June 21, 2009

Sembelit

Posted in 1 at 10:27 pm by Ahmad Salafi

Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.    Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.    Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
sembelit    (keadaan) susah hendak ke sungai besar atau sukar buang air besar.    Kamus Pelajar
sembelit I    sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.    Kamus Dewan Edisi Tiga
sembelit II    ~ darah (putih) = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kelentit kera, akar perejeb, Santaloides spp.; ~ jalan sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), akar belimbing, akar kacang inai, saga negeri, Abrus pulchellus; ~ jangka sj tumbuhan (pokok), lorotan haji, Dalbergia tamarindifolia; ~ jantan (papan) sj tumbuhan (pokok renek), akar merah, akar sekalat, bunga setebal, Connarus ferrugineus; ~ jekok sj tumbuhan (pokok kecil), katut selayer, saga monyet, Breynia discigera; ~ patung sj tumbuhan (pokok renek), kayu putih, kelurut tanjung, naga buana (jimat), ubat kelurut, Phyllanthus pulcher.     Kamus Dewan Edisi Tiga
sembelit    sukar buang air besar, sukar ke sungai besar.    Kamus Dewan Edisi Empat

Advertisements

1 Comment »

  1. […] in 1 at 10:36 pm by Mohd Roslan BOLEHKAH kanak-kanak berusia 4 tahun yang mengalami masalah sembelit diberikan probiotik? Apakah kemungkinan manfaat yang diperolehi dengan pengambilan probiotik di […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: