June 21, 2009

Bayi perlu belaian

Posted in 1 at 11:35 pm by Ahmad Salafi

Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang mereka kepada permata hati mereka.

Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menghasilkan perasaan kasih sayang yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.

Lantaran perkembangan fizikal dan emosi bayi banyak dipengaruhi oleh hubungan serta interaksi ibu bapa dan anak, maka perlunya ikatan melalui sentuhan kasih sayang.

Melalui sentuhan tersebut, bayi akan mula belajar komunikasi dan mengalami perubahan tumbesaran.

Menurut Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai, sentuhan lembut menjadi pemangkin kepada perkembangan bayi.

Bayi akan mula mengenali dan memahami sentuhan ibu seawal usia dua bulan lagi.

Bagi bayi, sentuhan itu merupakan tanda kasih sayang dan melindungi mereka.

“Pada peringkat bayi merupakan masa yang terbaik untuk menyentuh dan membelai bayi. Jika ibu tidak dapat melakukannya sendiri, ia merupakan satu kerugian kerana mereka tidak dapat membina hubungan yang intim,” katanya ketika majlis pelancaran Johnson’s Baby Most Loving Moments seiring dengan pengenalan rangkaian produk penjagaan bayi – Johnson’s Baby Moisturizing Wash, Baby Lotion dan Baby Cream , baru-baru ini.

Sementara itu, Dr. Anna mengakui ibu bapa kini lebih gemar membeli permainan namun ia sebenarnya tidak sesuai untuk bayi yang berumur empat bulan ke bawah.

“Pada peringkat ini, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah ibunya sahaja. Sebagai langkah lain, ibu boleh bercakap dengan anak untuk memberi rangsangan kepada perkembangan sosial. Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan dan memahami perkembangan bayi mereka. Secara umumnya, pada peringkat usia sebulan, bayi anda akan mula tersenyum, dua bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya, menatap mata bayi menjadi lama dan bayi bergelak ketawa),” tambahnya.

Reaksi kasih sayang

Bayi tersenyum…

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada disampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda.

Bayi cuba mencapai ibunya

BAYI mungkin cuba memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu. Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak.

Bayi ketawa

GELAK pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana ia biasanya merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang yang tersayang. Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ianya merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: