July 5, 2009

Wajah cantik semula jadi

Posted in 1 at 2:27 pm by Ahmad Salafi

Nurulhuda Ellya Khazai dan adiknya, Nurul Farah Syazana Khazai menunjukkan produk Enkay Beau yang dikeluarkan oleh syarikatnya, Smart Time Tech Sdn Bhd.


SAMA ada anda menyedari atau tidak, setiap daripada kita dianugerahkan Tuhan dengan kecantikan semula jadi.

Biar pun begitu, kecantikan tidak akan terserlah jika kita tidak rajin menjaga, membersih dan merawat wajah.

Penggunaan produk penjagaan wajah yang sesuai amat penting bagi mendapatkan kulit wajah yang diingini.

Walaupun pada masa kini terdapat banyak produk penjagaan wajah dalam pasaran namun dua beradik yang masih remaja, Nurulhuda Ellya Khazai, 24, dan adiknya, Nurul Farah Syazana, 19, tidak mahu mengalah dan sanggup bersaing dengan pengeluar produk lain.

”Setiap produk mempunyai kelebihan masing-masing namun kami yakin dengan mutu dan kelebihan produk kami. Produk ini sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit yang bermasalah,” kata Nurulhuda yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Smart Time Tech Sdn. Bhd., yang mengeluarkan rangkaian produk penjagaan kecantikan dan makanan kesihatan, Enkay Beu.

Beliau berkata, Enkay Beau lahir daripada pertemuan bapanya, Khazai Abu Bakar yang bertemu dengan seorang profesor daripada sebuah universiti tempatan tidak lama dulu.

”Hasil daripada perbincangan itu, profesor itu bersetuju untuk menghasilkan satu produk kecantikan yang kemudian kami namakan Enkay Beau ini.

”Ia dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti buah manggis, timun, herba dan sebagainya serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Sebelum dijual, saya telah terlebih dahulu menggunakannya dan turut diberi pada kawan-kawan untuk dicuba. Ternyata produk ini sesuai dengan kulit orang Malaysia dan tiada kesan sampingan,” ujarnya.

Beliau berkata, pada masa kini terdapat sebanyak 19 produk Enkay Beau yang terdiri daripada produk penjagaan wajah, teh langsing, sabun garam gunung, minyak aroma, cucian feminin dan sebagainya.

Menurut Nurulhuda lagi, selaku tunggak kepada perniagaan ini, beliau bertanggungjawab bagi mempastikan kualiti pengeluaran produk adalah selamat dan berkualiti.

Sementara Nurul Farah Syazana pula yang kini sedang mengikuti pengajian Ijazah dalam bidang Sains Psikologi di sebuah universiti kolej di Kuala Lumpur dan memegang jawatan sebagai Pengarah Promosi dan jualan membantu daripada urusan pentadbiran, pengiklanan dan promosi.

Beliau akan mempastikan promosi terancang dengan baik dan sampai kepada pengguna.

”Alhamdullilah sejak produk ini dipasarkan ke seluruh Malaysia, kami tidak mendapat sebarang maklum balas negatif kerana kualiti produk dijaga rapi. Produk yang mendapat sambutan hangat ialah produk penjagaan muka, set percubaan Enkay beau, sabun Ghasooul, iaitu sabun daripada lumpur gunung berapi dan masker kolagen

”Kami berharap dapat mencari stokis di seluruh Malaysia dan dapat membuat satu rangkaian pemasaran dengan lancar dalam masa terdekat. Mereka yang berminat boleh hubungi 010-2992728.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: