June 21, 2009

Pelega kesakitan semula jadi

Posted in 1 at 11:32 pm by Ahmad Salafi

DUH! Sakitnya Belakang Aku!” Jeritan kesakitan seperti ini barangkali perkara biasa berlaku di kalangan golongan muda juga. Kesakitan ditakrifkan sebagai ‘suatu pengalaman deria dan emosi berkaitan dengan potensi atau kerosakan tisu sebenar’ oleh Persatuan Antarabangsa Untuk Kajian Kesakitan.

Pengalaman kesakitan juga mungkin berbeza antara individu, tetapi sekiranya ia tidak dikawal, kesakitan yang berpanjangan boleh menjejaskan hubungan antara orang tercinta, malahan mungkin juga akan merosakkan keazaman untuk terus hidup.

Sakit belakang dan artritis

Osteoartritis (OA) merupakan gangguan sendi dan seringkali memberi kesan terhadap lutut, pinggang, tulang belakang dan sendi lain seperti yang berada di tangan. Rawan sendi akan beransur lusuh lantas menyebabkan kesakitan. Artritis reumatoid (RA) sebaliknya, merupakan sejenis penyakit autoimun, di mana antibodi badan itu sendiri menyerang membran-membran di sekeliling sendi. RA boleh menyerang mana-mana sendi dan kesakitan yang dirasai biasanya disebabkan oleh radang yang berlaku di sendi terbabit. Kesakitan akibat OA, RA, malahan kesakitan di bahagian bawah belakang juga boleh menjadi perkara yang amat mengganggu sehingga mampu menghalang kita melaksanakan tugas harian yang mudah.

Keselamatan ubat konvensional

Rawatan pertama untuk sakit-sakit sendi dan belakang biasanya dimulai dengan mengambil ubat menghilangkan kesakitan seperti paracetamol. Jika ini tidak berjaya, maka doktor akan memberi ubat anti radang yang tidak mengandungi steroid (NSAID), seperti aspirin atau ibuprofen. Bagi yang mengalami kesakitan yang lebih teruk, mungkin akan diberikan COX-2 inhibitor (sejenis NSAID) yang menyekat COX-2 (sejenis enzim) secara terpilih. Namun, apabila diambil dalam tempoh yang berpanjangan, pesakit bukan sahaja terpaksa menghabiskan banyak wang untuk membeli ubat yang mahal, malahan mereka terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan yang muncul akibat pengambilan ubat tersebut. Kesan sampingan yang paling biasa daripada pengambilan NSAID ialah pendarahan dalam perut dan ulser. Pengambilan paracetamol secara berterusan dan NSAID juga boleh merosakkan hati dan buah pinggang, manakala pesakit yang mengambil COX-2 inhibitor dalam jangka masa panjang mungkin akan menghadapi peningkatan risiko untuk mengalami serangan jantung, strok dan kematian.

Selain daripada kesan sampingan, mengambil NSAID sebenarnya mungkin akan menyumbang kepada kemusnahan rawan, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam majalah Lancet. Dengan kata lain, walaupun ubat dapat melegakan kesakitan dengan segera, mengambil NSAID sebenarnya mungkin boleh membahayakan sendi kerana mengalami kemusnahan berterusan.

Rawatan tradisi herba

Apakah ada pilihan lain selain dari ubat penghilang kesakitan memandangkan kesan-kesan sampingan buruk yang begitu banyak? Mujurlah terdapat herba semula jadi yang terbukti dapat memberi kesan setanding dalam melegakan sakit belakang tanpa kesan sampingan negatif NSAID. Dua jenis herba yang didapati berkesan termasuklah pati kulit pokok willow yang dipiawaikan (EFLA462) dan dipatenkan, serta pati pokok cat’s claw yang dipiawaikan.

l Kulit pokok willow – Spesies kulit pokok willow telah pun digunakan berabad lamanya sebagai anti radang dan pelega kesakitan. Terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow yang boleh didapati di seluruh dunia dan kebanyakannya mengandungi Salacin sahaja sebagai bahan aktif dan ini didapati tidak berkesan berbanding produk kulit pokok willow tradisi yang menggunakan kulit itu pada keseluruhannya. Frutarom dari Switzerland menggunakan kulit pokok willow itu sepenuhnya yang diambil daripada berbagai jenis pokok willow termasuk Salix purpurea, Salix fragilis, dan Salix daphnoids yang semuanya mempunyai jumlah ramuan aktif yang lebih tinggi. Frutarom juga telah berjaya membangun serta mempatenkan proses yang dikenali sebagai Polyshield untuk menghalang kemusnahan dan penurunan kualiti ramuan aktif tersebut.

Di samping tindakan anti radang dan pelega kesakitan, kajian mendapati kulit pokok willow yang dipatenkan ini juga mendatangkan kesan-kesan perlindungan terhadap rawan sendi. Ini merupakan suatu kelebihan yang nyata berbanding ubat konvensional kerana ia bukan sahaja melegakan gejala-gejala tetapi juga merawat penyebab masalah itu. Oleh itu, kulit pokok willow merupakan pilihan yang lebih baik untuk menguruskan kesakitan jangka panjang dan inflamasi jika dibandingkan dengan ubat konvensional kerana kajian-kajian telah pun mengesahkan profil keselamatannya yang cemerlang itu.

l Cat’s claw (Uncaria tomentosa) – Satu lagi herba yang telah menjalani penyelidikan meluas tentang keupayaannya untuk melegakan kesakitan. Pokok herba ini berasal dari wilayah Amazon, dan penduduk Amerika Selatan telah lama menggunakan kulit dan akar pokok ini untuk menangani masalah kesihatan mereka seperti artritis dan radang. Sebatian dalam pokok cat’s claw dianggap boleh menghalang badan daripada mengeluarkan jisim-jisim yang menggalakkan radang dikenali sebagai prostaglandin dan faktor tumor nekrosis (TNF). Kajian klinikal juga melaporkan mereka yang menderita penyakit osteoartritis dan rheumatoid artritis telah mengalami pembaikan yang ketara daripada kesakitan mereka apabila diberi makan suplemen cat’s claw.

Seperti mana juga dengan pati kulit pokok willow, para saintis juga telah mendapati cat’s claw juga dapat melindungi rawan daripada musnah. Oleh itu, pati kulit pokok willow dan pati cat’s claw mempunyai tindakan berganda, iaitu memberikan kelegaan daripada kesakitan dan juga melindungi rawan sendi daripada kerosakan. Setakat ini, tiada sebarang laporan tentang kesan sampingan yang negatif daripada dua herba ini.

Panduan membeli suplemen

Apabila memilih suplemen kulit pokok willow untuk dibeli, pilihlah yang mengandungi pati kulit pokok willow yang dipiawaikan, keluaran Frutarom EFLA® 462. Kedua-dua kulit pokok willow dan cat’s claw membawa kesan bersinergi dari segi kelegaan kesakitan, anti radang dan perlindungan rawan. Juga adalah lebih senang untuk memilih produk yang mengandungi kedua-dua pati kulit pokok willow (dipiawaikan untuk mengandungi 6.4 peratus hingga 12 peratus salicin) dan cat’s claw (dipiawaikan untuk mengandungi sekurang-kurangnya empat peratus alkaloid) bersama dalam satu kapsul, daripada mengambilnya secara berasingan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: