June 22, 2009

Rasa pedih pada dada, kebas di kaki

Posted in 1 at 3:40 pm by Ahmad Salafi

SAYA lelaki berusia 25 tahun dengan ketinggian 159 sentimeter (sm) dan berat badan 58 kilogram (kg). Saya kerap berasa pedih pada dada dan kebas-kebas di kaki. Kadang kala saya berasa cemas, perut juga akan memulas, sakit bahagian tulang belakang, selalu bersin serta berhingus terutama waktu pagi dan tidak kerap membuang air besar. Ada kalanya saya sukar untuk membuang air besar.

Saya ada membuat pemeriksaan dengan doktor tetapi semuanya kelihatan normal, cuma kolesterol saya tinggi. Pemeriksaan dada dan buah pinggang pun normal. Doktor ada membekalkan ubat dan meminta saya diet. Baru-baru ini saya dicadangkan makan ubat herba. Doktor, adakah ubat herba ini boleh membantu atau saya akan berhadapan dengan kesan sampingan jika mengambilnya?

JJ


JAWAPAN

BERDASARKAN kepada masalah saudara, dapat disimpulkan di sebalik ujian darah dan pemeriksaan dada dan buah pinggang yang normal, saudara masih tidak sihat dan ingin makan ubat herba jus bagi memulihkan kesihatan saudara. Berat badan saudara mengikut ketinggian dengan BMI pada tahap normal.

Paras kolesterol yang tinggi boleh dikawal dengan diet kurang lemak dan bersenam untuk mengurangkan berat badan. Masalah sembelit yang saudara hadapi boleh diatasi dengan mengambil makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti sayur dan buah-buahan. Masalah bersin dan hingus pada waktu pagi pula boleh dirawati dengan ubat-ubatan kerana saudara mungkin berhadapan dengan masalah alahan ‘allergik rhinitis’.

Perut memulas, kebas-kebas di kaki, pedih di dada dan rasa cemas perlu siasatan lanjut seperti ujian darah hormon tiroiddan elektrokardiogram. Kemungkinan juga ini adalah gejala tekanan dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun, saya berharap saudara dapat berjumpa dengan pakar perubatan bagi mendapat penjelasan yang lebih memuaskan serta pemeriksaan lanjut jika perlu.

Saya tidak mengesyorkan saudara mengambil jus herba kerana bimbang kepada tindak balas negatifnya pada kesihatan saudara kerana tiada penyelidikan terperinci (klinikal) dijalankan pada produk begini. Sebaliknya, saya cadangkan saudara lebih tumpukan pada aktiviti dan cara hidup sihat bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan saudara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: