June 18, 2009

Tatasusila persahabatan lelaki dan wanita

Posted in Islam at 10:53 pm by Ahmad Salafi

Umat Islam perlu memahami bahawa Islam adalah satu agama yang mementingkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan individu dan masyarakat. Untuk membentuk satu masyarakat yang sempurna, Islam telah menggariskan pelbagai undang-undang sama ada dalam soal keperibadian dan kemasyarakatan.

Apabila Islam menggariskan undang-undang yang khusus di antara lelaki dan wanita, ini bukan bermakna Islam ingin menyekat kebebasan wanita dalam urusan kehidupan seharian.

Wanita dan lelaki perlu memahami bahawa kurang prihatin terhadap tatasusila dan adab pergaulan boleh menyebabkan mereka terkena fitnah.

Wanita perlu lebih prihatin dalam soal pergaulan seharian mereka dengan lelaki. Dalam hukum-hakam Islam, pergaulan yang bebas adalah diharamkan sama sekali. Wanita dan lelaki hanya dibenarkan untuk bergaul dan bersama ketika berada di tempat kerja, tempat belajar, ibadah dan melaksanakan tugas berkaitan dengan masyarakat dan negara.

Pertemuan secara sulit yang boleh menimbulkan fitnah adalah diharamkan. Dalam konteks kehidupan masa kini, adalah tidak mungkin untuk mengongkong wanita di dalam rumah.

Kebolehan wanita dalam ilmu pengetahuan serta kemampuan mereka dalam mengendalikan urusan masyarakat dan negara, secara langsung mendedahkan wanita berada di samping lelaki ketika berada di rumah dan di luar rumah.

Suasana begini jika tidak disertai dengan ilmu keagamaan dan kerohanian akan mudah mengheret wanita dan lelaki ke arah yang negatif.

Wanita dan lelaki perlu memahami cara melayan rakan isteri atau rakan suami, tidak sama dengan lelaki dan wanita yang bukan suami atau isteri mereka. Jika lelaki dan wanita kurang faham erti hubungan atau adab bergaul, mereka akan menumpukan sepenuh perhatian kepada rakan wanita atau lelaki seperti isteri atau suami mereka. Suasana begini boleh menimbulkan rasa prejudis terhadap pergaulan antara lelaki dan wanita.

Peristiwa wanita tinggal bersama dengan lelaki tanpa berkahwin adalah tradisi masyarakat Barat yang sekular. Di Barat, lelaki memiliki perempuan simpanan, dan wanita memiliki lelaki simpanan merupakan satu perkara biasa, kerana matlamat kehidupan mereka ialah kebendaan, kekayaan dan hawa nafsu.

Mereka tidak didedahkan dengan corak hidup orang beragama. Manusia yang menganut agama sering terikat dengan budaya dan tradisi keagamaan. Jika corak hidup keagamaan, dan ilmu kerohanian tidak dititikberatkan, umat Islam tidak akan mampu untuk menghadapi cabaran yang boleh menghilangkan identiti Islam.

Ketika ini, wanita dan lelaki tidak mampu untuk memahami apakah erti kehidupan dan kebahagiaan yang sebenarnya. Bagi mereka, wang, hawa nafsu dan pangkat adalah matlamat hidup dan kebahagiaan hakiki.

Berlandaskan kepada konsep hidup kebendaan dan kelazatan yang berbentuk fizikal, umat Islam hanyut dalam kancah kemaksiatan. Suami tidak mampu untuk mengawal pergerakan isteri dan anak-anak, kerana konsep kebebasan diri tidak dibatasi. Isteri-isteri membawa haluan sendiri kerana perkahwinan yang dibina itu tidak menjuruskan kepada konsep perlindungan dan tanggungjawab.

Wanita yang berkahwin mengharapkan diri mereka dipelihara secara baik. Dalam suasana lelaki dan wanita tidak faham batas pergaulan, maka konsep perkahwinan dan tanggungjawab itu semakin hari akan kian luput dalam pemikiran umat Islam.

Suasana begitu memberi kesan yang paling negatif kepada pemikiran anak-anak. Realiti kehidupan hari ini, terdapat anak-anak tanpa segan silu memberitahu rakan-rakan bahawa bapa mereka ada teman wanita dan emak mereka ada teman lelaki. Bagaimanakah anak-anak ini boleh dibesarkan dalam roh keagamaan jika ibu dan bapa hidup dalam keadaan begini?

Dalam konteks negara menjadi semakin maju dalam pembangunan kebendaan, didikan kerohanian dan ilmu keagamaan tidak boleh diabaikan. Pengabaian ilmu fardu ain dan didikan kerohanian di sekolah-sekolah boleh menyebabkan anak-anak tidak faham erti kehidupan dan matlamat hidup sebenar. Ini boleh menimbulkan pelbagai kegiatan negatif dalam negara, terutama permasalahan moral.

Agama dan ilmu kerohanian sahaja, mampu untuk membentuk daya fikir dan kematangan yang kukuh dalam jiwa anak-anak. Anak-anak yang mendapat didikan ilmu agama dan kerohanian yang kukuh akan memahami konsep persahabatan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita.

Ilmu keagamaan yang kukuh disulami dengan ilmu-ilmu duniawi mampu untuk membentuk generasi muda menjadi satu bangsa yang kuat, moderat dan progresif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: