June 23, 2009

Kupang hijau kurangkan serangan artritis

Posted in 1 at 11:49 am by Ahmad Salafi

STATISTIK terkini melaporkan, populasi warga emas yang mencecah lebih dua juta orang dijangka terus meningkat kepada hampir dua kali ganda menjelang tahun 2020.

Maka keperluan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengawal gejala penyakit seperti artritis semakin diberi tumpuan oleh masyarakat umum.

Kaji selidik di kalangan pengguna umum Blackmores mendapati, artritis dan sakit sendi mendapat undian sebagai kebimbangan utama di kalangan rakyat Malaysia apabila meningkat tua.

Pakar Naturopati Blackmores, Monitar Tan berkata, pun begitu kesedaran orang ramai juga didapati kian meningkat mengenai artritis terutama simptom dan bahaya jangka panjang akibat serangan penyakit tersebut.

Justeru, Blackmores memperkenalkan penyelesaian dengan pendekatan holistik menerusi penyelidikan berterusan untuk menghasilkan produk inovatif sebagai alternatif penawar semula jadi untuk penghidap artritis.

“Lyprinol melegakan kesakitan sendi yang toleran tetapi cukup berkesan untuk pesakit artritis kerana mengandungi struktur lipid kompleks berbanding minyak hidupan laut lain.

“Di samping melegakan kesakitan dan meningkatkan mobiliti sendi, Lyprinol juga membantu melapangkan saluran pernafasan dan mengurangkan keradangan serta bengkak sendi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Blackmores Lyprinol yang mengandungi kupang hijau yang hanya ditemui di pesisiran pantai Malborough Sounds, New Zealand.

Kupang hijau (green lipped mussel) atau nama saintifiknya ‘Perna caniculus’ berbeza dengan kupang biasa dan boleh dilihat pada cengkerangnya yang berwarna hijau-coklat gelap.

Menurut Pakar Perubatan dan Geriatrik, Dr. Rajbans Singh, beberapa ujian klinikal yang dijalankan di Hong Kong dan Malaysia baru-baru ini mengesahkan bahawa ekstrak lipid laut semula jadi daripada spesies kupang itu terbukti berkesan mengurangkan simptom serangan artritis.

“Kami jangka ia mampu memberi kelegaan kepada kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia yang menghidap osteoartritis dan ribuan lagi penghidap artritis reumatoid.

“Dalam kajian melibatkan 60 pesakit artritis di Malaysia, didapati berlaku pengurangan ketara pada tahap kesakitan dan peningkatan fungsi sendi selepas mengambil ekstrak kupang hijau selama empat hingga lapan minggu,” jelasnya yang juga Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia (MWS).

Kupang hijau mengandungi lima variasi Omega-3 yang merupakan keperluan penting tubuh badan manakala ekstraknya juga tinggi dengan kandungan protein semula jadi, mineral dan mucopolysaccharides.

Bahan ekstrak yang terhasil secara semula jadi itu kini semakin dikenali sebagai penawar kesakitan sendi, pemeliharaan rawan dan memulihkan kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.

Malah, kupang hijau turut didapati mampu menyekat keradangan. Jelas beliau, meskipun keradangan adalah normal bagi situasi tertentu namun keradangan yang konsisten atau berlebihan boleh mengakibatkan kesakitan dan kerosakan pada badan termasuk bahagian sendi.

“Hasil kajian tadi menunjukkan kawalan atas penghasilan pengantara keradangan dalam badan boleh memperbaiki kesan artritis, asma, proriasis dan beberapa penyakit lain yang melibatkan elemen keradangan,” tambahnya.

Lyprinol boleh didapati di farmasi utama seluruh negara pada harga RM168 sekotak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: