June 23, 2009

Antibiotik semula jadi tangani jangkitan

Posted in 1 at 12:19 pm by Ahmad Salafi

Saya kerap menggunakan ubat sapu, namun ia akan kembali selepas seketika. Menurut doktor ia berlaku kerana jangkitan fungus. Apa yang sesuai untuk dimakan agar masalah ini tidak berulang?

Jawapan,

Jangkitan fungus atau kulat boleh berlaku pada lapisan atas kulit, kulit kepala, di celah antara jari kaki, bawah kuku dan sebagainya, dan setiap bahagian badan yang berbeza mempunyai nama jangkitan yang berbeza.

Biasanya ia disebabkan oleh spesies fungus yang dipanggil Candida dan Tinea. Fungus ini boleh dibawa oleh binatang peliharaan seperti kucing dan juga anjing serta boleh berada di persekitaran kita seperti pada tuala, sikat rambut, bantal, topi dan mudah dijumpai di kawasan yang suam dan lembap seperti bilik mandi.

Langkah pencegahan yang seharusnya dipraktikkan termasuklah meningkatkan tahap kebersihan serta mengeringkan dengan sempurna bahagian tubuh yang berisiko selepas mandi (seperti bahagian celah jari).

Jika ia terjadi di kaki dan anda berpeluh dengan banyak, tukarkan stoking bersih dengan lebih kerap.

Bawang putih merupakan kaedah semula jadi yang boleh dijadikan pilihan. Allicin merupakan antara komponen aktif yang bertindak sebagai antimikrob, antibakteria, anti fungus dan anti virus.

Namun harus diingat bahawa bukan semua produk suplemen daripada bawang putih adalah sama.

Untuk memperolehi kesan terapeutik untuk menangani jangkitan, kandungan allicin hendaklah 100 peratus tulen, berkonsentrasi tinggi dan stabil yang menggunakan kaedah pengekstrakan tertentu.

Allicin mengandungi bahan antibiotik semula jadi yang berpotensi untuk membantu sistem imun badan dalam beberapa cara, termasuklah merangsang sel, membunuh patogen dan menyingkirkan karsinogen.

Allicin juga mampu menembusi dinding sel mikro-organisma dan menjejaskan keseimbangan biokimia dan menghalang aktiviti mereka.

Allicin yang berkepekatan tinggi sesuai diambil semasa anda mendapat jangkitan, sama ada jangkitan yis, kulat, selesema, cirit-birit dan juga keracunan makanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: