June 22, 2009

Pembedahan orthognathic atasi jongang

Posted in 1 at 3:32 pm by Ahmad Salafi


Gambar kiri (sebelum) dan kanan selepas pembedahan.

Rawatan pakar mampu betulkan rahang supaya penampilan menarik

JONGANG bagi sesetengah orang mungkin perkara biasa. Namun, jongang yang keterlaluan mengganggu keharmonian wajah dan menjejaskan individu itu secara psikologi.

Jongang adalah satu daripada kategori masalah rahang (prognathism). Prognathism menjelaskan kaitan kedudukan antara rahang bawah (mandible) dan rahang atas (maxilla) dengan tulang asas rahang. Prognathism diambil daripada bahasa Greek yang bermaksud ke hadapan (pro) dan rahang (gnathos).

Ia boleh berlaku pada bahagian tengah muka membabitkan rahang atas tertonjol (maxillary prognathism) atau rahang bawah yang tertonjol (mandibular prognathism) yang menjejaskan bahagian bawah muka.

Jongang juga mungkin menyebabkan rahang atas yang menempatkan barisan gigi tertonjol keluar alveolar prognathism).

Pakar Runding Bedah, Oral, Maksilofasial dan Implan, Dr Firdaus Hanapiah, berkata jongang umumnya adalah masalah rahang bawah lebih tertonjol.

“Secara mudah, rahang kecil dengan gigi yang banyak menyebabkan jongang. Rahang besar dengan gigi yang sedikit menyebabkan gigi jarang. Jongang yang sedikit boleh dibetulkan dengan pendakap gigi, jongang yang teruk dan menjejaskan penampilan memerlukan pembedahan,” katanya.

Dr Firdaus berkata, dalam sesetengah kes, jongang berlaku atas faktor genetik, tetapi ada juga kes berlaku akibat kecederaan seperti kemalangan jalan raya selain tabiat buruk seperti suka menghisap jari.

Selain itu, jongang juga mungkin berlaku disebabkan masalah lain misalnya sindrom crouzon atau sindrom basal cell nevus (kecacatan yang diwarisi atas faktor genetik membabitkan kulit, sistem saraf, mata, kelenjar endokrin dan tulang).

Kanak-kanak pula, jongang mungkin terjadi kerana masalah gigantism (pertumbuhan abnormal disebabkan masalah hormon) selain masalah acromegaly (masalah kekacauan metabolik)

“Jika jongang tidak mengganggu pesakit, tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun, jika jongang itu keterlaluan, menjadikan penampilan seseorang itu tidak harmoni misalnya kelihatan berwajah garang atau menakutkan, malah ada pesakit yang terjejas dari segi psikologi, pembedahan boleh dilakukan,” katanya.

Dr Firdaus berkata, masalah jongang yang memerlukan pembedahan biasanya dilakukan selepas seseorang itu berhenti membesar (bagi kanak-kanak) manakala bagi orang dewasa biasanya selepas tamat pengajian atau sudah selesa dengan pekerjaan. Ia kerana mereka akan pulih dalam tempoh yang lama, selain perlu kerap berulang alik ke hospital untuk rawatan susulan.

Cara tangani jongang

Pembedahan pergigian dikenali sebagai pembedahan orthognathic adalah pilihan untuk mereka yang mengalami jongang yang teruk. Pembedahan bukan saja membantu penampilan individu terbabit malah pertuturan mereka turut tidak terganggu,” katanya.

Pembedahan orthognathic dilakukan bagi membetulkan pelbagai masalah rahang. Biasanya barisan gigi akan diubah mengikut kedudukan rahang baru. Prosedur ini memakan masa yang lama manakala tempoh untuk benar-benar pulih juga mengambil masa enam bulan.

Bergantung kepada keadaan pesakit, ada juga kes membabitkan rahang yang perlu dipotong bagi memendekkannya.

“Objektif pembedahan ini adalah membetulkan masalah rahang yang membantu pesakit mengunyah, bercakap dan bernafas dengan lebih baik. Malah, penampilan juga lebih menarik,” katanya.

INFO: Tiga jenis jongang.

1) Alveolar prognathism

Biasanya disebabkan tabiat buruk seperti menghisap jari atau puting susu. Ia akan menyebabkan keseimbangan gigi terganggu. Ia biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar. Masalah ini mudah ditangani dengan terapi pergigian. Kes berulang boleh berlaku, tetapi tidak kerap.

2) Maxillary Prognathism

Ada kalanya jongang jenis ini terjadi kerana rahang bawah yang tidak membesar dengan sepatutnya. Ia ada kaitan dengan penyakit lain. Jika tidak serius, ia boleh ditangani dengan pendakap gigi atau pembedahan.

3) Mandibular prognathism

Selalunya dikaitkan dengan faktor genetik. Rahang bawah bersaiz lebih besar daripada rahang atas menyebabkan dagu menjadi panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: