June 21, 2009

Perkongsian ilmu intervensi

Posted in 1 at 10:12 pm by Ahmad Salafi

RAWATAN intervensi kardiologi pediatrik merupakan satu alternatif tanpa pembedahan untuk rawatan masalah jantung. Ia menggunakan alatan-alatan khusus yang dimasukkan ke dalam badan melalui salur kateter.

Prosedur intervensi juga dilakukan melalui panduan imbasan sinar-X atau imbasan ultrasound, sepenuhnya di dalam makmal prosedur kateter jantung.

Bagaimanapun, bukan semua kecacatan pada struktur jantung boleh diperbaiki melalui kaedah ini. Masalah seperti injap (stenosis injap aortik atau pulmonari) dan salur darah (himpitan aorta) yang tersumbat atau menyempit tidak dapat dirawat melalui kaedah ini. Serupa juga untuk sesetengah masalah jantung berlubang seperti secundum atrial septal defect dan selected ventricular septal defects.

Namun, banyak kemajuan telah dicapai dalam menjalankan rawatan intervensi melalui pembangunan serta aplikasi peralatan dan prosedur-prosedur terkini. Institut Jantung Negara (IJN) merupakan antara pusat serantau dengan reputasi tinggi dalam rawatan intervensi jantung untuk penyakit jantung kongenital (dihidapi sejak lahir).

IJN juga mempunyai keupayaan pancaran secara langsung kepada kumpulan persidangan di tapak-tapak berbeza seluruh dunia bagi menjayakan konsep perkongsian ilmu untuk prosedur intervensi. Melalui hubungan secara langsung antara-pusat-pusat terlibat, penonton dan peserta seluruh dunia dapat menyaksikan secara terus dan berinteraksi dengan pihak pakar yang terlibat pada masa yang sama.

Sebagai satu langkah memajukan lagi kaedah rawatan intervensi kardiologi pediatrik, IJN dan pusat serantau lain akan mengadakan sesi pancaran secara langsung ke Kongres Sedunia Kelima Pembedahan Jantung dan Kardiologi Pediatrik di Cairns, Australia pada 20 dan 21 Jun ini (Sabtu dan Ahad). Ini akan membolehkan pakar dari negara dan rantau lain berkongsi pengalaman, pendapat dan maklumat terkini dalam kaedah rawatan intervensi.

Pusat-pusat pancaran yang terlibat, termasuklah dari Melbourne, Seoul, Okayama, Kuala Lumpur (IJN), Kochi (India), Riyadh (Arab Saudi) dan Berlin iaitu pusat-pusat serantau dengan perbezaan waktu yang kurang ketara berbanding Australia. Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan rawatan jantung, kaedah intervensi dan maklumat kardiologi terkini, layari laman web

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: