June 21, 2009

Emas tidak dapat tebus kekafiran

Posted in 1 at 11:40 pm by Ahmad Salafi

IBNU Kathir berkata: Firman Allah SWT yang memberi ancaman dan amaran kepada siapa yang kufur setelah beriman kemudian bertambah kekufurannya dan berkekalan hingga mati. Ia tidak akan diterima taubat mereka ketika hampir meninggal dunia.

Sebab Nuzul ayat ke-90

Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a terdapat satu kaum yang telah memeluk Islam kemudian murtad, Islam kembali dan murtad semula lantas mereka menghantar kepada kaum mereka untuk bertanya tentang hal tersebut yang diadukan kepada Rasulullah SAW kemudian turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

lAl-Mawardi dalam tafsirnya al-Nukat Wal ‘uyum berkata, mereka yang kufur dalam ayat ini ada empat pendapat:n Mereka adalah golongan Yahudi yang kufur dengan Nabi Isa as kemudian bertambah kufur dengan Nabi Muhammad SAW. Inilah pendapat Qatadah.n Mereka adalah ahli Kitab yang tidak diterima taubat mereka kerana melakukan dosa kekufuran. Inilah pendapat Abi al-‘Aliah.n Mereka yang murtad kemudian berazam untuk menzahirkan taubat secara sembunyi sedangkan Allah SWT mengetahui rahsia mereka. Inilah pendapat Ibnu Abbas.n Mereka adalah golongan Yahudi dan Kristian yang kufur dengan Nabi SAW selepas beriman dengannya sebelum kebangkitannya kemudian bertambah kufur apabila hampir sampai ajal mereka. Inilah pendapat al-Hassan.

lAl-Maraghi berkata, pada zahirnya, ayat di atas menunjukkan pertentangan maksud dengan ayat al-Quran yang lain. Sebagaimana yang dapat dilihat pada firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya (yang bertaubat). (al-Syura’: 25) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Kecuali orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu……(ali-‘Imran: 89).

lMohamad Quraish Shihab berkata, ada yang memahami ayat ini berbicara tentang orang-orang Yahudi. Mereka kufur kepada Isa as dan Injil yang diturunkan Allah SWT. Setelah mereka beriman kepada Musa as dan Taurat, tetapi mereka menjadi kufur kerana mengingkari kenabian Muhammad SAW serta kitab suci al-Quran. Ada juga yang berpendapat bahawa ayat ini turun menyangkut orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum Nabi Muhammad SAW diutus. Sebagaimana termaktub dalam kitab suci mereka Taurat dan Injil, tetapi setelah Baginda diutus dan mengajak mereka beriman kepada Allah SWT dan kepada Baginda sebagai utusan-Nya, mereka kafir dan ingkar bahkan bertambah kekufuran serta tipu daya untuk menggagalkan risalah beliau.

lAl-Sonhadji berkata, ayat ini ditujukan kepada Ahli Kitab dari golongan orang Yahudi dan Nasrani yang mana mereka itu mengingkari Nabi Isa dan kitab Injil sesudah mereka itu beriman dengan Nabi Musa dan para nabi yang lain. Kemudian bertambah pula keingkaran mereka disebabkan mengingkari Nabi Muhammad SAW.

Iktibar dan fiqh ayat ke-91:

lIbnu Kathir berkata, siapa yang mati dalam keadaan kufur nescaya tidak diterima daripadanya sebarang kebaikan selama-lamanya sekalipun dia bersedekah seluas bumi daripada emas.

lAl-Maraghi berkata, ayat di atas mempunyai persamaan dengan firman Allah SWT. Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri daripada kamu, dan tidak juga daripada orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu! (terjemahan al-Hadid: 15).

lAl-Maraghi berkata, ayat ini bermaksud pertolongan yang dapat mengurangkan seksaan ke atas mereka atau meringankannya, sebagaimana yang dapat mereka beri pertolongan ini sewaktu di dunia, iaitu apabila ada orang yang menyakiti mereka atau menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan mereka.

lMohamad Quraish Shihab berkata, jangan fikir mereka akan dibiarkan tanpa seksa. Bagi mereka itulah, yakni orang-orang yang sangat jauh dari rahmat Allah dan jauh pula tingkat kedurhakaannya yang mereka miliki dan melekat pada diri mereka sebagaimana difahami dari huruf lam yang dirangkaikan dengan hum (lahum) seksa yang pedih. Salah satu makna huruf lam adalah menunjukkan kepada pemilik.

lAl-Sonhadji berkata, Allah menjelaskan pula pada ayat ini, iaitu orang-orang kafir yang mati di dalam kekafiran sama ada dari golongan Ahli kitab mahupun dari golongan penyembah berhala. Tidak seorang pun dari mereka itu akan diterima taubatnya, walaupun ia mempunyai harta yang banyak, penuh bumi ini dengan emasnya, tidak dapat digunakan untuk penebus dirinya pada hari kiamat dan tidak dapat dibelanjakan untuk mengelakkan dirinya dari seksa api neraka.

Sebab Nuzul ayat ke-92

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas yang berkata bahawa Abu Talhah adalah penduduk Ansar Madinah yang memiliki banyak pohon tamar.

Antara tamar yang paling disayangi beliau adalah yang terletak di kebun Yarya’. Kedudukan kebun itu menghadap ke arah masjid.

Rasulullah SAW sering masuk ke sana dan minum airnya yang nyaman. Sebaik sahaja ayat ini turun, Abu Talhah berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya harta yang paling ku cintai adalah kebun tamar yang terletak di Yarya’. Walau bagaimanapun aku berhasrat mendermakan kebun tamar ini kepada Allah SWT semata-mata. “Di samping itu aku mengharapkan kebaikan daripada pokok tamar ini dan sebagai tabungan di sisi Allah SWT. Untuk itu, terserahlah kepada tuan untuk menguruskan kebun tamar tersebut, wahai Rasulullah sebagaimana yang Allah telah perlihatkan kepadamu”.

Dalam situasi tersebut, Rasulullah SAW bersabda: “Bagus! Bagus! Bagus!…harta tersebut mempunyai keuntungan. Aku mendengar ucapanmu itu dan aku berpendapat, hendaklah engkau gunakan harta tersebut untuk kaum kerabatmu”.

Abu Talhah kemudian berkata: “Aku akan melaksanakannya wahai Rasulullah!”. Abu Talhah kemudian membahagikan harta tersebut kepada kaum kerabat dan sanak saudaranya.

Ibnu Abu Hatim meriwayatkan hadis daripada Muhammad Ibn al-Munkandar yang berkata: “Sewaktu ayat ini turun, pada saat itu Zaid Ibn Harith datang dengan menunggang kuda yang bernama Sabal. Beliau tidak mempunyai sebarang harta yang disayangi selain binatang yang ditunggangnya itu.

Tiba-tiba Zaid berkata: “Binatang ini aku jadikannya sebagai derma”. Rasulullah SAW menerima dan membawa binatang tersebut untuk diberikan kepada putera Usamah.

Pada saat itu, kelihatan Zaid seolah-olah berasa sedih. Sebaik sahaja Rasulullah SAW melihat situasi seperti itu pada dirinya, lalu Baginda bersabda, “Ketahuilah, bahawa Allah SWT telah menerima sedekahnya (binatang itu)”.

Iktibar dan fiqh ayat:

lAl-Mawardi berkata, perkataan kebajikan ada tiga tafsiran:n Pahala Allah SWT.n Perbuatan kebaikan yang melayakkan mendapat pahala.n Syurga dan inilah pendapat al-Suddi.

lAdapun perkataan sehingga kamu bernafkah juga tiga pendapat:n Pada sedekah yang fardu, inilah pendapat al-Hassan.n Semua sedekah sama ada fardu atau sunat. Inilah pendapat Ibn Umar.n Semua jalan kebaikan dari sedekah dan lain-lain lagi.

lAl-Maraghi berkata, dalam ayat ini pula, Allah SWT menyatakan kepada mereka bahawa pengenalan tanda dan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman ialah mereka yang bercita-cita untuk mendermakan harta yang disayangi ke jalan Allah SWT dengan niat yang tulus ikhlas dan baik. Akan tetapi kamu, wahai mereka yang mendakwa dan membuat pengakuan di atas ternyata kamu adalah orang yang lebih suka mengutamakan kemewahan harta daripada mencari keredaan Allah SWT. Meskipun ada di kalangan kamu yang ingin mendermakan hartanya, tetapi dia mendermakan harta yang paling buruk atau harta yang memang tidak disukainya. Ini kerana, kecintaan dia terhadap Allah SWT malahan kecintaan dia menyimpan hartanya melebihi kecintaannya mendapat keredaan serta balasan pahala daripada Tuhan-Nya.

lAl-Maraghi berkata, ayat ini mengandungi unsur galakan, ancaman dan saranan agar menderma secara sunyi (tanpa diketahui orang lain). Tujuannya agar syaitan tidak dapat menceroboh hati golongan dermawan daripada kalangan orang soleh dan membawa kepada riak.

lMohamad Quraish Shihab berkata, Rasulullah SAW ketika ditanya tentang al-Birr baginda menjawab bahawa: al-Birr adalah sesuatu yang tenang hati dan tenteram jiwa menghadapinya. Dosa adalah sesuatu hati yang ragu menghadapinya dan bimbang dada menampungnya, hati pun malu jika orang mengetahui bahawa kita melakukannya walau sudah ada yang memfatwakan kebenarannya.

lIbn Abbas RA mentakwilkan al-Birra di sini ialah syurga. Setengah qaul mengatakan al-Birra adalah takwa dan ada pula yang mengatakan ketaatan. Maka takwa dan ketaatan keduanya ini boleh dimelayukan bererti kebaktian.Semoga kita menjadi golongan yang sentiasa berinfaq dan penyumbang kebaikan pada jalan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: