June 23, 2009

Mengesan dari awal masalah penghadaman

Posted in 1 at 12:18 pm by Ahmad Salafi

Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan
Presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia

UJIAN endoskopi boleh menunjukkan sebarang masalah fizikal dalam salur penghadaman.



USAHA mengesan masalah penghadaman di peringkat awal adalah sangat penting, kerana banyak gejala penghadaman (sembelit, cirit-birit, najis berdarah dan sakit perut) mungkin petanda masalah yang lebih serius.

Sebagai contoh, sembelit mungkin normal bagi ramai antara kita, tetapi sembelit yang kerap boleh menandakan permulaan penyakit penghadaman yang lebih serius seperti kanser kolon.

Pemeriksaan perubatan secara berkala adalah cara paling baik untuk mengesan gejala awal penyakit penghadaman.

Pemeriksaan membolehkan doktor merawat, atau mencegah penyakit yang selalunya mengancam nyawa daripada berlaku.

Pendek kata, pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Pencegahan adalah kaedah yang paling berkesan.

Kenali gejala

Diet, penyakit dan juga tekanan emosi boleh mengganggu sistem penghadaman. Jika anda tidak menjaga kesihatan usus, anda pasti dibelenggu masalah.

l Gejala Biasa

Gejala penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, sakit perut, angin, kembung dan senak perut boleh dianggap biasa.

Tetapi bila masalah biasa menjadi semakin kerap dan berpanjangan, gejala ini boleh menandakan masalah perubatan lain yang lebih serius.

Bagaimanapun, banyak masalah dan penyakit penghadaman, daripada Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD) sehinggalah kepada kanser kolon, boleh dikesan awal jika anda tahu tanda-tanda yang perlu diawasi.

l Gejala Serius

Gejala yang disenaraikan di bawah boleh menunjukkan sesuatu yang tidak normal dengan sistem penghadaman anda.

Meskipun gejala ini mungkin berbeza bergantung pada penyakit, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera jika anda mengalami mana-mana gejala ini atau jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang masalah sistem penghadaman:

l Perubahan tabiat membuang air besar

l Najis berdarah

l Sakit abdomen yang teruk

l Kehilangan berat badan yang tidak dikehendaki dan tidak diketahui puncanya

l Pedih hulu hati yang tidak boleh dilegakan dengan ubat

Kanser kolon boleh dicegah dan boleh dikesan awal. Pemeriksaan adalah kaedah yang paling berkesan untuk pengesanan awal.

Jalani pemeriksaan

Umumnya, individu yang tidak mempunyai faktor risiko patut menjalani pemeriksaan untuk mengesan gangguan dan penyakit penghadaman bermula usia 50 tahun.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai faktor risiko, anda patut mula menjalani pemeriksaan pada usia lebih awal. Antara faktor risiko yang patut diambil kira:

l Sejarah keluarga terdekat yang menghidap kanser termasuk kanser kolon

l Menghidap penyakit seperti Keradangan Usus (Ulcerative Colitis)

l Usia (risiko meningkat bila usia anda meningkat)

l Faktor lain yang berkaitan seperti faktor gaya hidup, termasuk tabiat merokok, tidak cukup bersenam dan berat badan berlebihan; dan diet tinggi lemak dan rendah serat

Kaedah pemeriksaan dan bila untuk menjalani pemeriksaan bergantung kepada faktor risiko anda.

Sesetengah ujian dilakukan secara bersama, manakala yang lain diulang berasaskan keputusan dan sejarah kesihatan anda.

Kaedah Pengesanan Awal

Doktor akan mengesyorkan kaedah ujian yang terbaik dan paling sesuai untuk anda selepas menilai sejarah kesihatan dan faktor-faktor risiko anda.

Doktor anda juga mungkin mencadangkan cara untuk mengurangkan kemungkinan anda mendapat kanser kolon.

Kaedah biasa untuk mengesan masalah penghadaman di peringkat awal termasuk:

l Ujian darah dalam najis: Ujian mudah ini adalah untuk mengesan darah dalam najis, yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

l Endoskopi, gastroskopi, kolonoskopi: Dalam ujian ini, tiub gentian optik lembut dengan kamera video, monitor dan lampu dimasukkan ke dalam badan untuk membolehkan doktor mengesan sebarang keadaan tidak normal dalam perut, duodenum, esofagus, dan kolon atau rektum. Tiub gastroskopi akan dimasukkan ke dalam tekak, manakala tiub kolonoskopi dimasukkan melalui rektum untuk melihat usus besar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: