June 22, 2009

Sesak nafas ketika bersukan

Posted in 1 at 3:34 pm by Ahmad Salafi

SOALAN:

SAYA berusia 15 tahun, ketika membuat pemeriksaan kesihatan ECG di hospital, saya diberitahu oleh doktor bahawa jantung saya stabil.

Bagaimanapun, apabila saya pergi ke klinik, saya diberitahu kadar degupan jantung saya antara 105bpm hingga 146bpm. Doktor sarankan saya supaya makan ubat untuk kurangkan denyutan jantung. Ia kerana sudah dua tahun saya sakit di bahagian dada sebelah kanan.

Apabila bersukan atau bersenam saya akan rasa sesak nafas. Ia juga berlaku walaupun saya belum pun mula bersukan. Saya resah dengan keadaan ini dan tidak dapat menumpukan perhatian sewaktu belajar. Saya hendak tahu adakah saya berisiko untuk menghidap penyakit paru-paru atau jantung?

Adik Comel.

JAWAPAN

Simptom yang adik sebutkan mungkin berasal dari struktur (organ) berikut;

  • Jantung – Ada satu keadaan jantung yang membabitkan satu daripada injapnya (dipanggil injap mitral) yang boleh menyebabkan kesakitan di dada. Keadaan ini dipanggil prolaps injap mitral (mitral valve prolapse) dan disebabkan oleh penutupan injap mitral yang tidak normal. Keadaan ini selalunya tidak berbahaya dan boleh didiagnos melalui ujian yang dipanggil echocardiogram (ECG).

    Arritmia jantung (degupan jantung yang tidak normal) turut boleh menyebabkan kadar degupan yang pantas. Kalau ECG yang dilakukan ketika rehat (resting ECG) tidak dapat mengenal pasti ritma jantung yang tidak normal ini mungkin ujian yang lebih terperinci seperti holter monitoring (yang mana degupan jantung diawasi ritmanya sepanjang 24 jam melalui sejenis alat yang khusus) atau ujian stress ECG (yang mana seseorang memakai alat ECG disuruh berjalan atas treadmill) mungkin terpaksa dilakukan.

  • Paru-Paru Keadaan seperti lelah boleh menyebabkan sesak nafas. Ujian fungsi paru-paru boleh dijalankan (sebelum dan selepas bersenam) untuk memastikan keadaan ini. Imbasan dada perlu juga dilakukan dan boleh membantu untuk mendapatkan diagnosa.
  • Perut – Penyakit gastro refluks (Gastro-esophageal reflux disease atau GERD) adalah antara penyakit yang kerap dijumpai. Ia boleh memberikan simptom seperti yang saudara sebutkan. Penghidap penyakit ini boleh mempunyai rasa sakit di kawasan epigastrium (ulu hati), rasa mual, sakit-sakit di dada serta berdebar-debar. (Sebenarnya ada lebih daripada 10 simptom yang berhubung kait dengan keadaan ini). Diagnosa boleh dicadangkan dengan evaluasi simptom saudara. Ujian yang disebut Oesophago-gastro-duodenoscopy (OGDS) boleh membantu untuk mendapatkan diagnosa ini.
  • Tiroid – Masalah tiroid yang aktif boleh menyebabkan jantung berdebar-debar tetapi keadaan ini selalunya mempunyai lebih daripada simptom yang saudara berikan. Keadaan ini boleh dikenal pasti dengan pengambilan darah untuk ujian fungsi tiroid.
  • Psikologikal – Sekiranya perkara di atas didapati normal mungkin saudara ada masalah kerisauan (anxiety) yang boleh juga memberikan simptom yang dihuraikan.

Saya cadangkan saudara melakukan perkara berikut:

  • Pemeriksaan fizikal yang menyeluruh dan ini termasuk memberikan sejarah penyakit yang terperinci.
  • Melakukan ujian yang asas seperti x-ray dada, ECG dan pengambilan darah untuk ujian asas. Ujian lain yang disebut di atas seperti ujian tekanan (stress test), ujian holter, ujian fungsi paru-paru, OGDS boleh juga dilakukan jika perlu.
  • Hanya jika semua yang dilakukan di atas adalah normal, masalah kerisauan (anxiety disorder) mungkin perlu difikirkan.
  • Rawatan yang khusus perlu diberikan setelah mengenal pasti diagnosa saudara yang sebenarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: