June 23, 2009

Kelainan dan keunikan Capoeira

Posted in 1 at 11:31 am by Ahmad Salafi

gerakan seni yang menarik, gabungan tarian dan akrobatik.



Capoeira dalam bahasa Tupi-Guarani Indian bermakna rumput liar atau rumput yang telah dipotong. Seni pertahanan ini berasal dari Brazil dan dipercayai wujud sejak 1500 Masihi.

Terdapat dua gaya Capoeira yang dikenali di seluruh dunia iaitu Capoeira Anggola yang berentak perlahan dan berhelah manakala Cappoeira Regional berentak pantas dan berunsur akrobatik.

Capoeira mula berkembang pesat apabila berlakunya penghijrahan pengamal seni pertahanan diri ini ke serata dunia. Kini Capoeira mula berkembang di Malaysia dan serata Asia.

Di Malaysia, Capoeira diperkenalkan pada awal September 2007. Hanya dalam jangkamasa yang singkat, Capoeira di bawah pengawas Formado Soldado berjaya menarik minat seramai 50 pelajar pada awal penubuhannya.

Salah satu rahsia seni ini diminati di negara ini adalah budaya yang pelbagai yang ada pada masyarakat Malaysia. Capoeira telah dijadikan satu wadah bagi menyatukan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan bahasa.

Capoeira juga dikenali sebagai gabungan seni pertahanan diri dan tarian. Pergerakannya banyak berunsur akrobatik dan pantas. Tarian dan seni pertahanan diri ini diiringi alat muzik berimbau, atabaque, pandeiro dan ago go iaitu alat muzik kebudayaan Brazil.

Baju yang dipakai mereka juga menampakkan kelainan daripada seni pertahanan diri lain. Penggunaan kemeja- T tanpa lengan bagi lelaki dan seluar panjang berkaki besar menampakkan lagi keunikan Capoeira.

Pakaian mereka mempunyai unsur moden berbanding seni pertahanan diri lain dan nampak bersahaja dan selesa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: