June 25, 2009

Tinggi

Posted in 1 at 4:05 pm by Ahmad Salafi

Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.    Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak rendah sangkutan tinggi.    Besar belanja daripada pendapatan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.    Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua.    Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegak sama tinggi, duduk sama rendah.    Sama setaraf (tentang derajat (darjat) dan sebagainya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.    Tidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asal saja ada kemahuan yang keras.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi banir tempat berlindung.    Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi dianjung, besar dilambuk.    Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi disigai, besar ditebang.    Menyesuaikan diri dengan keadaan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.    Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi duduk daripada cangkung.    Besar belanja daripada hasil pencarian.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi duduk daripada tegak.    Sesuatu yang tiada menurut aturan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi gelepur, rendah laga.    Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kerana ada yang rendah.    Tiap-tiap suatu mesti ada yang berlawanan untuk dapat dibezakan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.    Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kelepur, rendah tikam.    Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi terbawa oleh ruasnya.    Orang yang tubuhnya saja besar, tetapi masih bodoh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.    Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.    Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.    Orang yang berilmu selalu merendahkan diri, sedangkan orang yang bodoh apabila beroleh sedikit kelebihan bertambah sombonglah ia. (Bandingkan dengan: Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggitinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.    Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggitinggi melambung surutnya ke tanah juga.    Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggitinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.    Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggitinggi melambung surutnya ke tanah juga).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.    Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayap singkat, terbang hendak jauh (= tinggi).    Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tinggi dijulang pula.    Sudah tinggi pangkat dipermuliakan pula.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.    Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.    Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah gunung tinggi harapan.    Harapan yang sangat besar.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panjang langkah koyak pesak seluar, tinggi loncat tembuk ubun-ubun.    Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan sendiri akhirnya akan mendatangkan kebinasaan. pesak = secarik kain yang bentuknya sebagai baji yang ditambahkan pada selangkangan celana atau depan celana atau di bawah ketiak baju.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan digalikan dalam, nan digantungkan tinggi.    Sesuatu perkara yang sudah ada keputusannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memancung tinggitinggi, menebang rendah-rendah.    Hukuman diminta yang setinggitingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk.    Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.    Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keras bagai batu, tinggi bagai langit.    Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu.    Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi.    Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan.    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak tinggi terlalu, jatuh.    Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.    Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.    Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi.    Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantung tinggi, dibuang jauh.    Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantungkan tinggi, digalikan dalam.    Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi.    Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Mandi dalam cupak).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.    Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah.    Suami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar diambak, tinggi dianjung.    Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Subur kerana dipupuk, besar kerana diambak).    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi.    Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin.    Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukit ‘lah tinggi, lurah ‘lah dalam.    Teramat tua dan daif.    Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
tumpu; ~ tinggi titik tempat berselangnya garis tinggi sesuatu segi tiga; puncak.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi bertumpu    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini.     Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 4 = bersetumpu bertekan telapak kaki pd sesuatu semasa hendak melompat dll; menunjal: Ia ~ pd batu sebelum melompat ke seberang.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi menumpu    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 1 menekan pd sesuatu.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi menumpukan    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 1 menekankan (telapak kaki atau tapak tangan) pd sesuatu.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 2 memusatkan segenap tenaga atau minat pd sesuatu: Ia ~ seluruh tenaganya pd projek yg baru dijalankan itu.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 3 mendasarkan atau menyandarkan pendapat dll pd: Ia ~ pendapatnya pd kajian-kajian yg telah dilakukan.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi tertumpu telah ditumpukan atau dipusatkan (bkn minat, pandangan dll) pd sesuatu: Perhatiannya ~ pd pemuda yg sedang bermain biola.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi tumpuan    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi pertumpuan hal bertumpu: tempat ~ tempat orang bertumpu.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi penumpuan perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi penumpu    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 1 orang yg menumpu.    Kamus Pelajar
tumpu; ~ tinggi 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk menumpukan (cahaya dll).    Kamus Pelajar
tinggi 1 jauh jaraknya dr bawah ke atas; lw rendah: Hotel itu sangat ~. dataran ~ dataran yg permukaannya jauh dr permukaan laut.    Kamus Pelajar
tinggi 2 panjang (ttg bangun tubuh); lw rendah: Suaminya lebih tinggi drpdnya.    Kamus Pelajar
tinggi 4 mulia: ~ cita-citanya.    Kamus Pelajar
tinggi 5 mahal (ttg harga); besar (ttg perbelanjaan): Harga beras sangat ~ sekarang.    Kamus Pelajar
tinggi 6 berada pd peringkat yg atas; sudah maju: Pengetahuannya ~.    Kamus Pelajar
tinggi ~ hari hampir tengah hari.    Kamus Pelajar
tinggi ~ usia  sudah tua; sudah lanjut umurnya.    Kamus Pelajar
tinggi meninggi    Kamus Pelajar
tinggi 2 menjadi kuat dan nyaring (ttg suara).    Kamus Pelajar
tinggi 3 sombong: Cakapnya ~ saja.    Kamus Pelajar
tinggi ~ hari menjadi hampir tengah hari.    Kamus Pelajar
tinggi meninggikan    Kamus Pelajar
tinggi 1 menjadikan tinggi; menaikkan: Ia ~ harga gula di kedainya.    Kamus Pelajar
tinggi 2 mengangkat atau menyanjung menjadi tinggi.    Kamus Pelajar
tinggi mempertinggi menjadikan lebih tinggi: Ia belajar bersungguh-sungguh utk ~ ilmu pengetahuannya.    Kamus Pelajar
tinggi ketinggian    Kamus Pelajar
tinggi 1 keadaan atau hal tinggi.    Kamus Pelajar
tinggi 2 tempat yg tinggi.    Kamus Pelajar
aktif tinggi(active-high)    Sifat peranti yang akan berpindah ke keadaan aktif apabila menerima isyarat tinggi atau logik satu.    Kamus Komputer
aktiviti tinggi(high activity)    Keadaan ketika sistem giat melakukan pemprosesan yang banyak atau ketika banyak kerja perlu dilakukan dalam sesuatu projek.    Kamus Komputer
bahasa aras tinggi(high-level language)    Bahasa pengaturcaraan yang membolehkan penggunanya mengarang atur cara dalam tatatanda formal yang lebih hampir dengan bahasa tabii manusia. Bahasa ini tidak bersandarkan mana-mana komputer khusus dan tidak memerlukan pengguna mengetahui seni bina komputer yang digunakan.    Kamus Komputer
dwimuka ketumpatan tinggi(double-sided high-density)    Sifat cakera liut yang dapat memegang data pada kedua-dua belah permukaan cakera dan mempunyai kemampuan menempatkan bit berketumpatan tinggi.    Kamus Komputer
peleraian tinggi(high resolution)    Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang tinggi akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang banyak berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan jelas dan tajam.    Kamus Komputer
pencetak kelajuan tinggi(high speed printer)    Pencetak jenis pantas yang dapat mencetak 300 hingga 3000 baris seminit.    Kamus Komputer
tertib tinggi(high order)    Sifat digit nombor atau bit yang mempunyai pemberat atau keutamaan yang tinggi berbanding dengan bahagian yang lain.    Kamus Komputer
tinggi 1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, pengetahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~; ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasanya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan);meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari;meninggikan 1. menjadikan tinggi, menambahkan (mutu dll): bangunan itu telah ditinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyanjung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara);mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugian) yg lebih berat;ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduknya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu diletakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapainya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penambahan (mutu, pendapatan, dll).    Kamus Dewan Edisi Tiga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: