June 22, 2009

Ikat salur peranakan tiada kaitan menopaus awal

Posted in 1 at 2:39 pm by Ahmad Salafi

Soalan:

SAYA berusia 33 tahun dan mempunyai empat anak lelaki. Saya dan suami bersetuju untuk tidak lagi menambah cahaya mata. Justeru, saya bercadang untuk mengikat saluran peranakan. Saya ingin tahu, adakah dengan mengikat salur peranakan itu boleh menyebabkan saya menopaus awal atau alami komplikasi kesihatan lain?

Haliza.

Jawapan:

UNTUK membuat keputusan mengikat salur peranakan, apa yang penting adalah keputusan itu memang muktamad. Maksudnya, kalau masih ada keraguan sama ada mahu lagi anak atau tidak, ada cara lain untuk merancang keluarga.

Tiada siapa mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sesungguhnya anak anugerah Allah yang tidak ternilai. Kita hanya akan menyedarinya apabila rezeki itu ditarik balik. Sesudah itu mungkin akan ada keinginan untuk mendapat cahaya mata lagi.

Telur (ova) yang dikeluarkan dari ovari akan memasuki saluran peranakan atau tiub fallopia yang berfungsi untuk menolaknya ke arah rahim. Sperma di dalam air mani yang dideposit di dalam faraj juga akan berenang ke arah tiub dan akan bertemu dengan ova di dalamnya untuk memulakan proses persenyawaan dan permulaan kehidupan janin baru.

Jadi, munasabah jika sedikit dari tiub itu dipotong atau disekat dengan alat seperti klip untuk menghalang pertemuan ini.

Prosedur ini memerlukan pembedahan kecil yang membabitkan penggunaan ubat bius. Ia biasanya dilakukan dengan memasukkan laparoskop ke dalam abdomen untuk meneropong organ-organ di dalamnya. Apabila sudah menjumpai tiub, ia akan dipotong atau diklipkan. Ini suatu proses mekanikal. Ia tidak membabitkan bahagian-bahagian peranakan yang lain atau menjejaskan aliran darah di bahagian lain.

Oleh itu, ia tidak akan memberi apa-apa kesan berpanjangan dan tidak ada kena mengena langsung dengan putus haid! Putus haid hanya berlaku apabila ovari sudah berhenti mengeluarkan hormon estrogen.

Fikirlah dahulu sebelum membuat keputusan ini kerana pembedahan ini adalah untuk selama-lamanya. Untuk mengandung balik selepas ini, puan memerlukan pembedahan yang lebih rumit bagi mencantumkan semula tiub. Kemungkinan untuk mengandung selepas itu juga tidaklah 100 peratus pasti.

Cara merancang keluarga yang lain ialah dengan membelanjakan duit yang banyak untuk melakukan IVF (In vitro fertilization).

Satu lagi sudut yang perlu diberi perhatian ialah dari segi hukumnya dalam Islam. Perancangan keluarga yang sementara dan ‘reversibel’ seperti pengambilan pil perancang atau alat dalam rahim tidak dihalang, tetapi prosedur ikat tiub ini adalah muktamad. Bincanglah dengan orang yang lebih berpengetahuan dalam perkara ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: