July 5, 2009

Gaya individualis Franck Muller

Posted in 1 at 2:26 pm by Ahmad Salafi

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Koleksi Heart terbaru Franck Muller untuk pengumpul jam tangan mewah berjiwa romantis.



KEASLIAN reka bentuk kreatif koleksi jam tangan mewah Franck Muller lazimnya menggabungkan kepakaran teknikal dengan nilai-nilai estetika yang cukup menonjol.

Semangat dan dedikasi Muller sejak 1992, diteruskan sehingga kini termasuk koleksi terbarunya, Infinity yang dilancarkan di Carcosa Seri Negara, baru-baru ini.

Infinity

Diserlahkan dengan lengkungan sensual dan garisan harmoni, Infinity mempunyai kesan grafik yang jelas, pada masa sama bergaya feminin dengan pilihan permukaan jam Cintree Curvex atau Ellipse berbentuk bujur.

Kedua-duanya dihasilkan dengan cukup anggun menggunakan tangan, ditambah angka Arab atau Roman klasik, mempamerkan keringkasan jam tangan bersalut emas putih 18 karat itu. Ia didatangkan dalam lima saiz mengikut tempahan, diindahkan dengan tali kulit buaya lembut dalam pelbagai warna.

Bagi yang gemar pilihan koleksi haute joallerie Muller, Infinity juga boleh diperoleh dalam set penuh bertatah berlian oleh tukang kraf pakar dari Watchland, Geneva.

Art Deco

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Shi Xiao Wei berkata, musim ini juga, Muller membawakan bentuk baru kepada koleksinya dengan menyuntik elemen berani dan inovatif seperti koleksi Art Deco.

“Seperti namanya, koleksi ini memberi penghormatan kepada pergerakan reka bentuk popular tersebut di kala 1920-an.

“Ketika itu, reka bentuk tersendiri Art Deco memberi inspirasi yang cukup kuat, bukan sahaja kepada perkembangan seni dekoratif malah seni visual sehingga ke hari ini,” katanya.

Menyedari kehebatan pengaruh artistik ke atas komuniti tersebut, Franck Muller mencipta siluet baru yang mencontohi corak geometrik dan sudut garisan Art Deco bagi memenuhi selera dan gaya tersendiri setiap individu.

Galet

Dalam bahasa Perancis, Galet bermaksud batu kerakal. Bagi koleksi ini, para pereka House of Franck Muller mendapat inspirasi daripada seni semula jadi yang terbentuk akibat perlanggaran dan hakisan sejak bertahun-tahun lamanya.

Keringkasan, ketulenan dan kelembutan merupakan elemen penting dalam koleksi ini yang mempamerkan ketenangan dan ketenteraman untuk lelaki juga wanita yang mencintai alam.

Koleksi ini juga memberikan peluang si pemakai meluahkan identiti tersendiri dalam gaya minimalis. Ia merupakan koleksi kekal klasik yang cukup mempersonakan dalam bentuknya yang paling ringkas dan sederhana.

Heart

Koleksi Heart seolah-olah memberi penghormatan kepada unsur kewanitaan dengan lengkungan bentuknya dan kristal nilam bulat yang menawarkan imej kehalusan sensual, iaitu semangat wanita kontemporari yang menghargai kemewahan dalam setiap perincian.

Pilihan permukaan jam yang pelbagai pastinya menambat selera feminin dengan pilihan reka bentuk tradisional seperti matahari dengan filigri berbentuk hati, permata direka bentuk khusus untuk yang berjiwa romantik seperti tatahan berlian penuh dan lagi bentuk hati berwarna merah pada pukul 6.

Simbol percintaan merupakan tema bagi barisan koleksi jam tangan yang mengagumkan ini, didatangkan dalam lima saiz emas 18 karat atau platinum impian setiap wanita.

Satu lagi perincian khusus adalah set mahkota bertatah permata berharga yang mengindahkan lagi permukaan jam atau angka seperti ‘bintang’ permata nilam potongan cabochon, oniks atau delima yang berkilauan.

Koleksi ini boleh didapati dalam warna perak, merah gelap, hitam dan biru dalam sensasi keanggunan sejati, dipadankan bersama tali jam daripada kulit buaya, getah juga gelang berharga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: