June 21, 2009

Bahagian Bersuci

Posted in 1 at 12:18 am by Ahmad Salafi

Oleh Wan Yussof  Bin Haji Wan Mamat

Kebersihan itu adalah daripada iman. Kerana itu bersuci dituntut dalam semua ibadah.

Kekotoran yang mesti disucikan

  1. Najis : Kekotoran yang boleh dilihat lagi menegahkan sah sembahyang
  2. Hadas : Kekotoran yang tidak boleh dilihat lagi menegahkan sah sembahyang

Alat Bersuci

  1. Air
  2. Tanah (untuk tayamum sahaja)
  3. Batu (untuk istinjak sahaja)

Aturan Menyuci Najis

Najis ada tiga peringkat, maka cara menyucikannya pun ada tiga :

  1. Mughallazah : (anjing, babi dan keturunan keduanya)
  2. Mukhaffafah : Air kencing kanak-kanak lelaki yang makan susu ibunya sahaja, umurnya tidak lebih daripada dua tahun
  3. Mutawassitah : Najis selain dari najis mughallazah dan mukhaffafah

Cara Menyuci Najis

  1. Mughallazah : dibasuh tujuh kali, salah satu daripadanya dengan air yang bercampur tanah
  2. Mukhaffafah : buang najisnya dahulu kemudian renjiskan air ke atas tempat najis itu
  3. Mutawassitah : basuhlah hingga hilang rupa, bau dan rasanya

Aturan Bersuci Dari Hadas

Hadas ada dua peringkat, maka cara menyucikannya pun ada dua :

  1. Hadas Besar
    1. Sebab Hadas Besar :
      1. Lenyap hasyafah ke dalam qubul atau dubur
      2. keluar mani
      3. keluar darah haid
      4. keluar darah nifas
      5. beranak
      6. mati
    2. Bersuci Dari Hadas Besar (Mandi Wajib)
      1. Niat : sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
      2. Meratakan air pada sekalian tubuh badan, pecah-pecah pada anggota, rambut dan bulu
  2. Hadas Kecil : Orang yang tidak ada air sembahyang dikatakan dia berhadas kecil
    1. Ialah dengan wuduk (mengambil air sembahyang).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: