July 5, 2009

Boleh mati mengejut – Dr. Adilah Ahmat

Posted in 1 at 2:17 pm by Ahmad Salafi

KUALA LUMPUR 14 Jun – Kecenderungan golongan lelaki lembut dan mak nyah makan ubat-ubat pencegah kehamilan boleh menyebabkan mereka mati mengejut.

Selain itu, penyalahgunaan ubat- ubatan tersebut mendedahkan mereka dengan risiko pelbagai penyakit kronik termasuk kanser prostat serta diserang penyakit jantung, hati dan mengalami masalah salur darah tersumbat.

Kandungan estrogen dalam pil itu meskipun dalam sukatan yang rendah menjadikan darah cepat melekit dan menyebabkan dinding saluran darah menjadi tebal.

Pembekuan darah itu biasanya mula terbentuk di bahagian kaki seterusnya berpindah ke paru-paru, jantung dan otak yang boleh mengakibatkan kematian atau lumpuh.

Lebih buruk lagi, kesan pengambilan ubat-ubat tersebut boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan mental serta dilanda kemurungan yang serius.

Pakar Perbidanan dan Ginekonologi Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Dr. Adilah Ahmat berkata, pil-pil pencegah kehamilan lazimnya disarankan oleh doktor kepada wanita berkahwin untuk mencegah kehamilan.

Kata beliau, penggunaannya boleh membantu wanita menjarakkan kehamilan dengan tujuan untuk merancang keluarga.

Jelasnya, pil-pil perancang yang mengandungi hormon estrogen dan progestogen hanya sesuai digunakan oleh wanita dan bukannya untuk lelaki atau golongan ‘mak nyah’.

Katanya, golongan tersebut perlu menghentikan tabiat ‘menyalahgunakan’ ubat tersebut serta-merta atau berdepan dengan masalah kesihatan.

”Pil-pil perancang tidak boleh diamalkan tanpa saranan atau panduan daripada doktor-doktor bertauliah.

”Apa sudah jadi dengan mereka (golongan mak nyah’). Adakah mereka sedar risikonya,” katanya.

Beliau berkata, kesannya lebih ketara jika golongan tersebut adalah perokok tegar dan turut mengambil pil-pil vitamin lain untuk kecantikan.

”Amat mengejutkan jika ada lelaki yang mahu membentuk tubuh menjadi ‘wanita’ mengamalkan pil-pil perancang. Amalan ini akan menyebabkan mereka berisiko mendapat kanser prostat yang boleh meragut nyawa,” jelasnya.

Beliau yang bimbang dengan fenomena tersebut berkata, kesan lain yang menimpa lelaki tersebut ialah kemaluan mereka mengecil seperti saiz kanak-kanak.

Jelas beliau, mereka juga akan menderita masalah ‘mati pucuk’ .

”Jika golongan ‘mak nyah’ ini mahu menjadi lelaki semula dan memulakan hidup berumah tangga peluang untuk mendapat anak agak sukar kerana mereka akan mengalami masalah ‘mati pucuk’.

”Sebab itu, mereka yang mahu mengambil pil perancang perlu berjumpa doktor untuk mendapat panduan dan nasihat yang tepat,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: