June 18, 2009

Program

Posted in Islam at 8:05 am by Ahmad Salafi

program    1 rancangan mengenai dasar serta cara menjalankan sesuatu. 2 susunan acara dlm sesuatu pertandingan sukan (pertunjukan pentas dll).     Kamus Pelajar
asalan atur cara(program origin)    Sumber rujukan asal atau tempat permulaan sesuatu atur cara itu dihasilkan.    Kamus Komputer
atur cara(program)    1. Ungkapan formal dalam bahasa rekaan yang menyatakan jujukan tindakan yang perlu dilakukan oleh komputer untuk memproses data. 2. Tindakan menyediakan set suruhan bagi pelaksanaan dalam komputer.    Kamus Komputer
atur cara aktif(active program)    Atur cara yang sedang dilaksanakan oleh komputer.    Kamus Komputer
atur cara aluan(greeting program)    Atur cara yang dilaksanakan oleh sistem sejurus selepas sistem dihidupkan. Atur cara ini akan memaparkan maklumat tentang sistem pada skrin pengawas video serta mengalu-alukan pengguna untuk menggunakan sistem.    Kamus Komputer
atur cara audit(audit program)    Atur cara yang dibina sebagai perkakas untuk membuat penyemakan terhadap ketepatan dan kesahihan pengendalian dan data urus niaga.    Kamus Komputer
atur cara autoawas(automonitor program)    Atur cara yang berfungsi mengawas secara automatik pemprosesan urus niaga dalam komputer.    Kamus Komputer
atur cara berizin(authorized program)    Atur cara yang dibenarkan untuk digunakan dalam sistem komputer.    Kamus Komputer
atur cara berkod(coded program)    1. Atur cara yang siap dikarang dalam bentuk kod bahasa pengaturcaraan komputer. 2. Atur cara yang dikodkan dengan sistem kod tertentu bagi tujuan keselamatan.    Kamus Komputer
atur cara boleh laku(executable program)    Atur cara yang tersedia dalam bentuk kod mesin dan dapat dilaksanakan terus tanpa ditafsirkan lagi.    Kamus Komputer
atur cara cecacing(worm program)    Atur cara yang menggunakan perlambangan sifat atau rupa bentuk cacing sebagai asas pelaksanaannya. Atur cara jenis ini biasanya digunakan dalam rangkaian komputer tahan lasak. Setiap nod dalam rangkaian tersebut terdiri daripada salah satu ruas cacing yang akan tumbuh semula jika mana-mana nod masih hidup.    Kamus Komputer
atur cara cemerlang(blue ribbon program)    Atur cara yang berlangsung dengan betul apabila dicuba buat pertama kali dan tidak lagi memerlukan sebarang pembetulan.    Kamus Komputer
atur cara eksekutif(executive program)    1. Atur cara yang mempunyai kuasa kawalan penyeliaan terhadap sistem dan sumber sistem. 2. Nama lain bagi sistem pengendalian komputer.    Kamus Komputer
atur cara helo(hello program)    Atur cara yang digunakan untuk menguji kemampuan output sistem komputer dengan mencetak kata alu-aluan seperti `helo` pada skrin atau pada pencetak. Lihat juga atur cara aluan.    Kamus Komputer
atur cara kad(card program)    1. Atur cara yang dibina daripada kad tebuk. 2. Atur cara bagi memproses kad. 3. Atur cara yang terkandung dalam kad cerdas.    Kamus Komputer
atur cara kad ucapan(greeting card program)    Atur cara khas yang digunakan untuk mereka bentuk dan menjanakan kad ucapan melalui komputer.    Kamus Komputer
atur cara kamus(dictionary program)    Perisian yang bertanggungjawab mengelola kamus perkataan yang digunakan dalam perisian seperti penyemak ejaan, pemproses kata, penterjemah, dan antara muka bahasa tabii.    Kamus Komputer
atur cara kawalan(control program)    1. Atur cara yang memandu pemproses melakukan pemprosesan. 2. Atur cara sistem pengendalian komputer yang bertanggungjawab menguruskan komputer dan sumbernya.    Kamus Komputer
atur cara komputer(computer program)    Ungkapan formal dalam bahasa rekaan yang menyatakan jujukan tindakan yang perlu dilakukan oleh komputer untuk memproses atau melaksanakan sesuatu tugas.    Kamus Komputer
atur cara latar belakang(background program)    Atur cara tidak genting yang boleh dilaksanakan apabila sumber komputer dalam sistem pengaturcaraan berbilang tidak digunakan oleh atur cara genting.    Kamus Komputer
atur cara latar depan(foreground program)    Atur cara dalam sistem pengaturcaraan berbilang yang mempunyai keutamaan untuk diproses secara langsung berbanding dengan atur cara lain yang serempak.    Kamus Komputer
atur cara logik(logic program)    Atur cara yang terdiri daripada kenyataan logik simbolik yang dikarang dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan logik, seperti bahasa Prolog.    Kamus Komputer
atur cara logik(logical program)    Atur cara yang mempunyai algoritma yang betul logiknya berbanding dengan atur cara yang tidak tentu algoritmanya dan belum tentu boleh dilaksanakan.    Kamus Komputer
atur cara mudah alih(portable program)    Atur cara komputer yang boleh dipindahkan dari suatu sekitaran komputer ke suatu sekitaran komputer yang lain tanpa diubah suai.    Kamus Komputer
atur cara objek(object program)    Atur cara yang mengandungi suruhan mesin dalam kod perduaan yang dihasilkan oleh penyusun atau penghimpun.    Kamus Komputer
atur cara pembetulan(correction program)    1. Atur cara yang perlu dijalankan selepas atau sewaktu kegagalan komputer berlaku untuk membetulkan semula sistem. 2. Atur cara yang akan membetulkan ralat pada input yang mungkin berpunca daripada pengendali atau punca luar yang lain.    Kamus Komputer
atur cara pemulihan aben(abend recovery program)    Atur cara yang membolehkan taraf dan keadaan sebelum pengakhiran abnormal (aben) berlaku dimuatkan semula ke dalam sistem. Atur cara ini membolehkan proses yang telah gagal memulakan kerjanya semula.    Kamus Komputer
atur cara pengawas(monitor program)    1. Perisian yang bertugas mengawas, menyelia, mengawal, atau mengesahkan pengendalian atau pelaksanaan sesuatu sistem atau proses. 2. Atur cara komputer yang bertugas menyediakan kod mesin daripada atur cara dalam bahasa sumber. 3. Atur cara yang berfungsi menyemak keadaan ralat yang boleh berlaku apabila atur cara dilaksanakan. Ralat ini boleh berbentuk limpahan angka, gelung tak berkesudahan atau percubaan menggunakan ingatan terlindung. Apabila ralat terjadi,atur cara pengawas akan cuba memulihkan ralat dan memberikan diagnosis keadaan. 4. Atur cara sistem pengendalian bagi sistem mikropemproses.    Kamus Komputer
atur cara pengetipan(clipping program)    Atur cara grafik komputer yang berfungsi membuang bahagian imej sesuatu objek yang berada di luar batasan tetingkap paparan.    Kamus Komputer
atur cara penggunaan(application program)    Atur cara yang dibina untuk menyelesaikan masalah tertentu atau melaksanakan sesuatu tugas khusus.    Kamus Komputer
atur cara penyemakan(checking program)    Atur cara diagnosis yang digunakan untuk menyemak kesilapan rutin pada atur cara atau data.    Kamus Komputer
atur cara peringkasan(abstracting program)    Atur cara yang berfungsi membentuk abstrak atau ringkasan dokumen.    Kamus Komputer
atur cara saling tindak(interactive program)    Atur cara yang membenarkan data dimasukkan atau aliran pelaksanaan diubah ketika atur cara tersebut sedang dilaksanakan.    Kamus Komputer
atur cara semak(check program)    1. Atur cara komputer yang digunakan untuk menyemak sesuatu perkara. 2. Rancangan atau senarai yang disusun bagi tujuan penyemakan sesuatu perkara.    Kamus Komputer
atur cara sokongan serasi(compatible support program)    Atur cara sokongan, yang bukan daripada pembuat asal, yang dapat digunakan untuk menggantikan atur cara sokongan asal.    Kamus Komputer
atur cara sumber(source program)    Atur cara dalam bahasa pengaturcaraan yang telah disiapkan oleh pengatur cara untuk disusun oleh komputer.    Kamus Komputer
atur cara surat acuan(form-letter program)    Atur cara automasi pejabat yang berfungsi menjana surat piawai yang dibentuk daripada surat acuan dan data.    Kamus Komputer
atur cara tak bersandar peranti(device independent program)    Atur cara yang dikarang dengan menggunakan struktur data yang semesta supaya ia tidak bergantung pada peranti tertentu untuk dilaksanakan.    Kamus Komputer
atur cara tak sah(illegal program)    Lihat atur cara tanpa izin.    Kamus Komputer
atur cara tanpa izin(unauthorized program)    Atur cara yang tidak mempunyai kebenaran untuk digunakan dalam sistem komputer. Sinonim atur cara tak sah.    Kamus Komputer
atur cara tercampak(ditched program)    Atur cara yang ditinggalkan atau yang tidak digunakan lagi kerana sudah ketinggalan zaman atau kerana ia mempunyai banyak masalah.    Kamus Komputer
atur cara terdawai(wired program)    Atur cara khas yang dipasang secara kekal melalui penggunaan perkakasan supaya ia tidak dapat diubah atau berubah. Pemasangan atur cara ini mempercepat masa pelaksanaan kerana sistem tidak lagi perlu mentafsir atur cara. Sinonim atur cara tetap.    Kamus Komputer
atur cara terselamat(saved program)    1. Atur cara yang terselamat daripada bencana seperti kegagalan tidak boleh pulih atau serangan virus. 2. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan kekal semasa ia digunakan untuk mengelakkan sebarang kejadian bencana.    Kamus Komputer
atur cara tersimpan(stored program)    1. Atur cara yang disimpan di dalam ingatan yang tidak meruap. 2. Lihat atur cara terselamat 2.    Kamus Komputer
atur cara tetap(fixed program)    Lihat atur cara terdawai.    Kamus Komputer
atur cara utiliti(utility program)    Atur cara yang memberikan perkhidmatan bantuan kepada pengguna komputer seperti pemindahan data, pemformatan cakera, dan penukaran aksara.    Kamus Komputer
nama atur cara(program name)    Perkataan atau label yang diberikan kepada atur cara untuk membolehkan atur cara tersebut dipanggil oleh atur cara lain atau sebagai tajuk kepada atur cara tersebut. Nama atur cara ini biasanya ditulis di baris pertama atur cara dan nama ini mempunyai kaitan dengan tugas yang dilakukan oleh atur cara tersebut.    Kamus Komputer
pengarangan atur cara(program writing)    1. Proses menulis kandungan sebenar atur cara dalam kod bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 2. Proses menyiapkan atur cara.    Kamus Komputer
program komputer(computer program)    Lihat atur cara komputer.    Kamus Komputer
ralat atur cara(program error)    Ralat yang berpunca daripada kesilapan pengekodan atur cara.    Kamus Komputer
semakan atur cara(program check)    Tindakan menyemak atur cara untuk mencari sebarang kesilapan.    Kamus Komputer
program    1. rancangan yg menentukan dasar-dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian, dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem, dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya memproses atau mengendalikan data secara tertentu, atur cara;memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancangkan; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; pemprograman proses mengatur sesuatu, rancangan, perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil.     Kamus Dewan Edisi Tiga
program    n 1. ( computer technology) atur cara, program; 2. (US) see PROGRAMME;    Kamus Inggeris-Melayu Dewan
program    vt (computer technology) prepare a program for, mengatur cara, memprogramkan;    Kamus Inggeris-Melayu Dewan
source program    n /program, atur cara/ sumber.    Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perjanjian program    persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan;    Kamus Dewan Edisi Empat
program    1. rancangan yg menentukan dasar­dasar yg akan dijalankan (dlm pembangunan negara, perekonomian dll); 2. acara pertandingan (pertunjukan dll): tiket-tiket sedang dicetak dan ~nya sedang disusun; 3. susunan rancangan spt drama, muzik, filem dsb yg ditonton di TV atau didengar di radio; 4. arahan berupa kod yg dimasukkan ke dlm sistem komputer utk membolehkannya mem­proses atau mengendalikan data secara ter­tentu, atur cara; memprogramkan 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. me­masukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; terprogram telah diprogramkan: sistem ~ yg sangat efisien; pemprograman 1. proses mengatur sesuatu (rancangan, program dsb), perencanaan: ~ semula atom-atom boleh menghasilkan sesuatu yg lebih kecil; 2. pengaturcaraan.    Kamus Dewan Edisi Empat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: