June 22, 2009

Pekerjaan tradisi keluarga penduduk

Posted in 1 at 12:26 pm by Ahmad Salafi


SEORANG pekerja ditemani anak membuang kulit bakau.

KERJAYA di kilang arang seolah-olah menjadi pekerjaan tradisi keluarga penduduk sekitar Kuala Sepetang. Ada yang bekerja suami isteri, ibu dan anak, adik beradik, sepupu atau mempunyai pertalian keluarga.

Mungkin disebabkan faktor kurangnya peluang pekerjaan lain serta disokong kedudukan kilang berhampiran tempat tinggal mereka serta aspek lebih mudah bekerja bersama orang yang dikenali terutama ahli keluarga.

Tinjauan Berita Minggu mendapati, di bahagian pembungkusan, kebanyakan pekerja adalah wanita muda berusia awal 20-an hingga awal 30-an. Situasi ini berbeza pekerja di bahagian mengopek kulit kayu bakau yang memerlukan lebih banyak tenaga.

Kebanyakan pekerja wanita di situ berusia pertengahan 30-an dan ke atas, manakala di bahagian mengeluarkan arang daripada dapur, pekerjanya lebih berusia termasuk seorang warna emas berusia 65 tahun.

Roha Mat Said, 37, yang bekerja membungkus arang turut ditemani adik iparnya, Rozita Zainon, 26, serta sepupunya, Aziela Mat Desa, 21. Manakala suaminya, Hussin Zainon, 39, bekerja di bahagian dapur pembakaran arang.

Bahkan anak perempuannya, Rohana Husin, 11, yang ketika ini sedang bercuti sekolah turut membantu untuk menambah duit poket semata-mata mahu menghabiskan musim cuti persekolahan dengan membantu keluarga.

Roha berkata, walaupun bekerja secara sambilan di situ, beliau mampu membantu suami menambah pendapatan keluarga dengan upah kira-kira RM400 sebulan.

“Bukannya susah sangat kerja di sini. Sebelah pagi, saya hantar anak ke sekolah dan terus datang ke sini. Bila waktu persekolahan tamat, saya akan ambil anak di sekolah, sediakan makan tengah hari untuk mereka. Seronoknya rasa macam di rumah sendiri, sebab semua saudara mara kerja sini.

“Soal malu, segan nak buat kerja ini langsung tak timbul. Sampai bila nak duduk rumah tunggu suami pulang bekerja. Anak-anak dah besar, kita pastikan mereka dapat apa yang mereka perlu lagipun mereka dah tahu jaga diri, cuma kita kena kawal.

“Sekurang-kurangnya ada kerja nak dibuat. Kerja cuma empat jam sehari sehingga 12 tengahari. Kadang kala akan datang semula sebelah petang untuk sambung kerja, itupun jika bekalan banyak. Dapatkan lebih sikit rezeki bulan tu,” kata ibu kepada tiga anak ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: