June 22, 2009

Melepak, buang masa dibolehkan untuk 5 perkara

Posted in 1 at 11:23 am by Ahmad Salafi

Konsep amar makruf nahi mungkar wajar dihidup dalam usaha tangani gejala sosial

GEJALA lepak di kalangan remaja dan warga tua adalah fenomena biasa dalam masyarakat hari ini. Jika remaja semakin ramai mengerumuni kawasan kompleks beli-belah, golongan dewasa pula melepak di kedai kopi atau kedai makan.

Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan kecacatan berlaku dalam masyarakat sekarang kerana remaja sepatutnya sedang sibuk menuntut ilmu, manakala golongan dewasa memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga.

Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihat kelakuan mereka itu, lalu Rasulullah berkata: “Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan.

Tetapi sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberi pilihan atau jalan keluar daripada amalan itu dengan berkata: “Jika kalian semua tidak dapat meninggalkan kebiasaan itu, maka hendaklah kamu tunaikan hak jalan ini.”

Mereka pun bertanya: “Apakah hak jalan itu wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: ‘Tundukkan pandanganmu, elakkan diri daripada mengganggu orang lain, menjawab salam dan menyeru kepada kebaikan serta mencegah kemungkaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah amalan berborak dan melepak sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan sahabat sehingga mereka mengakui sukar untuk membuang tabiat kebiasaan itu. Agenda utama perutusan Rasulullah SAW ialah untuk meluruskan akhlak yang buruk dan keji.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud: “Aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak (yang terpuji), maka sudah tentu Rasulullah SAW bertindak untuk mengubah kebiasaan negatif itu supaya ia tidak membarah dalam masyarakat Islam pada ketika itu.”

Pada masa sama, Rasulullah SAW tidak ketinggalan menawarkan beberapa langkah alternatif kepada sahabat supaya mereka dapat membebaskan diri daripada kebiasaan melepak dan berborak yang hanya membuang masa.

Perkara pertama dianjurkan Rasulullah SAW ialah menundukkan pandangan daripada perkara yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, sekali gus mendatangkan dosa. Dengan kata lain, pandangan mata adalah dilarang sama sekali untuk melihat perkara dilarang seperti aurat atau memandang wanita ajnabi lama-lama.

Rasulullah SAW pernah memberi peringatan sesiapa yang terpandang seseorang wanita secara

kebetulan pada kali pertama,

maka itu adalah nikmat dari Allah. Sebaliknya, jika dia memandang buat kali kedua disertai gejolak

nafsu menyeru ke arah kejaha-

tan, maka perbuatan itu mengundang dosa dan keseksaan api neraka.

Adab pergaulan kedua yang akan menjamin keharmonian sesebuah masyarakat ialah seseorang yang berborak di tepi jalan itu tidak boleh mengganggu orang lain daripada segi perasaannya serta fizikalnya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan antara ciri Muslim sejati dalam sabda yang bermaksud: “Seorang Muslim yang sejati ialah orang Islam di sekelilingnya yang berasa selamat daripada lidahnya dan tangannya; seorang Mukmin sejati ialah orang Mukmin di sekelilingnya berasa aman terhadap diri mereka dan harta benda mereka sendiri; dan seorang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah seorang yang meninggalkan perkara keji, lalu menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Umat Islam dilarang sama sekali daripada melepak dan berborak

di tepi jalan hingga menyebabkan gangguan kepada orang lain ter-utama apabila ia menyekat la-

luan orang ramai atau berlaku aksi menggoda atau mengurat golo_ngan wanita melintas di kawasan itu.

Pendek kata, segala jenis gangguan sama ada secara zahir mahupun batin yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam adalah ditegah sama sekali dalam Islam.

Adab seterusnya yang diiktiraf Islam sebagai pengikat kasih

sayang sesama manusia ialah menjawab salam. Menurut Islam,

hukum mengucapkan salam adalah sunat, sementara menjawab salam pula hukumnya adalah wajib.

Justeru, apabila seseorang yang sedang berbicara di tepi jalan,

tiba-tiba ada mendengar ucapan salam, maka wajib menjawab salam itu. Perintah ini selaras firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nisa, ayat 86)

Islam amat menganjurkan umatnya sentiasa mengucapkan dan menjawab salam antara satu sama lain. Sebenarnya ucapan salam itu sendiri mengungkapkan makna kedamaian dan keamanan sejagat untuk umat manusia.

Dengan itu, barulah terjalin hubungan yang akrab sesama Muslim apabila saling bertanya khabar, bertukar pendapat dan berita di samping pertemuan seumpama itu menyisihkan jauh segala bentuk perbuatan membangkitkan perasaan yang boleh memecahbelahkan kesatuan ummah.

Akhirnya, adab pergaulan keempat yang menjadi tonggak utama Islam ialah menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Justeru, jika berlaku sebarang amalan negatif yang bercanggah dengan Islam dan etika masyarakat seperti amalan berjudi, menghisap dadah, minum arak dan sebagainya di tepi jalan, maka umat Islam dituntut mencegah kemungkaran itu.

Begitu juga, amalan kebaikan hendaklah disampaikan juga kepada golongan yang berborak dan melepak seperti menasihat ke arah kebaikan, bersama menunaikan solat fardu berjemaah di masjid, membabitkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak kepada kebenaran, maka dia sudah mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan pahala sedikitpun juga. Sebaliknya, sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan, maka dia menanggung dosa seperti orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan dosanya sedikitpun.” (Hadis riwayat Muslim)

Konsep amar makruf nahi mungkar sewajarnya dihidupkan dalam penghayatan komuniti Islam

kini supaya gejala sosial yang memudaratkan dihapuskan di samping masyarakat Islam dapat menikmati keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia mahupun akhirat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: