June 22, 2009

Tulang rapuh bukan masalah wanita

Posted in 1 at 3:48 pm by Ahmad Salafi

Kerap bersenam, diet seimbang bantu kekalkan kesihatan tulang

WALAUPUN masalah tulang rapuh kerap dikaitkan dengan wanita, sebenarnya masalah tulang rapuh cenderung menyerang mereka yang berada di pertengahan umur termasuk lelaki. Pada peringkat global, 2 juta lelaki menderita masalah tulang rapuh. Manakala di Malaysia 1 juta orang berhadapan dengan risiko yang sama.

Pada 1997, kes keretakan pinggul di kalangan mereka berusia 50 tahun ke atas di Malaysia adalah 90 bagi setiap 100,000. Manakala kos perubatan membabitkan keretakan pinggul pada 1997 dianggarkan berjumlah RM22 juta.

Namun, tidak dinafikan, risiko wanita berhadapan dengan tulang rapuh lebih besar berbanding lelaki. Hampir 80 peratus wanita putus haid berhadapan dengan masalah tulang rapuh kerana penghasilan estrogen menurun dengan drastik selepas menopaus.

Lelaki berhadapan dengan tulang rapuh antara lima atau 10 tahun selepas wanita, kerana hormon testosterone tidak menurun secepat estrogen. Tulang rapuh menyebabkan hampir separuh daripada wanita yang berusia 50 tahun ke atas menderita patah tulang pinggul selain pergelangan tangan atau kaki.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr Lee Joon Keong, berkata masalah tulang rapuh terjadi apabila seseorang memiliki jisim tulang yang rendah. Justeru tulangnya lemah dan mudah patah.

“Mereka mudah mengalami masalah keretakan tulang terutama tulang pinggul,” katanya.

Keretakan tulang pinggul boleh menyebabkan seseorang itu tidak mampu bergerak secara normal, mereka mungkin terpaksa menggunakan kerusi roda atau hanya berbaring di katil malah meninggal dunia.

Masalah tulang rapuh tidak ada simptom, ia mungkin hanya ditandai apabila seseorang itu hilang ketinggian atau menjadi bongkok. Lebih teruk, tidak ada penawar untuk masalah tulang rapuh. Apa yang ada hanyalah langkah pencegahan.

Dr Lee berkata, senaman yang kerap dan diet sihat termasuk pengambilan kalsium membantu mengekalkan kesihatan tulang.

“Pengambilan kalsium dengan vitamin D misalnya boleh membantu mencegah masalah tulang rapuh,” katanya.

Kalsium seperti yang diketahui adalah nutrisi penting membina dan mengekalkan kesihatan tulang dan gigi. Walaupun kalsium diketahui mengurangkan risiko tulang rapuh ia juga berperanan dalam memastikan kemantapan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf.

Malah ada kajian yang mengaitkan kepentingan kalsium dalam mengurangkan risiko kes berulang polip pada kolon iaitu faktor yang merangsang barah kolon. Tidak mengira jantina dan usia, kalsium sebenarnya penting untuk semua orang.

Selain itu senaman juga berperanan dalam mencegah masalah tulang rapuh. Senaman yang kerap membantu menguatkan tulang dengan meningkatkan densiti tulang yang membantu mengurangkan risiko tulang rapuh.

Selain kurang kalsium, masalah tulang rapuh juga boleh terjadi jika anda berhadapan dengan masalah berikut:

  • Berusia 65 tahun ke atas
  • Binaan tubuh yang langsing
  • Putus haid atau menjalani pembedahan pembuangan ovari
  • Tidak bersenam
  • Merokok
  • Mengambil terlalu banyak minuman berakkohol
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti ubat mencairkan darah.

    Bagaimana mencegah masalah tulang rapuh

  • Bersenam terutama aktiviti yang menguatkan otot
  • Mengambil vitamin D sama ada melalui diet atau pengambilan makanan tambahan
  • Mengambil kalsium secukupnya
  • Mengambil vitamin K yang boleh ditemui pada sayuran hijau
  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: