June 21, 2009

Penyerap lemak di badan

Posted in 1 at 10:44 pm by Ahmad Salafi

RAMAI di kalangan masyarakat Malaysia kini berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan dan obesiti.

Puncanya, rakyat negara ini dilihat semakin kurang melakukan aktiviti fizikal dan hidup dalam suasana selesa apabila wujudnya peningkatan status ekonomi yang secara tidak langsung telah mengubah gaya hidup mereka.

Menyedari keadaan itu, LiveLife mengambil langkah memperkenalkan tripo-X yang direka menepati gaya hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai sikap gemar makan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi LiveLife, Aileen Chan, istimewanya tripo-X ia berbeza daripada produk penjagaan berat badan yang lain dan merupakan produk pengawalan berat badan pertama di Malaysia.

“Mungkin kebanyakan produk yang terdapat di pasaran bertindak membakar kalori di dalam tubuh melalui kaedah makanan gantian atau mengurangkan pengambilan kalori dengan cara menyekat selera makan.

”Tetapi, tidak dengan tripo-X. Ia direka untuk mengurangkan penyerapan lemak dan karbohidrat di dalam tubuh. Justeru, anda boleh menikmati makanan seperti biasa tanpa rasa bersalah atau takut.

”Empat tahun kami menunggu untuk mendapatkan pilihan bahan yang terbaik, efektif dan selamat. Akhirnya, kami berjaya melahirkan satu produk berkonsepkan pengawalan berat badan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat kita.

”Dan, apa yang paling penting, ia berkesan mengurangkan penyerapan lemak tanpa sebarang kesan sampingan dan risiko wujudnya lelehan minyak tidak terkawal,” katanya.

Secara teorinya, semakin sedikit jumlah lemak dan karbohidrat yang diserap maka semakin kurang jumlah kalori yang perlu dibakar. Jika tubuh mempunyai kalori yang rendah bermakna tidak wujud peningkatan berat badan yang dikhuatiri ramai khususnya wanita.

Malah, apabila wujudnya pengambilan kalori yang rendah, tubuh akan mula membakar simpanan lemak bagi memperoleh lebihan kalori yang diperlukan. Bermakna, seseorang itu akan mula turun berat badannya. Lebih menarik, kesan tripo-X akan lebih ketara apabila individu itu melakukan senaman.

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana produk ini menyerap lemak? Sebenarnya, tripo-X mengandungi LipoX dan CarboX.

LipoX adalah sejenis kompleks phytoChitosan yang berbeza berbanding chitosan yang lain.

PyhtoChitosan di dalam tripo-X dihasilkan daripada tumbuhan dan merupakan satu penemuan saintifik yang baru. Hasil kajian yang dilakukan mendapati kehadirannya terbukti mampu mengurangkan penyerapan lemak sehingga 60 peratus.

Manakala CarboX yang terdapat dalam tripo-X adalah sejenis phytoProtein yang berfungsi meneutralkan enzim yang bertindak menukarkan kanji kepada glukosa dan seterusnya lemak.

Kehadiran kedua-dua bahan ini membuatkan mekanisme tindakan tripo-X lebih berkesan. Caranya, LipoX bertindak memerangkap lemak yang dicernakan sebelum ia mula diserap sementara CarboX pula menghalang pencernaan atau penguraian kanji kepada glukosa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: