June 23, 2009

Lengkapkan hidup moden

Posted in 1 at 11:40 am by Ahmad Salafi

EDDIE Wong yakin pelantikan Chef Zam sebagai duta jenama mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap produk Philips.



KATA orang apa yang kita makan mencerminkan kesejahteraan kita. Begitu juga dengan jenama produk penjagaan kesihatan dan gaya hidup, Philips yang mengutamakan prinsip tersebut dalam semua penciptaan dan kegunaan produk keluarannya.

Selaras dengan itu, Philips telah melantik chef selebriti Malaysia, Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Chef Zam sebagai duta baru jenama untuk mempromosikan pelbagai perkakas dapurnya yang bermutu tinggi.

Justeru, gandingan antara Philips dan Chef Zam boleh dianggap sepadan kerana kedua-dua pihak komited untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. Ini kerana Chef Zam sendiri percaya bahawa setiap orang mesti mengamalkan tabiat makan yang sihat dan telah banyak menulis tentang topik ini.

Sementelah pula, Philips telah mencipta pelbagai perkakas dapur moden yang menjadikan pengalaman memasak lebih menyenangkan dan menyeronokkan.

Antara perkakas dapur Philips yang menyenangkan pengguna termasuk periuk nasi yang juga boleh digunakan untuk membakar kek, pengisar ramuan masakan, pengisar buah-buahan untuk menghasilkan jus berkhasiat dan pengukus yang menambah kelazatan masakan.

Pengarah Philips Consumer Lifestyle (Philips Malaysia), Eddie Ong berkata, pengguna semakin meminati produk Philips yang inovatif kerana ia melengkapkan gaya hidup moden mereka yang sentiasa sibuk.

”Kerana itu juga, kami menjadikan Chef Zam, yang mempunyai ramai peminat di Malaysia, sebagai duta produk bagi membantu usaha kami untuk mendekati pengguna baru dan juga pengguna yang sedia ada.

“Ini selaras dengan wawasan kami untuk memahami dan memenuhi keperluan pasaran yang menjadi sasaran kami.

”Lebih penting lagi, Philips percaya bahawa gandingan Chef Zam akan membantu meningkatkan lagi kesedaran terhadap falsafah ‘Mudah dan Munasabah’ jenama, dan mendorong pembangunan produk yang direka untuk menyenangkan dan memenuhi keperluan pengguna.

”Pendek kata, kami yakin bahawa dengan kerjasama Chef Zam sebagai duta jenama kami, pengguna akan lebih mengenali pelbagai produk kami.” katanya baru-baru ini.

Menurut Eddie, menerusi pakatan kerjasama ini, Chef Zam akan mempromosikan pelbagai produk Philips yang inovatif, termasuk periuk nasi serba guna, pengisar bar, pengisar jus dan pengukus.

Chef Zam juga telah menggunakan produk-produk ini untuk mencipta resipi-resipi istimewa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: