June 23, 2009

KISS penuhi keperluan kanak-kanak HIV/AIDS

Posted in 1 at 9:43 am by Ahmad Salafi

Penasihat Yayasan Aids Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir (kanan) menerima sumbangan RM150,000 daripada Jean-Francois Couve bagi program KISS sempena ulang tahun ke-100L’Oreal baru-baru ini.



DI Malaysia, ‘kehadiran’ HIV/AIDS hanya dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan pada Disember 1986. Namun sesuatu yang memeranjatkan dari tempoh itu sehingga Disember 2008 jumlah yang dijangkiti HIV dan dilaporkan kepada kementerian sebanyak 84,630.

Daripada jumlah itu sebanyak 14,576 menderita AIDS dan 11,234 mati akibatnya manakala pada tahun yang sama seramai tiga mati setiap hari.

Dianggarkan pula 10 individu menjalani HIV positif setiap hari dengan banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dihidapi penyakit yang boleh membawa maut ini. Sebanyak 2,027 kanak-kanak dari umur dua hingga 19 tahun dijangkiti HIV dan 443 adalah positif AIDS.

Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS juga mempunyai keperluan yang sama seperti kanak-kanak normal.

”Mereka memerlukan bantuan segera dan sokongan kewangan. Dengan kejayaan yang diperoleh oleh program Dana AIDS Pediatrik, kami ingin memanjangkan matlamat bagi meningkatkan bantuan kepada kanak-kanak yang berumur 13 hingga 19 tahun.

”Sebab itulah kami menubuhkan Program KISS (Keep in School Scheme) pada tahun lalu untuk menolong kanak-kanak kurang kemampuan yang dijangkiti HIV/AIDS.

”Program ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak dan individu terbabit meneruskan persekolahan di peringkat menengah atau vokasional serta memenuhi keperluan harian,” katanya baru-baru ini.

Menurut Dr. Adeeba, untuk pertama kali pada tahun ini, kanak-kanak berusia 13 hingga 19 tahun diberi bantuan. Program KISS menyediakan bantuan kewangan untuk meminimumkan penderitaan kanak-kanak yang hidup dengan HIV/AIDS.

”Menerusi skim ini, bantuan kewangan dan penajaan ditawarkan dalam bentuk bulanan bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan, pakaian dan persekolahan dan pengangkutan bagi mendapatkan rawatan HIV.

“Ia juga membantu kami merapatkan jurang dan menyediakan kemudahan kepada kanak-kanak ini setanding dengan kanak-kanak normal,” katanya.

Menurut Dr. Adeeba, MAF bekerjasama dengan pediatrik dari klinik kesihatan, hospital, rumah kebajikan seperti Rumah Soleha untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS.

Dalam pada itu beliau mengakui, sebahagian daripada program KISS dibiayai hasil sumbangan daripada badan-badan korporat.

Terbaru sumbangan sebanyak RM150,000 oleh L’Oreal sempena ulang tahun ke-100 jenama produk penjagaan wajah terkenal tersebut baru-baru ini.

Sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga yang kurang kemampuan yang mempunyai anak dijangkiti HIV/AIDS begitu juga dengan kanak-kanak mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa yang hidup dengan HIV atau mati kerana AIDS.

Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia, Jean-Francois Couve memberitahu, sumbangan ini diharap boleh membantu dalam membiayai keperluan persekolahan seperti yuran, uniform, kasut dan perbelanjaan harian.

Ia juga bakal mengubah kehidupan kanak-kanak tersebut dengan masa depan lebih cerah apabila mereka berpeluang meneruskan pelajaran serta mendapat penjagaan kesihatan yang baik.

”L’Oreal Malaysia sebenarnya telah lama mempunyai komitmen dalam program HIV/AIDS di Malaysia dan sempena ulang tahun ke-100 ini kami telah terpanggil untuk membantu 100 kanak-kanak yang yang kurang bernasib baik,” jelasnya.

Sempena sambutan ulang tahun tersebut jenama kecantikan antarabangsa itu telah meraikan bersama 67,500 pekerjanya di 65 buah negara.

Ia turut mengumumkan pelaksanaan 100 projek kemasyarakatan di seluruh dunia bagi membantu komuniti di peringkat akar umbi iaitu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Matlamat 100 projek itu ialah untuk membantu kanak-kanak dan remaja kurang kemampuan bagi mendapatkan pendidikan terutama di kawasan luar bandar, membantu keperluan khas individu dan membantu masyarakat miskin yang kurang berkemampuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: