June 18, 2009

Lari

Posted in Islam at 6:40 am by Ahmad Salafi

Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia.    Sesuatu yang sudah pasti.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan hantu, lari ke pandam.    Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan lumpur, lari ke duri.    Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah terbakar tikus habis lari (= keluar).    Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota.    Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membekali budak lari.    Dua kali merugi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Musang jebat lari tinggal baunya.    Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.    Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar.    Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket.    Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari lecah, lari ke duri.    Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.    Berpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersesalan bagai Batak lari.    Tuduh-menuduh sama sendiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar lambat asal selamat, tak lari gunung dikejar.    Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
lari    berlari, gerak, kejar, hambur, cabut, pecut, pergi, nyah, berhambus, keluar, hilang, meninggalkan    Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
terlari-lari    terhambat-hambat, tergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, terkinja-kinja, terlompat-lompat, terkejar-kejar    Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998)
lari    1. pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2. pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3. kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan):Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~ (-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~ (-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1. membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2. melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb):Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 3. mengalih (pandangan dll):Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan sesuatu berlari atau bergerak dgn kencang: Di jalan yg sibuk begini pun, dia ~ keretanya. larian 1. balapan tempat berlari atau tempat memperlarikan sesuatu: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2. (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1. hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2. = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1. orang yg berlari (dlm sukan dll). 2. orang yg melarikan diri; orang yg lari. 3. orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar:Garisan-garisan itu kelihatan ~     Kamus Pelajar
lari I    1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telselari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun ia dipanjangkan); 2. = selarian seimbang dberselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain;menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan;keselarian keadaan selari: ~ sinar itu;perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua-dua satira tersebut ada ~nya;berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~ (-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiriberlarian, berlari-larian, berkelarian † 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinymelarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju-laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ dirimemperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui;terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan;larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll);pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: matanya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~ ; 2. = orang ~ orang yg melarikan diri, pengungsi;sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari;pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; binatang ~ binatang yg kuat berlari.    Kamus Dewan Edisi Tiga
terlari-lari    berlari-lari kerana: ~ ketakutan;    Kamus Dewan Edisi Tiga
lari II; lari-lari    rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Spinx squarrosus.    Kamus Dewan Edisi Tiga
membawa lari    melarikan;    Kamus Dewan Edisi Empat
cacak lari    lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;    Kamus Dewan Edisi Empat
hujan lari    = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari terjengket-jengket    lari di atas hujung kaki; jengkeng I.    Kamus Dewan Edisi Empat
kahwin lari    perkahwinan (pernikahan) pasangan lelaki dgn wanita (biasanya suka sama suka) yg dilakukan di tempat lain tanpa disaksikan atau direstui oleh kaum keluarga: alasannya, pernikahan Hazilimah dgn Mohd. Jidi itu kerana ~ lari dgn meninggalkan wali akrab serta bernikah di Selatan Thailand;    Kamus Dewan Edisi Empat
langgar lari    perbuatan melanggar (di jalan raya) kenderaan lain, orang, dsb, tanpa menunggu atau membuat laporan polis;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari    1. = berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): mereka pun terkejut lalu ~ tunggang-langgang; lumba ~ 100 meter; 2. menyelamatkan atau melepas­kan diri (drpd bahaya, tahanan, dll): kesemua pencuri itu telah dapat ~ drpd serbuan polis; maka tuan Puteri Bongsu pun hendak ~lah, malu akan tuanku Malim Deman; 3. me­ninggalkan (sesuatu tempat, pekerjaan, dll) tanpa kebenaran, (dan biasanya pergi ke mana­mana supaya tidak dapat dikesan): kedua­-dua orang pemuda yg ~ masuk hutan itu akan dihukum; 4. bebas (terlepas, tersisih, dsb) drpd sesuatu atau drpd terpaksa melaku­kan sesuatu: ini ialah pembicaraan forma­listik yg tidak ~ drpd konsepnya; kita tidak dapat ~ drpd membandingkan kedua-dua bahasa kerana dua sebab; 5. bp perginya, arah, hala, haluan: ke mana ~nya wang tadi? 6. kecepatan, kelajuan: kuat sungguh ~nya kereta itu; 7. Jk panjang (sesuatu bidang); ~ celebu Kl, Tr lari dgn pantas; ~ pecut larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; selari 1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~; berselari dlm keadaan yg selari: ketiga-tiga banjaran itu kira-kira ~ antara satu dgn lain; menyelarikan menjadikan sesuatu selari (sejajar): persediaan tersebut hendaklah diselarikan dgn program pembangunan; keselarian keadaan selari: ~ sinar itu; perselarian persamaan: imej-imej dlm kedua­-dua satira tersebut ada ~nya; berlari bergerak dgn pantas sekali (lebih cepat drpd berjalan): jangan ~ nanti jatuh; ~ (-lari) anak berlari perlahan-lahan; ~(-lari) anjing a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan; guru kencing berdiri murid kencing ~ prb murid mencontohi kelakuan gurunya terutama kelakuan yg tidak baik; berlarian, berlari-larian, berkelarian ark 1. berlari atau berkejar tidak tentu hala: maka gemparlah orang ~ ke sana sini; 2. dlm keadaan berlari-lari: semua dayang dan inang pengasuh datang ~ meniarap serta menangis di kakinya; kedua-dua anaknya berlari-larian datang mendapatkan dia; 3. berlari, berjalan cepat-cepat: berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang; melarikan 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; memperlarikan 1. melarikan (memandu kereta dll) dgn laju; 2. lari melalui; terlari-lari berlari-lari kerana: ~ ketakutan; larian 1. perlumbaan (kuda dll); 2. perbuatan (pergerakan) lari: ~ mereka terhenti, di hujung jambatan itu sudah didatangi api; ~ kuda tempat perlumbaan (kuda dll); 3. jalan kecil sebelah dalam kubu (kota dll); pelarian 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; sepelarian sejauh (yg terdaya) berlari; ~ kuda sejauh kuda berlari; pelari orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari.    Kamus Dewan Edisi Empat
lari celebu    Kl, Tr lari dgn pantas;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari pecut    larian pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas;    Kamus Dewan Edisi Empat
berlari (-lari) anak    berlari perlahan-lahan;    Kamus Dewan Edisi Empat
berlari(-lari) anjing    a) berlari dgn langkah pendek; b) sekejap berlari sekejap berjalan;    Kamus Dewan Edisi Empat
terlari-lari    berlari-lari kerana: ~ ketakutan;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari-lari    ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Spinifex squarrosus.    Kamus Dewan Edisi Empat
rumput lari-lari    sj tumbuhan (rumpai), Spinifex squarrosus.    Kamus Dewan Edisi Empat
lari berantai    lari berganti-ganti (bersambung-sambung);    Kamus Dewan Edisi Empat
lari beranting    lari berangkai;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari merapat    tiada memandang ke belakang lagi;    Kamus Dewan Edisi Empat
lari bertebaran    lari lintang-pukang (tidak tentu arah, tidak keruan);    Kamus Dewan Edisi Empat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: