July 5, 2009

Fabrik mewah, harga berpatutan

Posted in 1 at 2:23 pm by Ahmad Salafi

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Jasleen Kaur menunjukkan seleksi sifon Perancis bersulam yang pasti menjadi rebutan pelanggan untuk dijadikan busana di pagi raya.



WALAUPUN hari raya puasa hanya akan menjelang tiga bulan lagi, ramai yang telah mula membeli kain untuk dibuat baju kurung dan baju Melayu kerana bimbang ketiadaan tukang jahit yang ingin menerima tempahan.

Bahkan, ramai yang mengeluh ada sesetengah tukang jahit yang telah menutup tempahan dan ada yang memberi tempoh sehingga awal Julai untuk menghantar tempahan.

Situasi inilah yang membuatkan ramai yang berpusu-pusu ke kedai-kedai kain bagi mendapatkan fabrik ela untuk dibuat baju raya. Sementelah pula, promosi jualan murah sedang berlangsung di seluruh negara.

Tidak ketinggalan, Euro Moda dan Gulati’s yang dikenali sebagai gedung fabrik sutera, renda dan sifon bersulam. Apa yang pasti bagi menggemari imej mewah dan tidak akan berkompromi tentang kualiti yang lebih rendah, gedung fabrik ini mungkin ada jawapannya.

Pengarah Eksekutif Euro Moda Sdn. Bhd, Jasleen Kaur memberi jaminan semua koleksi di premisnya itu mampu memenuhi cita rasa pelanggan terutama untuk dijadikan pakaian di hari raya yang akan menjelang tidak sampai tiga bulan lagi

”Sempena menyambut jubli perak penubuhan Gulati’s Silk House dan perayaan, kami mengadakan pelbagai pakej menarik bagi pelanggan yang sememangnya mahukan fabrik yang berimej mewah, berkualiti tetapi dengan harga berpatutan.

”Antaranya, bagi pelanggan yang gemarkan warna sedondon dari baju hingga ke selendang, kami menawarkan pakej sepasang baju berserta selendang dari kain renda sifon Perancis bermanik dengan dua ton warna. Ini merupakan fabrik terbaru yang pastinya membuat sanak saudara teruja dengan penampilan anda di hari raya.

”Untuk kaum lelaki pula, tidak perlu mencari ke mana-mana bagi dibuat baju Melayu. Di sini, pelanggan akan memperoleh fabrik polos dengan harga berpatutan.

”Tidak lengkap baju Melayu tanpa kain samping. Tenunan dari Terengganu dan India menjadi pilihan dalam pelbagai corak dan warna. Begitu juga dengan kemeja batik yang bercorak abstrak yang direka khas oleh Euro Moda untuk tujuan menziarah semasa hari raya kedua,” katanya.

Pengedar utama jenama fabrik Itali seperti Solstiss, Valentino dan Ungaro ini memberitahu, premisnya turut mengadakan happy hour iaitu waktu diskaun lebih daripada harga jualan murah.

”Kami buat dua kali sehari iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 8.30 malam. Diskaun pada happy hour ini hanya untuk fabrik terpilih sahaja.

”Pada waktu ini, pelanggan boleh memperoleh fabrik bercetak dengan harga RM100 untuk dua atau tiga pasang. Pelanggan yang datang pada waktu ini akan dapat berjimat kerana harga jualan murah untuk sepasang kain yang ditawarkan itu ialah RM60 sepasang.

“Bagi yang inginkan kelainan dan bergaya mewah di pagi raya, katanya, pelanggan boleh mendapatkan pakej kain renda pasang berserta lining dan kain baju Melayu percuma. Sesuai untuk dijadikan busana pasangan suami isteri di pagi raya. Pakej ini berharga dari RM210 bergantung pada jenis renda dan sulaman,” ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: