July 1, 2009

Epilepsi bukan titik penamat

Posted in 1 at 8:33 am by Ahmad Salafi

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Dr. Suraya Ts Yahya



KISAH empat individu tersebut merupakan secebis kisah pesakit sawan yang dialami kira-kira 50 juta penduduk dunia daripada pelbagai peringkat umur. Menurut kajian Persatuan Epilepsi Malaysia, kira-kira 100 juta di dunia mengalami pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup.

Menurut sejarah purba, epilepsi ditakuti dan dianggap kesan ilmu sihir malah pada zaman purba Babylon, jika seseorang diserang sawan, ia disebabkan dirasuk hantu. Sebab itu, cara perubatan mereka menerusi ilmu kebatinan.

Orang Yunani pula percaya seseorang yang diserang sawan melakukan kesilapan kepada dewanya. Pada 400 Sebelum Masihi, ahli falsafah dan perubatan Yunani, Hippocrates, orang pertama membuktikan epilepsi perlukan perubatan secara fizikal dan sekiranya penyakit ini bertambah teruk, ia tidak dapat diubati.

Sehingga hari ini, masih ramai yang beranggapan gangguan epilepsi disebabkan ‘buatan orang’ dan menyamakannya dengan gila atau cacat otak. Justeru ramai yang tidak tahu menangani keadaan kecemasan pesakit epilepsi.

Keadaan ini perlu berubah kerana pesakit epilepsi masih mempunyai harapan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Suraya TS Yahya, ada juga kes kanak- kanak yang demam dikaitkan dengan penyakit ini.

Bahkan, ada tanggapan kes sawan yang kononnya dapat dihalang dengan menggunakan sudu hingga menyebabkan kecederaan.

“Pendidikan tentang epilepsi amat penting untuk menghalang salah faham masyarakat. Sebaiknya, ketika sawan berlaku, orang ramai jangan mengerumuni pesakit. Biarkan dia bergerak dalam keadaan lapang.

“Sebaik-baiknya biarkan pesakit mengiring untuk mengelakkan kepala terhentak dan mengakibatkan cedera,” katanya.

Jika epilepsi berlaku lebih daripada tiga minit, sebaiknya rakan atau ahli keluarga menghubungi doktor.

Dr. Suraya berharap agar masyarakat tidak menganggap epilepsi sebagai sakit mental.

Tambah beliau, epilepsi sering dikaitkan dengan genetik iaitu sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini.

Namun, masyarakat perlu tahu, sejarah membuktikan ramai prominent figure yang mempunyai epilepsi mampu memberi impak kepada tamadun manusia dan teknologi dunia seperti aristotle dan leonardo di Vincci.

Berkongsi cerita bersama pembaca, Dr. Suraya memberitahu, sesetengah kes sawan di kalangan masyarakat hanya untuk menarik perhatian.

Ada kes yang tidak boleh dikesan dan apabila pihak hospital merujuk kepada pakar psikiatrik, rupa-rupanya pesakit tersebut hanya ingin menarik perhatian.

“Kebiasaannya, apabila seseorang diserang epilepsi, orang di sekelilingnya akan mengambil berat. Kejadian seperti ini juga perlu diambil kira,” ujarnya.

Berbicara tentang rawatan epilepsi, Dr. Suraya tidak melarang pesakit mendapatkan alternatif rawatan lain.

Misalnya, pesakit boleh menggunakan holistik sebagai rawatan lain.

Bagi bayi yang mengalami demam panas, sebaiknya ibu bapa jangan panik atau membuat tindakan sendiri.

Terbaik, mereka perlu membawa bayi ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagi mereka yang mempunyai tanda pelupa, kejadian ini berlaku kerana selepas sawan, pesakit akan mula mengantuk dan tidak ingat kejadian sebelum itu.

Kadang-kadang mereka akan terus tidur. Sebab itu, pesakit tidak diberi lesen memandu kerana boleh membahayakan keadaan.

“Dalam keadaan epilepsi, otak pesakit tidak dapat mengawal keadaan. Biasanya, pesakit akan termenung atau keluar buih daripada mulutnya. Ini merupakan tanda-tanda yang biasa,” jelasnya.

Dr. Suraya menjelaskan, penyakit ini tidak boleh sembuh, orang ramai hanya boleh mengawalnya melalui ubat dan bersedia dalam keadaan kecemasan.

Tetapi pesakit perlu menerima rawatan berkala. Walaupun mereka terpaksa bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat, penyakit epilepsi bukannya penamat bagi pesakit daripada menikmati kebahagiaan hidup.

Anggaplah ia satu dugaan dan penyuntik semangat untuk kita menjadi lebih kuat dan tabah. Penyakit epilepsi bukan petanda buruk dan memalukan malah ia bukan penyakit berjangkit dan tiada kaitan masalah mental.

Namun, sehingga kini, tidak diketahui punca sebenar yang menyebabkan epilepsi. Bagi sesetengah pesakit, jangkitan otak, kekurangan oksigen, pendarahan otak, komplikasi penyakit seperti buah pinggang dan penyakit kemerosotan otak seperti alzheimer, boleh menjadi penyebab epilepsi.

Kebanyakan sawan separa berlaku tanpa disedari individu itu sendiri.

Antara tandanya ialah termenung, tidak banyak bercakap, anak mata memandang ke atas beberapa ketika dan kadangkala pesakit tidak sedarkan diri dalam tempoh sesingkat 30 saat dan selalunya orang tidak perasan serangan yang singkat ini.

Ini yang berlaku dalam kes 2 tadi, Norma dalam keadaan keliruu adakah anaknya mengalami epilepsi atau tidak.

Bagi sawan keseluruhan, seperti kes 1 (pelajar), 3(Rosnah) dan 4 (Roslan), ia menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, badan mengalami tarikan dan meronta-ronta. Air ludah mungkin berbuih dan terdapat darah pada mulut

sekiranya lidah atau bibir tergigit. Serangan biasanya berlaku lebih kurang lima minit dan kebanyakan pesakit akan tertidur selama setengah jam atau lebih.

Dalam sesetengah kes seperti pelajar dalam kes 1, mereka mungkin mempunyai perasaan atau aura bahawa mereka akan diserang epilepsi. Misalnya, ada pesakit yang tidak boleh berada dalam keadaan terlalu panas dan apabila berada dalam situasi itu, mereka boleh merasainya.

Stigma masyarakat yang menganggap pesakit epilepsi itu gila atau sakit jiwa menyebabkan mereka disisihkan. Malah, ada pesakit yang terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan dengan tekanan ketua dan rakan sepejabat yang tidak memahami. Ada juga keluarga yang malu mempunyai pasangan atau anak menghidap sawan lantas menyembunyikan mereka daripada pengetahuan masyarakat. Keadaan ini perlu berubah kerana epilepsi bukan penamat kehidupan pesakit.

Serangan epilepsi

l Membabitkan keseluruhan otak.

l Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa.

l Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.

l Apabila pesakit diserang, beliau mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar.

Rawatan

l Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jangan letakkan sebarang objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda) kerana ia boleh mencederakan pesakit itu sendiri atau jari anda.

l Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak.

l Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.

l Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan beliau keyakinan yang semuanya adalah seperti sedia kala. Elakkan daripada memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa dan teman pesakit sehingga beliau pulih.

l Jangan cuba menahan pesakit daripada merayap kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya.

l Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran.

l Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya.

l Temankan pesakit sehingga beliau pulih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: