June 22, 2009

Pesakit buah pinggang kronik perlu had ambil protein

Posted in 1 at 3:49 pm by Ahmad Salafi

Ginjal yang rosak tak mampu merembes bahan buangan berlebihan

DIET yang betul boleh membantu melewatkan pesakit buah pinggang kronik (CKD) berhadapan dengan masalah kegagalan fungsi buah pinggang tahap akhir.

Selalunya, diet rendah protein selain rendah dalam pengambilan sodium dan potasium adalah pilihan terbaik untuk pesakit. Namun, bagi pesakit yang diserang CKD atas faktor diabetes misalnya mungkin memerlukan juga diet rendah karbohidrat.

Pengurus Pemakanan, Pusat Perubatan Sunway, Yang Wai Yew, berkata selain ubat-ubatan, diet juga sebahagian daripada pengurusan CKD.

“Pengetahuan diet yang betul untuk pesakit CKD membantu mengawal buah pinggang menjadi semakin teruk selain pesakit mendapat nutrisi yang seimbang,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setiap pesakit memiliki pelan diet yang berlainan kerana keadaan ginjal setiap pesakit tidak sama. Justeru mendapatkan saranan doktor sebelum memulakan diet sangat perlu.

Pesakit CKD mesti hadkan pengambilan garam.

Secara umumnya kata Yang, pesakit CKD mesti mengehadkan pengambilan protein. Secara saintifiknya 70 peratus tubuh manusia perlukan protein. Tanpanya, tubuh tidak boleh sembuh daripada luka, sukar untuk darah berhenti jika terluka atau melawan jangkitan. Umumnya, seseorang memerlukan antara 40 ke 65 gram protein setiap hari.

Protein yang tidak dicerna dan digunakan tubuh akan menjadikan ia bahan buangan. Ginjal yang sihat memiliki banyak penapis kecil (nephrons) yang boleh menapis bahan buangan ini dan mengeluarkannya melalui urin.

Ginjal tidak sihat hilang keupayaan membuang hasil buangan ini. Justeru ia terkumpul dalam darah dan jumlahnya akan bertambah dan diet rendah protein membantu mengurangkan timbunan bahan buangan ini.

Berapa jumlah protein yang diperlukan oleh individu bergantung pada jumlah protein dalam darah selepas ujian makmal.

Mengehadkan pengambilan makanan berprotein tinggi bagi pesakit CKD penting kerana protein boleh ditemui dalam makanan berasaskan daging selain sayur-sayuran. Namun, pengambilan protein yang dikurangkan tidak akan menjejaskan keperluan nutrisi tubuh kerana ia akan ditampung dengan pengambilan makanan tambahan berasaskan asid organik seperti asid keto.

Pesakit juga perlu mengehadkan pengambilan garam (sodium). Ia seharusnya diambil antara empat hingga enam gram sehari saja bagi mengelakkan pengumpulan cecair selain mengawal tekanan darah tinggi.

Mengehadkan pengambilan potasium juga penting kerana ginjal pesakit CKD tidak mampu menyingkirkannya. Potasium yang tinggi tahapnya boleh menyebabkan masalah degupan jantung yang tidak normal. Antara makanan yang tinggi tahap potasiumnya adalah makanan yang dikeringkan, pisang, oren, kacang dan kentang.

INFO CKD

  • CKD adalah masalah kesihatan yang semakin meningkat.
  • Mereka yang berisiko diserang CKD termasuk pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, datang dari keluarga yang menghidap CKD dan usia yang meningkat.
  • Kini dianggarkan 12,000 warga Malaysia menderita kegagalan ginjal tahap akhir.
  • Warga Asia terdedah kepada risiko CKD kerana diabetes dan tekanan darah tingg.
  • Simptom CKD termasuk letih, tidak bertenaga, tidak boleh berfikir secara jelas, tidak berselera makan, susah tidur, kulit yang gatal dan kering, kejang otot waktu malam, kaki dan buku lali bengkak, mata sembap waktu pagi, kencing kerap terutama pada malam hari.
  • Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: