June 22, 2009

Sembelit berpanjangan boleh sebabkan buasir

Posted in 1 at 3:53 pm by Ahmad Salafi

SOALAN:

SAYA remaja dengan ketinggian 158 sentimeter (sm) dan berat badan 50 kilogram (kg). Masalah saya ialah tidak kerap membuang air besar dan kadang kala ketika membuangnya ia amat menyakitkan. Saya rasa saya mengalami sembelit. Namun, saya banyak makan sayur walaupun kurang minum air. Apa cadangan doktor untuk saya mengatasi masalah ini kerana saya malu hendak berjumpa doktor.

Gadis Sarawak,
Melalui e-mel.


JAWAPAN:

MASALAH sembelit berkaitan dengan pembuangan najis yang keras yang memiliki kekerapan kurang daripada tiga kali seminggu. Antara punca utama termasuk kekurangan serat dalam pemakanan, kurang minum air, kurang aktiviti fizikal dan tabiat mengelak untuk membuang air besar.

Ia juga boleh disebabkan oleh penyakit seperti masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism), galian kalsium yang berlebihan (hypercalcaemia) serta pelbagai penyakit usus. Setengah-tengah jenis ubat, contohnya ubat tahan sakit jenis opiod dan ubat yang mengandungi zat besi yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah sembelit.

Untuk mengetahui punca masalah sembelit ini, doktor yang merawat akan mendapatkan sejarah kesihatan pesakit dengan teliti, termasuk sejarah penyakit sedia ada, ubat-ubatan yang diambil, tabiat pemakanan dan tabiat pembuangan najis.

Pemeriksaan fizikal juga amat penting untuk memastikan pesakit tidak mengalami masalah tiroid atau masalah usus. Selepas itu, pesakit mungkin akan memerlukan pemeriksaan darah, pemeriksaan radiologi dan sebagainya untuk menentukan punca masalah sembelit ini.

Pesakit yang mengalami masalah sembelit, pembuangan darah dalam najis, kemerosotan berat badan atau selera makan dan masalah sakit perut, dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan kolonoskopi supaya usus besar boleh diperiksa dengan teliti bagi mengesan masalah lain jika ada termasuk penyakit barah usus.

Saudari dengan ketinggian 158 sm dan berat badan 50 kg mempunyai BMI (body mass index) yang sihat iaitu 20 kg/m 2. Bagaimanapun, saudari dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya punca masalah sembelit boleh ditentukan dan rawatan yang sesuai diberi.

Masalah sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyakit buasir dan pendarahan ketika pembuangan najis yang boleh menyebabkan kekurangan darah atau anemia.

Ubat-ubatan untuk memudahkan pembuangan air besar patut digunakan untuk jangkamasa yang pendek saja dan boleh memudaratkan kesihatan usus jika disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang. Yang penting untuk menentukan punca utama masalah sembelit dan mendapat rawatan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: