan orang itu sendiri;berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~.    Kamus Dewan Edisi Tiga
dahan II    ® pendahan.    Kamus Dewan Edisi Tiga
cekup dahan    sj burung, Phylloscopus coronatus.    Kamus Dewan Edisi Empat
dahan I    bahagian yg tumbuh dr batang pokok; ~ pembaji batang = baji membelah ~ prb berbudi kpd orang dgn menggunakan perbe­lanjaan orang itu sendiri; berdahan mempunyai dahan atau sudah tumbuh dahannya: pokok yg ~.    Kamus Dewan Edisi Empat
dahan II    ® pendahan.    Kamus Dewan Edisi Empat
dahan kayu    dahan pohon;    Kamus Dewan Edisi Empat
menguntum dahan    berkuntum di dahan;    Kamus Dewan Edisi Empat
lupa dahan    sj tumbuhan (pokok), cindangan hutan, malas berdahan, mempenai bukit, segan berdahan, tumbuh nyiur, Arthrophyllum ovalifolium.    Kamus Dewan Edisi Empat
rotan dahan    sj rotan, Korthalsia wallichiifolia;    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: