July 1, 2009

Rawatan tradisi herba

Posted in 1 at 8:34 am by Ahmad Salafi

PENINGKATAN usia membawa bersama masalah sakit sendi, terutamanya jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.



esakitan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, Merana pula merupakan suatu pilihan!

Apabila kita berasa sakit, kita akan menjerit “Aduh!”. Kesakitan adalah merupakan satu amaran, bagaimana otak anda menafsir maklumat tentang sesuatu rangsangan yang badan anda sedang alami. Kita memerlukan rangsangan rasa sakit untuk melindungi badan kita daripada terus tercedera.

Penerimaan terhadap rasa sakit adalah berbeza dari individu ke individu; sakit adalah sesuatu yang sukar untuk digambar dan ditakrifkan.

Kesakitan yang tidak dikawal untuk jangkamasa yang lama adalah perkara serius kerana ia boleh mengganggu tidur, memberi kesan kepada sistem pertahanan badan, tidak boleh berfikir dengan jelas, mengganggu tugasan serta kegiatan harian dan selera makan.

Ia boleh membuatkan seseorang berasa penat, risau, marah, tertekan, kecewa dan mungkin menjadi murung.

Penyebab Kesakitan

Sebab-sebab kesakitan yang biasanya dialami oleh mereka yang berada di pertengahan usia mungkin disebabkan oleh Osteoartritis (OA) dan Artritis Reumatoid (RA) hinggalah kepada sakit belakang.

OA adalah gangguan sendi dan seringkali memberi kesan terhadap lutut, pinggang, tulang belakang dan sendi lain. Rawan sendi akan beransur lusuh dan boleh menyebabkan kesakitan.

RA pula adalah penyakit autoimun, di mana antibodi badan itu sendiri menyerang membran di sekeliling sendi. RA boleh menyerang mana-mana sendi dan kesakitan yang dirasai biasanya disebabkan oleh radang yang berlaku di sendi terbabit.

Ubat-ubat konvensional

Rawatan pertama untuk sakit sendi dan belakang kebiasaannya dimulakan dengan mengambil ubat menghilangkan kesakitan seperti paracetamol. Jika ini tidak berjaya, doktor akan memberi ubat anti radang yang tidak mengandungi steroid (NSAID), seperti aspirin atau ibuprofen.

Pesakit yang mengalami kesakitan yang lebih teruk mungkin akan diberikan COX-2 inhibitor (sejenis NSAID yang menyekat COX-2 secara terpilih, iaitu sejenis enzim yang terlibat dalam saluran radang). Jika ia diambil untuk jangkamasa yang panjang pesakit bukan sahaja terpaksa menghabiskan banyak duit untuk membeli ubat, malah terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan akibat pengambilan ubat ini.

Kesan sampingan yang paling biasa daripada pengambilan NSAID ialah pendarahan dalam perut dan ulser. Pengambilan paracetamol secara berterusan dan NSAID boleh merosakkan hati dan buah pinggang, manakala pesakit yang mengambil COX-2 inhibitor dalam jangka masa panjang mungkin akan menghadapi peningkatan risiko untuk mengalami serangan jantung, strok, malah kematian.

Selain dari kesan sampingan, mengambil NSAID sebenarnya mungkin akan menyebabkan kemusnahan rawan, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet. Walaupun ubat dapat memberi kelegaan segera, mengambil NSAID sebenarnya mungkin boleh membahayakan sendi kerana ia mengalami kemusnahan secara berterusan.

Herba penawar kesakitan

Memandangkan kesan sampingan buruk yang begitu banyak, syukurlah ada herba semulajadi yang terbukti dapat memberi kesan setanding untuk melegakan rasa sakit tanpa kesan sampingan NSAID. Dua jenis herba yang didapati berkesan ialah pati kulit pokok willow yang dipiawaikan (EFLA462) yang dipatenkan dan pati pokok Cat’s Claw yang dipiawaikan.

i) Kulit pokok willow

Spesis kulit pokok willow telah digunakan berabad lamanya sebagai anti radang dan pelega kesakitan. Terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow yang boleh didapati di seluruh dunia dan kebanyakannya mengandungi Salacin sahaja sebagai bahan aktif dan ini didapati tidak berkesan berbanding produk kulit pokok willow tradisi yang menggunakan kulit itu pada keseluruhannya.

Frutarom dari Switzerland menggunakan kulit pokok willow itu sepenuhnya yang diambil daripada berbagai jenis pokok willow termasuk Salix purpurea, Salix fragilis, dan Salix daphnoids yang semuanya mempunyai ramuan aktif dengan jumlah yang lebjh tinggi. Frutarom telah berjaya membangun serta mempatenkan proses yang dikenali sebagai ‘Polyshield’ untuk menghalang kemusnahan dan penurunan kualiti ramuan aktif tersebut.

Di samping tindakan anti radang dan pelega kesakitan, kajian mendapati kulit pokok willow yang dipatenkan oleh Frutarom ini juga memberi kesan perlindungan kepada rawan sendi. Ini merupakan satu kelebihan yang nyata berbanding ubat konvensional kerana ia bukan sahaja melegakan gejala-gejala tetapi juga merawat penyebab masalah itu.

Oleh itu, kulit pokok willow merupakan pilihan yang lebih baik untuk menguruskan kesakitan jangka panjang dan radang jika dibandingkan dengan ubat konvensional kerana kajian-kajian telah pun mengesahkan profil keselamatannya.

ii) Cat’s Claw

Cats’s Claw (Uncaria tomentosa) telah diselidik dengan meluas melibatkan keupayaannya untuk melegakan kesakitan. Berasal dari wilayah Amazon, penduduk Amerika Selatan telah lama menggunakan kulit dan akar pokok cat’s claw untuk menangani masalah kesihatan seperti artritis dan radang.

Sebatian dalam pokok cat’s claw dianggap boleh menghalang badan daripada mengeluarkan jisim yang menggalakkan radang dikenali sebagai prostaglandins dan faktor nekrosis tumor (TNF). Kajian klinikal melaporkan pesakit osteoartritis dan rheumatoid artritis, apabila mengambil suplemen cat’s claw telah mengalami pembaikan yang ketara.

Tindakan berganda

Seperti mana juga dengan pati kulit pokok willow, saintis telah mendapati cat’s claw juga boleh melindungi rawan dari kemusnahan. Dengan demikian, pati kulit pokok willow dan pati cat’s claw mempunyai tindakan berganda, iaitu memberikan kelegaan daripada kesakitan dan juga melindungi rawan sendi daripada kerosakan. Tidak terdapat sebarang laporan tentang kesan sampingan yang tidak baik daripada dua herba ini.

Panduan membeli suplemen

Apabila membeli suplemen kulit pokok willow, ambillah yang mengandungi pati kulit pokok willow yang dipiawaikan keluaran Frutarom EFLA® 462. Kulit pokok willow dan cat’s claw membawa kesan bersinergi dari segi kelegaan kesakitan, anti radang dan perlindungan rawan.

Walaupun suplemen boleh menghilangkan kesakitan yang dialami, anda juga seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat. Jaga berat badan, makan makanan berkhasiat seperti buahan dan sayuran segar, kurangkan daging merah dan lemak tepu serta bersenam dengan kerap. Rawatan secara tradisi mungkin mengambil masa yang agak lama jika dibandingkan dengan ubat konvensional. Tetapi yakinlah yang anda membuat pilihan yang tepat untuk pulih dari ‘Aduh!’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: